Bab 1

14.6K 294 20
                                    

Lapangan terbang kuala lumpur malaysia sangat sesak dengan pelbagai jenis bangsa dan  ragam manusia. berpusu pusu orang yang keluar dari lapangan terbang.  pemakaian yang cukup menyeksakan mata yang memandang. nasib baiklah rakyat malaysia tidak menyekat pelancong yang sangat sopan pemakaian mereka ini cukup seksi dan seksa.

kelibat  lelaki tampan  bergaya sedang
duduk di ruangan menunggu. menanti ketibaan seseorang yang dirindui .sekian lama tidak bersua muka.Dua minggu tidak bersua terasa rindu membuak- buak didalam dada. sesak!

Pandangan sekeliling tidak dihiraukan, hanya fokus pada smartphone ditangan. menatap gambar kesayangannya yang ada di galery telefon. gambar yang berada di telefon itu ditatap sambil menghayati betapa cantik bidadari yang sekian lama bertakhta dihatinya .

Pap!

Terasa seseorang duduk disebelahnya .tidak peduli dengan keadaan itu, masih fokus mengzoom gambar pujaannya.kadang terbit senyuman pabila mengingati perangai si gadis  manja yang selalu saja mencuit hatinya. Dia akui bahawa gadis itu sungguh cantik dimatanya, pantang gadis itu bermain mata dengan lelaki lain atau tidak dikenali mudah saja dia berasa tidak senang.

Teringat lagi semasa dia menemani gadis itu membeli buku untuk bahan rujukan gadis itu.Dia perasaan banyak mata-mata memandang ke arah mereka lebih tepat ke arah gadis kesayangannya.anak-anak muda disitu semua mengushar gadisnya yang sedang asyik memilih buku.Bukan dia tidak perasan gadis itu membalas senyuman salah seorang pemuda disitu, hampir saja dia mengheret gadis itu kerana tidak mahu gadis itu terus berbalas pandangan dengan lelaki yang sedang tersenyum ke arah gadisnya.

Gadis itu sengaja ingin mencari pasal dengannya disebabkan dia tidak benarkan gadis itu membeli  novel entah berapa banyak yang telah dimiliki.sudalah belum habis baca. tergedik nak beli yang baru. nanti kalau dia belikan pasti gadis itu leka lagi. Dan sekarang gadis itu sengaja cari masalah denganya. Tapi dia abaikan saja, dia tahu gadisnya setia. gadis itu saja buat dia berasa cemburu.

Sedang gadis itu leka membelek -belek buku di rak, lelaki yang mengushanya tadi datang menghampiri sambil menyuakan telefon kepada si gadis well nak minta nombor telefon lah tu, tipikal budak jaman now. Alangkah terkejut gadis itu terus dia donggakan padangan menghala ke lelaki itu.

"Awak nak apa ye?" Sambil mata melilau mencari kekasih hatinya, mampus mana pula dia ni?  habis lah aku, tu lah kau kan. nak sangat bagi mamat kerek tu jealous , nah sekarang kau hadap ni!

"Nak nombor telefon awak lah"  lelaki yang dirasakan sebaya adiknya itu hanya beri senyuman manis padanya.

"Ha" ?  Sedang dia berfikir mencari idea untuk mengelakkan diri muncul mamat kerek yang dicari tadi disebelahnya sambil membuat muka seperti tidak mengenalinya, bercahaya terus muka gadis itu sebaik saja jejaka itu munculkan diri..

"Eh Abang, sayang laparlah, "  dia memaut lengan jejaka itu, tersentap terus lelaki yang ingin minta nombornya.
Terus saja lelaki itu beredar sebaik melihat pandangan tajam dari Asyraf mikael.

"Ingatkan tak nak makan dah,ke nak merajuk ?Atau nak senyum kat mana- mana jantan.saja bagi aku jealous? "Risha hanya mengetap bibir mendengar balasan Asyraf mikael, terus dia lepaskan pegangan pada lengan Asyraf sambil mulut muncung sedepa.

"Ha elok lah kau buat mulut macam tu,dah macam mak nenek hilang cucu aku tengok" Asyraf mikael tersenyum sinis melihat Risha yang dah jalan jauh kedepan tinggalkan dia.

"Woii nenek tunggulah!"

"Ishh minah ni,memang nak kena dengan aku" bebel Asyraf sendiri sambil berjalan laju menyaingi langkah gadis itu.

Pap!

Tersentak Asyraf apabila telefonnya tiba-tiba direntap seseorang, hilang terus ingatannya sebulan lalu semasa mengingati rajuk buah hatinya. tersenyum dia sendiri, jika orang lain yang lalu lalang didepannya itu lihat pasti sudah dicop gila.

Asyraf Mikael(Slow update)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang