Rien : kau pahal sebok kat sini.

L : korang tu milik.. Er..

Violet : //sepak Rayyan dan L ke alam syaitan// Done!

Rys : sambung!

  Tanpa bantahan, kedua gadis itu terus ke dapur untuk menyediakan makanan. Selepas beberapa minit 'bertarung', mereka kembali ke ruang tamu dengan senyuman.

  "Jom makan." ajak Rien.

  Rise dan Leo tersengih. Kerusi ditarik. Masakan Rien dan Violet dinikmati. Nyam nyamm... Usai makan, mereka duduk di ruang tamu.

  "So, korang bagitahu yang korang ni haiwan suci. Tapi, bukankah—" kata-kata Violet dipotong pantas.

  "Kitorang kan penjaga hutan ni. Mestilah kitorang boleh menjelma sebagai manusia." pintas Rise.

  Rien dan Violet ber-oh sahaja.

  "Korang tinggal dekat mana, Rise, Leo?" soal Rien.

  "Kenapa nak tahu?" Leo memandang Rien.

  "Err... Tak salah kan? Saja nak tanya.." balas Rien dengan gugup. Bayangkan wey, lelaki kacak pandang kau lama-lama. Boleh pengsan!

 














  Okay, gurau. 😂

  "Adalah.. Kau tak perlu tahu." ujar Leo dengan senyuman.

  "Tch.. Kedekut." Violet mencebik. Lengan Rien dipaut.

  "Wey, jom kita buat barbeque?" pinta Violet dengan wajah comel.

  Rien mengerutkan dahi. "Mana nak dapat ikan? Ayam apa semua? Bahan-bahan?"

  Violet memuncungkan mulutnya. "Laparlah.." adunya.

  "Tadikan dah makan?" kata Leo.

  "Patutlah. Ge. Muk." ejek Rise.

  Pap!

  Lengan Rise ditampar kuat. "Aku kuruslah!" marah Violet.

  "Haha! Acahlah kau.." ejek Leo pula.

  "Rien~"

  Rien tidak mengendahkan panggilan Violet.

  "Rien, please."

  "Rien..."

  "Rien..."

  "Qrienshes.."

  "Qrienshes Relveyn..." hah, tu dia! Memang betul-betul lapar tu sampai panggil nama panjang Rien.

  "Please, Qrienshes Relveyn. I beg you.." Violet memberikan tatapan sedih tetapi comel.

  Rien menghela nafas. Bukan dia tak mahu tetapi bahan-bahannya tiada!

  "Hahah, lawaklah muka kau. Dahlah, jom ikut kami." ajak Leo.

  "Why would we follow you?" soal Rien.

  "For. Bar. Be. Que."

  Zzup!

  Terkebil-kebil Rien, Rise dan Leo.

  "Rise, Leo, Rien! Cepatlah! Kata nak buat barbeque!" laung Violet dari bawah. Lebih tepat, bawah pokok.

  Rise, Leo dan Rien tersedar. Mereka berjalan menuju ke bawah.

  "Lajunya kau eh.. Cakap pasal makan, laju je!" sindir Rise.

  "Suka hati akulah. Aku yang nak makan bukan kau." sembur Violet. Apabila dia mahu membuka mulut dia ditegah Rien.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now