Setibanya di hadapan kelasnya , teragak untuk dia masuk ke dalam gara-gara sudah ada guru di dalamnya. Pintu kelas diketuk beberapa kali sebelum satu suara membenarkannya masuk.

"Assalamualaikum. Saya pelajar baru , Adelia Humaira." Adelia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"owh , kamulah pelajar baru tu ? Saya tunggu kamu di pejabat kamu tak sampai-sampai." kata guru wanita itu.

"Maafkan saya cikgu." Ucap Adelia.

"Takpa, kamu masuk kelas dulu. Nanti jumpa saya waktu rehat. Saya guru kelas 5 Costa , nama saya Puan Syida. Guru Bahasa kamu." kata Cikgu Syida. Adelia hanya mengangguk. Dia memandang ke arah rakan sekelasnya yang lain.

"Sila perkenalkan diri kamu, pelajar." pinta cikgu Syida.

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Adelia Humaira. Panggil sahaja Adel." kata Adelia.

"Adel , parents kau kerja apa ?" soal salah seorang pelajar. "Perlu ke tahu ?" Soal Adelia dengan sinis.

"Of Course. Mana tahu one day we need each other to back up our family business." terang pelajar yang lain. Adelia terdiam , tak sangka budak-budak sekolah ni terfikir untuk kembangkan kenalan keluarga dengan berkawan dengan anak bangsawan lain. Not bad. Puji Adelia dalam hati.

"Kerjaya parents aku terlebih cukup untuk aku layak bersekolah di sini." Jawab Adelia dengan sinis.

"dah dah dah , kelas nak bermula. Semua boleh buka buku latihan masing-masing. Adelia , kamu boleh ambil tempat di tempat kosong." arah Cikgu Syida. Adelia menurut tanpa bising. Dia berjalan ke meja kosong tetapi baru sahaja hendak duduk , pelajar yang berada di sebelah meja kosong itu meletakan begnya di kerusi kosong itu.

"kau dah kenapa !?" marah Adelia.

"cari tempat lain." Arah pelajar itu.

Adelia memandang ke arah Cikgu Syida tetapi sayangnya cikgu itu tidak perasan kerana sibuk melihat buku latihan pelajar. Tanpa banyak bunyi , Adelia melangkah ke meja kosong di belakang sekali. Dia tidak perlu risau jika teman semejanya tidak suka dengannya kerana dia tiada teman semeja. Tenangnya hidup kalau macam ni.

Sepanjang berada di dalam kelas , mata-mata pelajar tidak habis-habis memandang dia yang duduk di baris belakang. Sebaik sahaja waktu rehat tiba , baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari kelas , seseorang merempuh bahunya.

"Kau dah kenapa !?" soal Adelia dengan bengang.

" Musuh Linda , musuh aku." ucap pelajar lelaki yang merempuhnya. Pelajar lain memandangnya dengan muka mengejek.

"Linda who ?" soal Adelia dengan muka tidak heran. Entah siapa entah si Linda tu. Tetiba jadi musuh aku dah kenapa ? Nak kata kenal , memang tak kenal. Bisik Adelia dalam hati.

Tanpa menunggu mereka menjawab soalannya , Adelia terus berlalu keluar dari kelasnya. Perjumpaannya dengan Cikgu Syida tidak mengambil masa lama. Hanya mengisi serba - sedikit maklumat mengenai kemasukan dirinya dalam sekolah ini serta mendengar taklimat mengenai permakahan sekolah ini dan system pendidikan sekolah ini. Tiada banyak yang berbeza daripada sekolah menengah awam di Malaysia. Mereka menggukan penggunaan darjah 1 hingga 6 dan tingkatan 1 hingga 5. Yang berbeza adalah di sini tiada SPM sebaliknya SKUL , Sijil Kemasukan Universiti Lusia.

Haih , disebabkan dia masuk sekolah ini pada tahun akhirnya , banyak yang harus dia kejar untuk belajar. Satu benda dia perasan adalah , syllabus di Lusia dan di Malaysia berbeza terturutama Sejarah manakala subjek lain Malaysia agak tertinggal sedikit di belakang terutama Matematik.

