Love +29

868 80 3
                                    

Eunji membaringkan dirinya diatas katil lalu cuba memejamkan matanya.Belum sempat terlelap sudah didengar suara Jungkook memanggil-manggil namanya.Maka bergegaslah Eunji seperti dayang di istana kearah Jungkook.

"apa dia?".soal Eunji sambil menggaru kepala.

"nak makan kek".ujar Jungkook.

Eunji pun bergegas keluar dari bilik hotel dan pergi ke cafe hotel yang menjual kek.


"berapa?".soal Eunji.

"₩2687"

Eunji menghulurkan duit kertas dan berlalu pergi.

"jap...dia ni...sedang memperbodohkan aku ke apa??".Eunji menggaru dagunya.

"Eunji!nak air!".

"Eunji!tutup langsir!silaulah!".

"Eunji..mana remote?".

"Eunji suap aku".

"Eunji!".

"Eunji !".



Eunji menggeleng kepalanya dengan laju.Dia menggigit bibir geram.Sah-sah dah dipermainkan ni. Jungkook tu sakit tangan aje bukannya kaki ataupun lumpuh.

"ah".Eunji terlanggar dengan seorang lelaki yang keluar daripada lif.

"ehh..sorry...awak okey?".soal seorang lelaki dihadapan Eunji sambil mengerutkan dahi.

"eh..okey-okey".Eunji pun mengambil plastik yang berisi kek yang dibeli tadi dan terus masuk kedalam lif.




___________________



Jungkook memandang Eunji dengan pandangan tajam. Eunji menggigit jari kerana dia tahu nanti suara Jungkook yang terlebih merdu tu akan meletup.

"aku suruh kau beli kek.....yang kau beli ubat gigi,berus gigi dengan sabun ni apasal?".soal Jungkook.

"eh..tadi saya beli keklah untuk awak..tapi macam mana boleh bertukar ni?".Eunji menggaru kepalanya.

"kau ni entah-entah ahli sihir kot...boleh tukar barang....lebih baik kau tukar rupa kau tu lagi bagus".Sindir Jungkook.

Eunji rasa nak aja pijak-pijak tangan Jungkook ni.

"hah!!saya tahu...tadi saya terlanggar dengan seseorang..entah-entah tertukar dengan barang dia entah".ujar Eunji.

"kau ni memang suka langgar orang kan?orang tu cedera tak?".soal Jungkook.

Eunji mencebik bibir.



_________________



Eunji pun turun ke lobi dan mencari-cari lelaki tadi.Karang tuan maharaja Jungkook mengamuk tak fasal-fasal duk mengidam kek dalam bilik sana.

"cik".tegur suatu suara yang tidak dikenali Eunji.Pantas dia berpaling melihat lelaki yang dilanggarnya awal tadi.

"eh..ya!barang kita tertukarlah".ujar Eunji.

"haha..ya".Lelaki itu ketawa kecil.Mereka pun mengambil barang mereka yang tertukar itu.

"awak menginap dekat sini ke?".soal lelaki tersebut.

"a'ah ya".ujar Eunji.

"oh..saya Jong Suk..awak?".

"err.Eunji".

 
Jungkook pun keluar dari lif sambil matanya liar mencari Eunji.

"budak ni lama betol...kang sesat parah aku".ujar Jungkook.

Jungkook kaku melihat Eunji dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang berbual-bual. Jungkook mengeluh kasar.

"minah ni menggatal pulaaa...tak ingat suami tercinta duk melalak dalam bilik sorang-sorang".Bisik hati Jungkook.

"Eunji!".Panggil Jungkook dengan kuat.

Dengan pantas Eunji berpaling lihat Jungkook merenungnya dengan mata tajam.Cepat-cepat Eunji menuju kearah Jungkook.

Jong Suk tengok ke arah Jungkook dan lambai tangan ke arahnya.

Jungkook lambai balik tapi macam nak tak nak je.

"kau ni mengorat pula dekat lobi hotel ek?nak aku tukar nama kau?minah lobi?".Ujar Jungkook sambil menunjal kepala Eunji.

"saya bukan mengoratlah...orang tu yang tertukar kek awak tu".ujar Eunji.

"yalah sangat..tangan aku dah macam ni dah sibuk cari lain...kalau aku lumpuh nanti..mahunya kau pijak-pijak aku lepas tu buang aku dalam sungai then kahwin lain..kan?".soal Jungkook. Eunji tercengang.Apa Jungkook merepek ni?takkan wayar otak dia tercabut sebab pergelangan tangan dia kot.

"eh...kalau saya cari lain dah lama saya mintak nombor telefon dia lepastu pergi jalan-jalan keluar dengan dia...eh?permintaan ke tu nak saya pijak-pijak awak bagai tu??hishh..nak kek ni".ujar Eunji menyampah dengan Jungkook lalu masuk kedalam lif bersama-sama Jungkook.

"mamat ni jeles ke apa?".soal Eunji didalam hati lalu melihat kearah Jungkook disebelahnya.

"eish...mamat ni ada perasaan ke?".Eunji menggeleng kepala.

Eunji menggeleng kepala

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.
Arranged Marriage 정렬 된 결혼 Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα