••••

  "Kau kenapa? Macam kena kejar hantu je.." tegur Violet yang baru sahaja meneguk susu suam.

  Rien menarik nafas seketika. Penat bermarathon.
 
  "Lebih menakutkan daripada itu," kata Rien perlahan.

  Violet mengerutkan dahi. "Hah?" soalnya, tidak faham.

  Maka, bermulalah sesi bercerita di pagi hari. Ish ish ish...

  ••••

  "Apa yang kau menungkan tu?" tegur Hanz, yang melihat adik kembarnya asyik termenung.

  Malangnya, gadis itu terus berdiri dan berjalan meninggalkannya. Hanz tergamam.

  "Mana kau nak pergi?!" marah Hanz.

  "Pekan." Satu patah perkataan daripada Hanza, dan dia lesap.

  Hanz mengeluh. "Maafkan aku." Dia meramas rambutnya. "Argh!"

  Tiba-tiba dia merasakan bahunya ditepuk. Sebaik sahaja dia menoleh, terus tangannya naik menampar wajah sang durjana.

  "Hoi!" marah si mangsa.

  Hanz tersengih sahaja. Padan muka!

  "Sesuka hati kau sahaja nak tampar wajah kacak aku ni," rungut L sambil tangannya mengusap pipi.

  Kali ini, satu bunyi kuat yang terhasil daripada dua punca bergabung sehingga memecahkan kesunyian tingkat itu.

  "HOI!" L mengejar kedua-dua jejaka yang berani menamparnya.

  Malang buatnya, dia ditinggalkan. Kasihan...

  ••••

  "Sakitlah, bodoh!" carut Rez apabila Ryn merawatnya dengan kasar.

  "Diamlah, habau!" Ryn menonyoh peket berisi ais itu ke pipi Rez. "Hisy, buatlah sendiri!" Ryn mencampak peket itu ke wajah Rez lantas punggungnya dilabuhkan ke sisi Delisya yang sedang mencicip teh hijau.

  "Inilah masalah perempuan. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. Menyusahkan!" rungut Rez. Tangannya menuam pipi yang lebam dengan peket ais tadi.

  "Kan.." Ray dan Kai mengangguk bersetuju.

  Delisya memegang erat tangan pasangan kembar itu lalu mereka menghilang.

  Haih, hari ini hari menghilang seduniakah? Siapa nak sambung skrip kalau macam ni?! Pendeklah bab ni! Hmph!

  Ray, Rez dan Kai berpandangan. Pertama, kerana tiga gadis itu. Kedua, kerana bebelan Rys tadi. Adeh!

  ••••

  "Hai!"

  Tiga gadis itu menoleh. Mereka mengerutkan dahi apabila tiada sesiapa yang berada di situ.

  "Sinilah..."

  Mata memandang satu arah.

  "Hai, siapa kalian? Tak pernah nampak pun?" soalnya. Tubuh kecilnya yang terapung di udara agak menyusahkan mereka bertiga untuk melihat.

  "Kau..."

  "Hai, saya pari-pari cahaya! Mari saya bawa kalian ke pekan kami!" Dan... Ia lesap.

  LAGI?!

  "Eh?" Mereka yang termangu-mangu terus tersedar lalu mengejar pari-pari itu. Jangan risau, nampak punya. Kot? PFFT!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now