Bab 13

3.4K 136 6
                                    

Asyraf yang merasa sudah lama Risha bertapa didalam bilik segera bangun menuju dimana gadis itu berada. Pelik dia menunggu gadis itu tidak turun. Jam sudah menunjukkan kepukul 6 petang.

Dia mengetuk pintu . Tapi masih tiada balasan.

"Takkanlah masih mandi lagi. Biar betul.mandi bunga ke apa Risha ni. Kalau aku terjah kot dia tengah berkemban untunglah kau mata. "Bicara Asyraf sendiri.

Serta merta dia teringat semasa dia melihat gadis itu berkemban sewaktu dia menerjah masuk akibat terdengar jeritan gadis itu takutkan lipas. Tanpa sedar, dia mula membayangkan setiap lekuk tubuh gadis itu.

"Fuh gila. apa kau merepek ni Asyraf. "Tersedar dari lamunan yang nakal. Asyraf menarik nafas lalu mengetuk semula pintu bilik itu.

Tuk. .tuk. .tuk..

Baru saja dia ingin mengetuk dengan lebih kuat muncul Risha dengan mamai sambil membetulkan rambutnya. Kelihatan seksi dipandangan Asyraf. Lebih lagi melihat baju tshirt dan kain pelikat miliknya yang tersarung di tubuh langsing gadis itu.

Asyraf menelan liur. Perbuatan Risha berjaya menganggunya.  dia berdehem sebelum bersuara.

"Aku suruh mandi kau boleh sedap membuta. Patutlah lama sangat. "Kata Asyraf berpura pura marah.

"Saya bukan sengajalah dah saya terlelap. Awak nak apa saya penat ni. "Adu Risha sudahlah matanya masih mengantuk.

"Turun."gesa Asyraf. Geram betul dia dengan Risha ini.nasib belum sah. kalau dah tak tahulah macam mana.

"Nak buat apa?"soal Risha dengan mata yang terkebil kebil.

"Cepatlah .kau ni lembab betul."gesa Asyraf  menarik tangan Risha turun kebawah.

Risha hanya mengikut saja langkah Asyraf.

Sampai saja dibawah Asyraf terus duduk disofa .Risha Yang berdiri di depannya dipandang sepi.

"Awak nak apa ah ?saya penat. Awak jangan nak mengada boleh tak! "Marah Risha. Dari tadi lagi Risha tidak puas hati dengan anak Dato ini.

Asyraf berdiri semula mencapai tangan Risha Dan dibawanya kedapur. Dia tidak pedulikan bicara gadis itu .kalau mummy dan daddy nya tahu dia membawa Risha sehingga kerumah mahu dipancung kepalanya.

Dia sendiri masih pelik bagaimana dia boleh berfikir membawa gadis itu sampai kesini.semata mata kerana ditengking dia mengheret gadis itu .

"Jom masak. "Kata Asyraf teruja sambil menaikan keningnya.

"Ishh saya mana reti masak. Awak lah."kata Risha malas. sebenarnya dia tahu memasak tapi saja menunjukkan protes.

"Takpe kau tengok je. Kau tak pernah rasa lagi masakkan aku kan. So serahkan pada chef Asyraf. "Kata Asyraf dengan riak bangga.

Dia mencapai apron berwarna hitam lalu dipakainya. Risha menyimpan senyum terus dia menarik kerusi tinggi di meja makan itu memerhatikan Asyraf yang sedang mengeluarkan bahan bahan masakan.

"Wah terer lah. "Puji Risha apabila melihat kecekapan Asyraf memotong bawang. Nampak seperti biasa pegang pisau.

Hilang rasa geramnya pada Asyraf.

"Tengok oranglah. "Bangga Asyraf sambil tangan lincah memotong bawang dan lada besar.

Risha hanya tersenyum mendengar balasan Asyraf. Pantang dipuji. Tadi bukan main marah.

"Awak masak apa? "Tanya Risha.

"Wait and see sayang. "Balas Asyraf mengenyitkan matanya.

Minyak yang sudah panas diletakkan bawang bersama udang kering yang telah dilumat hancur. serta cili padi. Setelah aromanya sudah menaik. Asyraf menambah sos cili dan sedikit kicap manis. Digaul hingga sebati lalu nasi putih satu mangkuk besar dicampur bersama bahan bahan tadi.

Asyraf Mikael(Slow update)Where stories live. Discover now