Hanis yang melihat perbuatan Huzair menyapu minyak di lukanya terus bergenang air mata di tubir matanya.

Huzair yang perasan mata Hanis berair terus menghentikan perbuatannya. Hairan dia melihat Hanis menangis,sakit ke dia sapu minyak tadi?

"Hanis okay ke? Kasar sangat ya along sapu luka tu?."

Hanis cepat cepat menggeleng. Huzair dah salah faham.

"Bukanlah along. Tak kasar pun."

"Habistu,kenapa menangis ni?"

Lemah lembut.

Gentleman.

Itu yang Hanis rasakan mengenai layanan Huzair terhadapnya. Dia tertanya tanya,kenapa Huzair layan dia baik? Sedangkan dia punca semua ni berlaku.

Hanis mahu bertanya tetapi lidah dia kelu apabila bertentang mata dengan Huzair. Dia menelan air liur dan kembali menunduk. Sungguh dia rasa gugup sangat.

"Ha--Hanis..tertanya tanya,kenapa along la--yan Hanis baik sangat? Sedangkan Hanis punca se--semua ni berlaku." Akhirnya keluar juga soalan itu walaupun sedikit tergagap gagap.

Huzair hanya tergelak kecil. Entah kenapa dia rasa gadis di depannya ini comel sangat.

Hanis mengerutkan dahinya. Eh along ni,aku tanya dia..dia boleh pulak gelak. Dia cuba mendongak untuk melihat wajah Huzair tetapi cepat cepat menunduk kembali apabila Huzair tersenyum memandangnya.

Ok. Ini yang dia lemah semangat ni.

Huzair melihat sahaja Hanis yang sedang sibuk menggentel hujung bajunya. Dia memikirkan soalan Hanis tadi. Dan..entah,dia pun tak tahu kenapa dia tak ada sekelumit pun rasa marah terhadap Hanis.

"Along? Kenapa along diam?" Hanis yang penat menunggu terus menegur suaminya itu.

"Hmm Hanis.."

"Hmm?"

"Boleh tak kita tukar panggilan 'along'? Hanis panggil saya.. 'abang' boleh?" Permintaan Huzair taklah sebesar mana. Tapi bagi Hanis,itu adalah permintaan yang akan membuatkan dia malu sebab sebelum ni dia tak pernah panggil mana mana lelaki dengan panggilan 'abang',kecuali abang Luqman kesayangannya.

"Kenapa? 'Along' tak sesuai ke?."

Huzair termangu. Wait what? Huzair tergelak.

"Hanis, Hanis pernah dengar ke isteri panggil suami dia 'along' ?" Hanis termalu sendiri dengan silap katanya tadi. Hanis tersenyum sedikit.

"Okay." Akhirnya Hanis setuju untuk panggilan baru itu. Abang pun abanglah.

Huzair mengangguk. Dia berkira kira untuk menjawab soalan Hanis tadi.

"Untuk soalan Hanis tadi, abang tak rasa marah langsung walau sebesar zarah. Sebab abang tahu yang Hanis tak ada niat pun nak perangkap abang. Dan abang juga tahu yang Hanis bercinta dengan adik abang." Huzair berhenti seketika.

Hanis sedang terkebil kebil memandang Huzair ,menunggu bicara yang seterusnya.

"And i know..Hanis tak akan menduakan Firdaus." Perlahan sahaja Hanis menuturkan ayat itu. Dia berasa kasihan kepada Hanis kerana orang di sekeliling hanya menyalahkan Hanis seorang.

Hanis tersenyum sedikit. Dia tahu maksud Huzair dan dia rasa bersyukur Huzair tidak menyalahkannya malah suaminya itu layan dia dengan baik.

"Thanks a--abang." Ucap Hanis dengan janggal.

Huzair mengangguk sambil tersenyum.

***

Luqman sedari tadi hanya termenung sahaja. Dahlia yang berada di depannya tidak terlayan. Namun Dahlia mengerti akan keadaan Luqman sekarang.

"Man.. Man okay tak?" Dahlia cuba menegur Luqman tetapi tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut kekasihnya itu.

Dahlia cuba menegurnya sekali lagi barulah Luqman memandangnya. Dahlia menghadiahkan senyuman.

"Man kalau tak okay,kita balik ya? Lagipun Lia tengok Man macam tak sihat je. Muka tu pucat." Cadang Dahlia dengan prihatin. Dia tak mahu Luqman sakit kerana memikirkan tentang Hanis.

"Eh takpelah sayang. Lia kata nak pergi shopping tadi? Jomlah gerak." Luqman sedaya upaya cuba mengawal riak wajahnya yang ternyata menahan sakit.

Dahlia berdecit. "Man tu tak sihat tu. Balik jelah rehat kat rumah. Kalau pergi jugak mall tu,hmm alamatnya melaratlah sakit Man tu. Dalam mall tu kan sejuk,nanti Man tak tahan pulak." Panjang lebar Dahlia menasihati Luqman agar berehat sahaja di rumah. Shopping tu bila bila masa je boleh pergi.

"Tapi..."

"Aipp. Dengar cakap Lia." Dahlia sudah memberi amaran supaya dengar cakap dia.

Luqman sudah mengangkat tangan tanda beralah. Dia tahu walau berdebat lama lama pun,Dahlia juga tetap akan menang.

Well,perempuan kan selalunya betul.

***

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Huzair yang sedang melilit getah paip di tempat yang disediakan baru sahaja selesai mencuci keretanya.

Dato Jalal keluar dari pintu rumah lalu kaki diatur ke kerusi rehat di ruangan taman. Dia melihat Huzair yang baru sahaja mencuci keretanya dan dia hanya mampu menggeleng. Sayang sangat dengan keretanya itu.

"Huzair!" Laung Dato Jalal memanggil anaknya. Ada perkara yang dia mahu bincang dengan anak menantunya.

Huzair yang mendengar panggilan dari Dato Jalal terus mengatur langkah ke arah tempat papanya berada.

"Ya pa. Ada apa? Along baru je habis cuci kereta."

"Kamu ni asyik mencuci kereta kamu je kerjanya. Tak penat ke?" Soal Dato Jalal membuatkan Huzair tergelak kecil.

"Kalau dah sayang kereta tu pa. Along tak kena erti penat. Macam papa sayangkan mama tu.Hahaha." Huzair sengaja mengusik Dato Jalal. Papanya hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Ni along. Panggil bini kamu turun ke bawah. Ada hal sikit papa nak cakap." Arah Dato Jalal menyebabkan Huzair sedikit tersentak.

"O--okay." Dalam hati Huzair sudah mengatakan Papanya mesti mahu memarahi Hanis. Huzair hanya mengeluh sambil meneruskan langkahnya ke tingkat atas.

****************

Rahsia Takdir Antara Kita Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt