Bab 8

3.7K 142 9
                                    

Seminggu kemudian......

Risha hanya mengikut Datin Syida yang sibuk memilih pakaian .Ditangannya sudah ada lima bakul pakaian yang berjenama. terpaksa saja dia menerima pemberian Datin Syida. Hari minggu begini terkejut juga dia menerima panggilan bahawa Datin Syida mengajaknya untuk membeli belah. Ayraf pula waktu ini dipejabat sibuk sangat pakcik tu. Hana semenjak sudah mula sem tidak boleh balik kerana masih minggu orintasi.

"Ris yang ni sesuai tak dengan aunti?Design dekat sini bagus tau, kain pun bagus berkualiti pula tu. " kata Datin Syida sambil menayangkan baju jubah merun yang dipenuhi manik dibahagian leher tidak juga terlalu over.

"Ya Allah cantik sangat ,sesuai sangat dengan auntie. Simple but nice ."teruja Risha berkata.

Pilihan Datin Syida selalu saja tepat dengan selerenya .biarpun Datin Syida berpangkat tapi dia tidak pernah menunjukkan kemewahan yang dia miliki.

"Tu lah auntie pun suka .auntie rasa nak pakai baju ni masa event kawan auntie nanti. Kawan auntie ada buat majlis minggu depan. "Kata datin Syida.

"Sesuai sangat lah auntie kalau macam tu. Kain baju ni pun lembut je. "Kata Risha.

Datin Syida sekadar menganguk dengan kata Risha. Tak sia sia dia meminta pendapat pada gadis ini.

"Kalau macam tu auntie ambil yang ni je. Selesai semua ni kita makan pula, dah nak masuk waktu lunch dah ni. "Kata Datin syida.

"Ok auntie, Ris ikut je. "Kata Risha sambil tersenyum.

Selesai mereka membuat bayaran. Mereka pergi kerestoran. Barangan tadi sempat diberikan pada driver Datin syida termasuk barangan Risha.

Senang betul jadi orang kaya ni, semua ada orang tolong bawakan. Monolog Risha dalam hati. Sambil mengikuti langkah Datin Syida.

                                      🖤🖤🖤

Risha meletakkan semua bakul pemberian Datin Syida. Bahagia rasanya apabila dapat meluangkan masa bersama Datin Syida, nasib  Hana tidak dapat join mereka sekali.kalau dapat pasti lagi best.

Beza umur Hana dan Risha hanya setahun. Risha berumur 22 tahun manakala Hana 20 tahun. Risha sudah masuk penggal ketiga.tahun terakhirnya . Hana baru penggal pertama .

"Gila ah shopping sakan kau beb, banyak ni. "Kata Nabila sebaik melihat katil sahabatnya itu dipenuhi segala jenis bakul yang berjenama.

"Bukan lah. ni semua mummy Asyraf yang belikan. Aku teman shopping alih alih aku juga yang dapat. Kata Risha pada Nabila.

Risha membuka cardigannya. Membiarkan singlet nipis menutupi tubuh langsing itu. Dia turut duduk sama disebelah Nabila yang sibuk membelek bakul. Teruja betul minah ni.

"Untung betul kau kan, sayang sangat mak Asyraf tu dekat kau .kalau aku dapat mak mertua macam tu bertuah badan. "Usik Nabila pada Risha.

"Mak mertua apanya . Aku kahwin pun belum lagi. Memandai je kau ni. "Kata Risha sambil menjeling Nabila yang dok tersenggih macam kerang busuk itu.

Tergelak Nabila dengan kata Risha. Bercinta dengan Asyraf bukan main lama. Bila nak kahwinnya. Haih Risha .

"Yah lah kau, tak lama lagi merasa lah aku nasi minyak kau kan. "Sakat Nabila lagi.

"Jangan Merepak lah, eh asal datang sini, selalu bukan main liat lagi kau nak masuk bilik aku. "Kata Risha dengan wajah yang sengaja dipelikkan.

hairan juga dia Nabila kesini selalu Erika dan Maira saja yang datang kebiliknya, ya sahabatnya yang dua orang itu rajin benar membawang. HAHAHA

Asyraf Mikael(Slow update)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon