Amani menyeka air mata yang tertumpah saat terakhir dia dirumah tadi. Danish perasan air mata itu namun dia tidak mengendahkannya. Dia terus memecut laju kereta Volkswagen itu.

Sampai sahaja di perkarangan rumah barunya, Danish mematikan kereta dan membatu di sisi Amani tanpa sebarang reaksi. Amani memandang pelik suaminya itu.

"Encik Danish, kenapa?" soal Amani dengan suara perlahan dan terketar-ketar.

Danish masih diam.

"Nak saya keluar ke?"

"Hm" itu jawapan Danish dengan wajah kelat.

Amani perlahan-lahan keluar dari kereta itu dan mengambil begnya di tempat duduk belakang. Danish keluar dari kereta dengan laju lalu mendekatinya.

"Cepatlah sikit." Marah Danish lalu menutup pintu belakang yang masih terbuka dengan kuat.

Amani membuntuti Danish dari belakang dengan laju. Sunyi sepi rumah ini seperti tiada penghuni. Amani mendaki tangga dibelakang Danish yang langsung tidak menoleh.

Masuk saja di bilik, terserlahlah bilik Danish yang kemas dan rapi. Danish pantas mengambil tualanya dan meluru ke bilik air. Amani terpinga-pinga ditengah bilik itu sendirian.

Hatinya saat ini berdebar-debar. Inilah pertama kali dia bersendirian didalam bilik tidur bersama lelaki. Peluh-peluh kecil menghiasi dahinya.

Dia berjalan sedikit ke tepi tingkap bilik sambil melihat ke bulan yang terang benderang di langit. Begnya dilepaskan. Kali ini, dia hanyut dalam lamunannya lagi.

Bagaimana penerimaan keluarga Danish padanya? Adakah dia boleh memujuk hati mereka untuk menerimanya? Paling utama, macam mana dia mahu melayan Danish sebagai suami? Apa yang perlu dia lakukan?

Perlu ke aku panggil abang? Iya, perlu sebab dia dah sah jadi suami aku. Andai semua ini mimpi, kejutkanlah aku Ya Allah. Mimpi ini nampaknya sangat panjang dan perih. Aku tak mampu untuk teruskan mimpi ini. Pinta hati Amani.

Semua ini kerana dia terlalu mudah mempercayai Farah. Kenapa Farah tergamak buat semua ini pada dirinya? Benci sangatkah Farah padanya? Amani merasa begitu bodoh kerana boleh terjatuh kedalam perangkap Farah.

Danish keluar dari bilik mandi dengan berbaju tidur sahaja. Dilihatnya Amani yang sedang berdiri di tepi tingkap dengan pandangan tajam. Dia mendengus kuat.

Amani tersedar dari lamunan dengan dengusan itu.

"Eh, Encik Da.. Eh, abang dah siap?" soal Amani lalu mengangkat bagnya.

Dia mendekati Danish dengan laju.

"Apa? Abang?" Danish bertanya seakan tidak dengar.

"Iya, abang. Kan abang dah sah jadi suami Ani."

Danish ketawa sinis.

"Kau tak payah nak ber 'abang' dengan aku. Aku tak suka." Kasar Danish berkata.

Amani diam.

Danish berjalan ke katilnya dengan mata tajam.

"Barang Ani nak letak mana?" soal Amani sambil mengangkat sedikit bagnya.

Danish berhenti melangkah. Dia pantas menoleh dan mendekati Amani.

"Aku peduli apa barang kau? Kau letaklah kat mana pun yang kau suka yang penting bukan dalam bilik aku. Kalau boleh, dengan kau sekali aku tak nak ada dalam bilik ni."

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now