Bab 14

4.3K 146 6
                                    

Akhirnya Asyraf mendapat dress yang sesuai dengan tubuh Risha. Lebih tepat lagi sesuai dengan keinginannya. Dress panjang berwarna hitam sebagai pilihan. tidak terlalu ketat dan longgar. yang paling penting tidak seksi. Macam Asyraf mahukan.

"Macam ni awak kata sesuai? Ingat saya nak pergi berkabung ke? "Soal Risha geram. Masih tidak berpuas hati dengan pilihan Asyraf. Cubalah cari dress paras lutut. Bukannya seksi sangat pun bawah lutut je.

"Ini dah perfect dengan kau.jangan nak banyak songeh. "Kata Asyraf bakul kertas yang berisi dress dan kasut milik Risha dipegang.

Wajah cemberut Risha dipandang sekilas lalu mereka beriringan keluar dari pavilion.

"Awak saya taknak baju ni,carilah baju lain.saya janji tak cari yang fit dan seksi."pinta Risha penuh berharap .bukan dia taknak dress yang dipilih Asyraf tapi dia nak yang betul sesuai dengan seleranya.

Asyraf mendengus menghentikan langkahnya. Pantang benar apabila Risha membangkang permintaannya.

"Baik kau diam sebelum aku ubah fikiran belikan kau jubah je. Cerewat sangat pasal apa?"dengus Asyraf. Buat bengang betul.

Risha tersengih menayangkan giginya yang putih bersih dengan dua jari dinaikkan simbol peace. Takut jika Asyraf betul belikan jubah.

Asyraf berpaling kedepan meneruskan langkahnya senyuman kecil terlakar dibibir.Tahu takut.

Sebaik Asyraf menghala ke depan ,Risha mengangkat penumbuknya dibelakang kepala Asyraf membuat aksi seperti ingin menumbuk Asyraf . Mengetap gigi.

"Kata aku cerewet konon, sendiri tak sedar diri. "Kutuk Risha dengan tangan masih membuat aksi menumbuk dibelakang Asyraf.

Apabila Asyraf menoleh. Automatik tangannya berpura pura membetulkan rambutnya. senyuman manis dihadiahkan pada Asyraf iaitu senyuman palsu.

Risha berjalan laju merempuh bahu Asyraf dengan sengaja bagi melepaskan geramnya.

"Sorry. "Kata Risha selamba laju berjalan kedepan berpura pura tidak mengerti pandangan tajam Asyraf.

"Ishh minah ni kan. "Dengus Asyraf. Tahu sangat perangai Risha. Adalah yang tak puas hati tu.

Risha tergelak dalam hati. Yeah padan muka.

                                              🖤🖤🖤

Selesai mandi Risha membaringkan badan diatas katil. Tadi sampai saja dihostel berbagai soalan diutarakan oleh tiga orang rakannya. Nasiblah petang ini otaknya cergas. laju saja dia memberi alasan. Nasib baik mereka percaya kalau tidak entah alasan apa lagi yang patut dia berikan. Mahu bermacam soalan lagi yang timbul apabila mereka tahu Risha bermalam dirumah Asyraf.

Dia berdiri semula apabila teringat dress tadi. Sewaktu dia membelek dress hitam itu. Muncul Erika dan maira kemudian diikuti dengan Nabila yang membawa cawan kaca tinggi berisi coklat sejuk.

"Wah kau punya ke? Cantiknya. Dah try ke? "Kata Erika teruja baju tadi dipadankan dengan tubuh didepan cermin tanpa memakainya.

"Ha'ha ye. Cantik ?baju macam ni kau kata cantik dah macam nak pergi berkabung adalah. "Kata Risha. Masih tidak berpuas hati dengan baju pilihan Asyraf.

"seriously? Dress cantik ni kau kata nak pergi berkabung tak padan langsung. "Sampuk maira.

"Aku rasa aku tahu sape yang belikan.mesti Asyraf kan, sebab tu kau tak puas hati je."teka Nabila matanya sengaja dikecilkan.

"Ha betullah tu.tahu takpe."balas Risha duduk diatas katil baju tadi diambil diletakkan atas ribanya.

"Eh  jab,kau nak beli baju ni nak pergi mana?"Tanya  Erika dengan pelik.

Asyraf Mikael(Slow update)Where stories live. Discover now