***

Firdaus perlahan lahan menuju ke balkoni kondo itu. Dia menghirup udara segar. Pagi esok dia akan bertolak ke Paris bersama Zara.

Terasa pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Firdaus menoleh.

"Cak!", Zara bergurau manja dengannya. Dia menayangkan giginya yang cantik teratur.

Firdaus menarik lengan Zara dibawa ke depan. Dia memeluk erat pinggang ramping Zara sambil merenung matanya yang menggoda.

"You ni suka buat I blushing tau. Bencilah.", Zara menyembamkam wajahnya ke dada Firdaus.

Firdaus hanya tergelak sahaja. Gaya dia yang menggoda telah membuat Firdaus terpikat dan meninggalkan...Hanis.

"Hmm you.." ,meleret Firdaus dipanggil Zara. Mesti nak apa apa ni.

"I nak pergi shopping la. Esok kita nak gerak dah. Nanti tak sempat pulak nak packing.", kata Zara sambil menguis nguis dagu Firdaus dengan jarinya.

"Ok sayang. Nanti I bagi duit ya?", Firdaus tahu sangat dengan perangai Zara. Suka shopping.

"Thank you darling..", Zara memeluk erat Firdaus. Dia tersenyum senang kerana begitu mudah Firdaus diperbodohkan. Sekarang dia tidak perlu risau lagi kerana dia sudah mempunyai mesin ATM bergerak untuk dia berbelanja.

***
Televisyen yang sedang terpasang hanya ditontonnya. Dia tidak menghiraukan handphonenya yang dari tadi berdering minta diangkat.

Panggilan daripada Hanis itu tidak langsung menarik minatnya untuk menjawab.

Tiba tiba terdengar bunyi notifikasi menandakan satu mesej masuk. Puan Rozi lantas mengambil handphonenya untuk melihat mesej itu.

Hanis

Assalamualaikum umi. Umi sihat? Semua kat sana sihat ke? Dah 2 minggu dah kita tak berjumpa. Hanis rindu sangat dengan umi dengan abah. Hanis minta maaf atas semua perkara yang berlaku. Tolong ampunkan Hanis. Hanis tak bersalah umi. Umi,kalaulah umi angkat call Hanis, Hanis nak sangat mengadu kat umi. Hanis tak bahagia duduk kat sini umi. Hanis tak de siapa siapa selain umi,abah dengan abang Luq. Tolong terima Hanis semula. Hanis merayu sangat.

Puan Rozi termenung selepas membaca mesej daripada anaknya. Dia berfikir seketika. Betulkah apa yang dia buat?

Kedengaran ada orang memberi salam di luar pagar rumah. Puan Rozi membuka pintu rumah lalu menjenguk ke arah manusia tersebut.

"Ahh Lia..mari masuk sayang," mesra Puan Rozi menyambut kedatangan bakal menantunya.

Dahlia membuka pintu pagar lalu mengatur langkah ke arah pintu utama rumah. Dia menyalam tangan orang tua itu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now