Agak mengantuk jugalah dia menadah telinga mendengar taklimat gurunya.

"Awak faham tak apa saya terangkan ni ?" soal Cikgu Syida,

"haa?"

Cikgu Syida melepaskan keluhan berat. "Haih , saya tahu awak home school before this but result awak semasa home school tidak berapa memuaskan. Terutama Matematik dan Sejarah awak. daripada result awak , awak tak menguasai topic tahun lepas jadi saya rasa awak perlukan banyak buat latihan supaya topic tahun lepas awak boleh kuasai." pesan Cikgu Syida.

"Saya faham." kata Adelia.

"Untuk menyelesaikan masalah awak saya dah minta tolong pada pelajar TOP 1 sekolah untuk mengajar awak."

"Tak perlu susah-susah , cikgu. Saya boleh tuisyen." tolak Adelia.

" masalahnya awak tak biasa dengan soalan exam kan ? lebih mudah awak belajar dengan student , Adel. Syariff !" Panggil Cikgu Syida. Adelia memandang ke arah pelajar yang dipanggil oleh Cikgu Syida.

Syariff Iman !!??

"Ya , saya cikgu." balas Syariff.

"Mulai hari ini , awak mentor Adelia. Bantu dia dengan sejarah dan Math untuk syllabus form 4 ya. Result dia tidak memuaskan sebelum ni." kata Cikgu Syida.

"Baik Cikgu."

"Okay , kamu berdua boleh pergi." kata Cikgu Syida.

Sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar daripada bilik guru , Adelia tidak berhenti memandang ke arah Syariff.

"Kau dah kenapa ?" soal Syariff.

"Kau ni memang dasar nerd kan ? Cikgu kata apa kau yakan sahaja." kata Adelia.

"Aku yakan pun untuk kebaikan kau." balas Syariff.

"Fine. Thank you." balas Adelia. Ketika mereka berdua hendak ke cafeteria , mereka berdua didatangi oleh sekumpulan pelajar perempuan. Melihat muka yang sama seperti pagi tadi membuatkan Adelia mengeluh berat.

"Apa korang nak ? Tak bosan ke cari gaduh dengan aku ?" soal Adelia dengan malas.

Linda menjeling tajam ke arah Adelia. Dia memberi isyarat mata pada rakan-rakannya. Mereka terus memegang kedua-dua belah lengan Adelia , terkejut Adelia dibuatnya. Tanpa salam , dia dapat rasakan wajahnya diconteng oleh sesuatu.

"WOII !!" Pekik Adelia. Selepas seketika mereka melapaskannya pergi.

"Next time jangan muncul depan aku." kata Linda sebelum berlalu pergi dengan rakan-rakannya.

Adelia memandang ke arah Syariff di sisinya dengan muka tidak puas hati. "What the hell ! Dorang kut yang cari aku kat sini dulu." Kata Adelia dengan bengang. Syariff tergelak kuat melihat muka Adelia yang diconteng oleh maker. Tanpa sebarang kata , dia mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar Adelia.

'SNAP'

" Woi, delete sekarang !" Pekik Adelia saat dia bagaikan tersedar dengan apa yang dilakukan oleh Syariff tadi. "Memang tak ah aku nak delete !" balas Syariff.

Adelia cuba merampas telefon itu, laju sahaja Syariff mengunci kedua-dua belah Adelia di belakang gadis itu . "Woi , dengan perempuan pun nak kasar ke ?" soal Adelia dengan tidak percaya. Terkejut dia dengan tindakan Syariff. Nerd bukan sebarang nerd rupanya.

"Perempuan tak perempuan , aku takkan bagi kau delete." Putus Syariff.

"Fine. lepaslah , sakit tangan aku."

"Terlupa der." balas Syariff.

Adelia mebalas dengan jelingan mautnya pada Syariff. Sekali lagi Syariff tergelak kuat melihat wajah tidak puas hati Adelia.








×××
✨ Jangan lupa tinggalkan
Vote & Komen ✨

Adelia HumairaOnde histórias criam vida. Descubra agora