Puan Rossie Jenner memandang pelik le arah anak sulungnya.
"Syariff kenal Puteri Adelia ?" soal Puan Rossie.

Syariff mengangguk. "Puteri Adelia tu kawan Syariff dekat sekolah." kata Syariff lagi.

Kedua-dua orang tuanya saling berpandangan sebelum tersenyum ke arah Syariff. "Tak sangka anak abah ni pandai curi hati Tuan Puteri. Ini baru betul anak abah , pandai ambil hati bukan calang-calang perempuan tetapi Puteri Adelia." kata Laksamana Amar dengan bangga.

"Ingat senang ke dulu nak tackle super model ni." kata Laksama Amar sambil memandang ke arah isteri tercintanya.

Puan Rossie mencubit pinggang suaminya. Syariff hanya mampu menyengih. "Dah dah dah.. Abah pergi je la kelab abah tu. Nanti tak selesa pula kalau tuan puteri nampak abah ada dekat sini." kata Syariff.

"Kalau Syariff dah kata macam tu , abah pergi dulu la." kata Laksama Amar. Laju sahaja Syariff mengangguk.

"Syariff , Puteri Adelia tu suka makan apa ? Mama ingat mama nak buat dessert la-" kata Puan Rossie sebaik sahaja Laksama Amar mula melangkah pergi.

"Entah , dia tu semua benda dia makan kecuali coffee." kata Syariff. "Okaylah macam tu." balas Puan Rossie. Dia berlalu ke ruang dapur , meninggalkan Syariff seorang diri di ruang tamu.

"Adelia je kut yang datang. Bukannya Sultan of Lusia." kata Syariff dengan tidak percaya sebaik sahaja melihat tingkah laku semua orang di dalam rumah ini.

"Bagi kau memang lah macam tu kau rasa dah kau berkawan dengan tuan puteri tu. Tapi bagi semua orang tu luar biasa ! Tuan puteri kan puteri sulung kepada Putera Wafiq , putera pertama Sultan." sapuk kakak sulung Syariff , Safa Amira.

"Kau buat apa kat rumah !?" soal Syariff dengan tidak percaya. Dia melihat jam yang tergantung. Dia salah tengok ke ? Rasanya baru dua jam lepas Safa pegi keluar shopping dengan rakan-rakan dia takkan dah balik ? Selalunya selagi tak petang tak akan balik. Baru pukul 12 tengah hari.

"Aku pun nak jumpa tuan puteri." balas Safa Amira.

"Orang kata dia cantik sangat !" kata Safa lagi.

Of coure cantik ! Girlfriend aku. Sayangnya , kata-kata itu hanya terlepas di dalam hati Syariff.

"Tuan Muda , Cik Muda , Tuan Puteri Adelia sudah sampai." sapuk orang gaji. Syariff mengangguk manakala Safa sudah tersenyum lebar.

"Dah sampai ? Kat mana ?" soal Safa dengan teruja. "Guard kata kereta mereka baru sahaja masuk ke dalam kawasan rumah." balas orang gaji yang bertugas.

Laju sahaja Safa berjalan ke muka pintu rumah. Tak sabar nak sambut ketibaan Tuan Puteri di rumahnya. Syariff tergeleng-geleng kepalanya melihat kelakuan kakak sulungnya.

Sebuah Maybach mula masuk ke perkarangan rumah mereka. Sebaik sahaja kereta terpakir di halaman rumah mereka , seseorang melangkah keluar dari tempat duduk depan dan membukakan pintu belakang untuk seseorang yang duduk di tempat duduk belakang.

Adelia melangkah keluar dari maybach. Terkejut dia apabila seseorang mendekatinya. "Tuanku , selamat datang." ucap Safa dengan teruja.

"Panggil sahaja Adelia." tegur Adelia.

"Tuanku , terima kasih kerana sanggup mencemar duli ke rumah patik." kata Safa lagi.

"Sebenar-"

"Safa , kau buat Puteri Adelia tak selesa." tegur Syariff. Nak tergelak pula dia melihat reaksi wajah Adelia.

