"Panglima tentera laut ?" soal Adelia dengan teruja. Pelayan itu memandang pelik ke arah Adelia. Tadi rupa puteri Adelia macam dah tak larat ini sebaik sahaja sebut panglima tentera laut negara , terus segar !

Adelia membuntuti pelayan itu.

"Lia." panggil Sultan Amirullah saat melihat akan cucunya.

"Ku (ya) , nenda." sahut Adelia.

"Mari nenda kenalkan cucunda dengan Laksama Amar Bakti. Kerana kebijaksaan dia Lusia masih berdiri gagah !" kata Sultan Amirullah.

Adelia bersalaman dengan isteri kepada tetamu mereka. Matanya terpandang akan Syariff yang berdiri di sebelah Laksamana Amar Bakti.

"Cantik sungguh Tuan Puteri." puji Laksamana Amar.

"Terima kasih." ucap Adelia.

"Tuan Puteri , patik diberitahu yang tuan puteri bersekolah di Magistic Kejora international School , betul ke ?" soal Laksama Amar.

"Ya."

"Anak lelaki patik juga bersekolah di situ. Kenalkan ini anak lelaki patik , Syariff Iman." kata Laksamana Amar.

"Baguslah begitu." balas Sultan Amirullah. Adelia memandang ke arah nendanya. Melalui bahasa tubuh baginda , Adelia faham apa yang perlu dia lakukakan.

"Tuanku , senda (saya) minta diri dulu." kata Adelia kepada Sultan Amirullah.
Baginda membalas dengan anggukan. Adelia menghampiri Syariff yang masih berdiri di sisi ayahnya.

"Sudikah tuan hamba berbual dengan beta ?" soal Adelia pada Syariff. Terkejut Syariff dibuatnya.

"Sudah tentu , tuanku." laju sahaja dia setuju. Mereka berdua berjalan meninggalkan orang dewasa berbual sesama mereka.

Syariff tidak berkelip memandang ke arah Adelia saat mereka duduk agak jauh dari kesibukan manusia. "Kenapa pandang aku macam tu ?" soal Adelia , hilang terus bahasa melayu aslinya.

"Patik suka apabila tuanku bahasakan diri tuanku , beta." kata Syariff. Tergelak Adelia mendengar kata-kata Syariff.

"Beta cemburu." kata Adelia. Syariff memandang ke arah Adelia dengan tidak percaya.

"Cemburu ? Mengapa tuanku ?" soal Syariff.

"Tuan hamba kelihatan kacak sekali malam ini. Rupa paras tuan hamba sahaja sudah cukup untuk mencairkan hati si dara yang hadir malam ini." kata Adelia dengan pekat melayu asli.

"Sepatutnya patik yang berkata sedemikian kerana tuanku membuatkan teruna-teruna yang hadir terpikat dengan tuanku." balas Syariff.

"Beta cantikah ?" soal Adelia.

"Tuanku sentiasa cantik cuma malam ini berkali ganda cantiknya." puji Syariff.

Ketika mereka berdua sedang berbual sesama mereka , seorang gadis mendekati mereka berdua.

"Tuanku." panggil Linda.

Adelia dan Syariff menoleh ke arah suara itu. "Patik minta ampun." ucap Linda.

"Ampun ? Untuk apa ya ?" soal Adelia.

Terdiam Linda. Kecut perutnya apabila Adelia menyoal dirinya. "Untuk segala kekasaran yang patik lakukan terhadap tuanku." kata Linda dengan takut.

"Vince." panggil Adelia dengan sedikit kuat. Tidak lama selepas itu Vince muncul.

"Vince , apa hukuman bagi mereka yang biadap dengan keluarga diraja ?" soal Adelia.

Vince memandang ke arah Adelia dengan pandangan kurang faham. "Biadap yang macam mana tuanku ?" soal Vince.

"Sebut kesemuanya." arah Adelia.

Syariff memandang ke arah Linda yang sudah menggigil di sebelah Vince. Dia memandang semula ke arah Adelia yang terangguk-angguk mendengar penjelasan Vince.

"Hukuman paling ringan , dipenjara setahun atas kesalahan memburukan nama kerabat diraja di dalam sosial media." saat Vince menyebut kesalahan yang dilakukan , Linda sudah mula kecut perut. Dia bukan sahaja menghina malah membuli Adelia. Tubuhnya seakan-seakan telah disumpah menjadi batu berdiri di sebelah Vince.