"Jom , kita pergi ke bilik bacaan." ajak Syariff. Adelia mengangguk setuju. Dia memberi isyarat mata kepada Vince agar tidak mengikutnya.

Safa memandang Syariff dengan bengang , jangan berani nak pisahkan dia daripada tuan puteri.

Mereka masuk ke dalam bilik bacaan. Syariff menoleh ke arah Adelia. "Kau selesa ke nak belajar dekat sini ?" soal Syariff. Adelia tidak membalas , dia membawa keluar buku yang dibawanya.

"Nerd , tadi tu siapa ?" soal Adelia. Matanya masih tertumpu pada buku latuhannya.

Syariff memandang pelik ke arah Adelia.
"Owh , perempuan tadi ke ? Kakak aku." jawab Syariff.

"Kakak kau ?" soal Adelia lagi.

"Takkan dengan bakal kakak ipar cemburu kut." usik Syariff. Adelia menjeling tajam ke arah Syariff. Melebih pula usikan dia , apa bakal kakak ipar ? Mereka berdua masih muda , SKUL pun tak lepas lagi.

Mereka berdua mula fokus kepada niat sebenar kedatangan Adelia. Syariff menerangkan kepada Adelia apa yang harus dilakukan apabila terjumpa soalan seperti yang dia tidak reti hendak jawab.

"Owh , macam tu. Tapikan , ada masa aku guna juga jalan kiri macam ni tapi kena tak dapat jawapan ?" soal Adelia.

"Cuba kau cek betul-betul , careless lah tu maknanya. Kau bukan tak boleh buat tapi careless banyak." tegur Syariff. Dia membulatkan kesalahan yang dilakukan oleh Adelia.

"Nerd , soalan ni macam mana ?" soal Adelia.

"Soalan tu sama je macam soalan no.11. Cuma dia putarkan sikit sahaja soalannya." kata Syariff.

Tanpa mereka sedar , perbualan mereka didengari oleh seseorang. "Selambanya mamat tu berkau aku dengan tuan puteri ?" bisik Safa dalam hati.

Pintu bilik bacaan diketuknya sebelum melangkah masuk. "Tuanku , jemput minum dan jamah dessert ni. Dessert ni mama kami berdua yang sediakan." kata Safa.

Adelia menghentikan perbuatannya. Matanya terpandang akan dessert yang dihidangkan oleh Safa.

"Apa tu ?" soal Adelia pada Safa. Pelik dia melihat kuih berbentuk bunga. Cantik.

"Ini manisan tradisional Lusia , Alaka. Rasanya manis , dimakan dengan kelapa yang bercampur dengan gula melaka. Cubalah tuanku rasa." terang Safa.

Syariff mencapai piring kuih itu dan diberikannya kepada Adelia. "Cuba lah rasa. Susah tau sekarang nak jumpa kuih ni. Kalau jumpa pun tak sesedap mama aku buat." kata Syariff dengan bangga.

Adelia mencubit sedikit kuih berbentuk bunga itu dan dimakan bersama kelapa parut yang bercampur dengan gula melaka.

"Sedap ?" soal Syariff.

"Sedap !" balas Adelia.

"Ni makanan favourite aku." kata Syariff.

"Owh.. Sedap sedap tapi kalau makan banyak-banyak mahu muak." balas Adelia.

"Ha'a sebab dia maniskan." sambung Syariff pula.

Safa yang berada di situ rasa bagaikan dia tidak wujud sahaja di antara mereka berdua. Dengan geram , dia berlalu keluar dari bilik bacaan itu. Sengaja pintu dihempas.

Syariff dan Adelia menoleh ke arah pintu. "Kenapa tadi tu ?" soal Adelia.

"Biasalah , bila kita berdua akan ada yang ketiga." balas Syariff dengan muka tidak kisah. Dia mencubit kuih yang terdapat dipiring Adelia. Mama punya manisan paling sedap !











×××

Do vote & komen ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now