"Hukuman boleh menjadi dua tahun atau lebih jika menghina nama ahli keluarga diraja di sosial media." kata Vince dengan serius.

"Tapi kalau beta dihina secara depan-depan , apakah hukumannya Vince ?" soal Adelia. Matanya merenung tajam ke arah Linda.

"Ampun tuanku , rakyat jelata mana yang  berani menempah maut untuk menghina tuanku di khalayak ramai ?" soal Vince.

Linda yang berdiri di sebelah Vince tersedak saat mendengar kata-kata Vince.

"Apa hukumannya ?" soal Adelia lagi.

"Ampun tuanku. Hukuman yang dijatuhkan sudah pasti berat kerana menjatuhkan air muka keluarga diraja di khalayak ramai dan juga telah menghina keluarga diraja. Jika kelakuan rakyat itu melampaui batas , boleh jadi rakyat itu akan dibuang negara." terang Vince.

Kata-kata terakhir Vince memberikan kejutan yang besar pada Linda.

Adelia memberikan isyarat mata agar Vince berlalu pergi. "Patik minta diri dulu , tuanku." Adelia hanya mengangguk.

"So , Syariff. Beta nak tanya pendapat tuan hamba. Hukuman apa yang layak untuk mereka yang telah membuli dan menghina beta di khalayak ramai ?" soal Adelia pada Syariff.

Syariff menoleh ke arah Linda yang sudah jatuh terduduk. "Buang negara , tuanku."

Linda terus mendekati Adelia. Tangan Adelia digenggamnya bagai tidak mahu lepas. "Tuanku , ampunkan patik tuanku. Patik tak bermak—"

"Kau pasti kau tak bermaksud nak buat macam tu ?" soal Adelia dengan sinis.

Linda sudah menangis-nangis di hadapan Adelia.

"Ampunkan patik tuanku. Patik tahu patik bersalah , patik takkan kacau tuanku lagi." kata Linda dengan esakannya.

"Tak cukup." balas Adelia.

"Pa..patik , patik sanggup jadi hamba tuanku. Patik akan sediakan air dan belikan makanan untuk tuanku di sekolah." kata Linda lagi.

"It's okay. Aku bukan pembuli macam kau. Anggap je lah air yang aku.. Erh bukan aku but kundang aku hantarkan ke meja kau every pagi tu sebagai kerja amal." kata Adelia dengan sinis.

"Pa..patik sanggup buat apa sahaja asalkan tuanku ampunkan patik." kata Linda. Adelia merenung tajam ke arah tangan Linda yang menggenggam erat tangannya.

Linda terkaku.

Dia cepat-cepat menarik tangannya.

"Ampunkan patik , tuanku !" ucap Linda lagi.

"Aku nak kau jangan sesekali guna nama keluarga diraja untuk membuat cerita yang kau kenal rapat dengan kami. Jangan kacau hidup , Intan. Kau fahamkan maksud aku ? Lepas ni tak payah kau nak buat cerita kau rapat dengan mana-mana keluarga diraja atau—" Adelia membawa keluar sebatang pen dari poket baju kurungnya. Dia menekan butang play pada pen itu.

"Kau buta ke ha !?" kedengaran suara Linda menengking dengan kuat.

"Ss..saya minta maaf."

"Maaf !? Kau tengok , baju aku dah jatuh !" menggigil Linda saat mendengar suaranya semula.

"Tuanku , patik merayu ampun kan patik. Patik janji patik takkan guna nama mana-mana kerabat diraja selepas ini." rayu Linda. Adelia tersenyum sinis.

"Betul kau tak nak dengar sampai habis ?" soal Adelia.

"Patik nak dengar , tuanku." laju sahaja Syariff menyampuk. Linda terkejut , dia memandang ke arah lelaki yang turut sama berada di sini. Daripada tadi dia langsung tidak perasan kelibat lelaki itu. Siapa lelaki itu ? Kenapa dia tidak pernah nampak pun lelaki tu ?

"Nak dengar ? Boleh je." kata Adelia. Dia menekan semula button play. Lemah lutut Linda saat rakaman suaranya dimainkan.










×××

Do vote & komen ✨

Adelia HumairaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu