Love +02

1.5K 95 1
                                    

Eunji meneguk kopi panas sambil melihat kearah mama dan makciknya.Dia hanya kaku tidak bersuara.Macam tak percaya semua ini boleh terjadi.

"Eunji-ah..mama nak cakap sikit ni".ujar Puan Shin sambil menggenggam erat tangan Eunji . Eunji mengangkat kepalanya dan melihat kearah Puan Shin.Chakyung hanya tersenyum dan telah mempersetujui 'plan' itu.

"apa dia mama?".soal Eunji sambil meneguk kopi.

Puan Shin melihat kearah Chakyung.

"kamu beritahu boleh tak?".soal Puan Shin dengan menghantar mesej ke otak Chakyung.

"kenapa pula saya kak?ini rancangan akak laki bini".Chakyung menghantar mesej balik pada Puan Shin.

"kamu kan baik dengan anak aku ni..kamu beritahu ajalah...dia lebih manja dengan kamu".mesej dihantar lagi kepada Chakyung.

"tak naklah...akak beritahu sendiri".

Puan Shin menjeling sekilas pada Chakyung sementara Eunji hanya melihat dua manusia dihadapannya saling pandang berpandangan.

"apa dia ma?".soal Hara sekali lagi.

"Camni...Eunji-ah...mama ha....rap sangat Eunji dapat terima semua ni...sebelum tu...mama minta maaf sebab terlalu kawal hidup Eunji dulu....ini kali terakhir mama minta Eunji buat sesuatu ni...for the last one".ujar Puan Shin.

Eunji meneguk air liur dan menarik tangannya dari Puan Shin.Segera Puan Shin melihat kearah Chakyung kerana mula rasa tak sedap hati.

"a..apa dia?".soal Eunji sambil kerutkan dahi.Hati mula rasa tak sedap.

"Mama dengan papa..ha...rap sangat Eunji ..dapat kahwin dengan anak..kawan...papa".Ujar Puan Shin.

Eunji rasa macam ada loceng besar sedang berbunyi didalam kepalanya.

"what???apa mama cakap ni?Eunji baru pelajar sekolah menengah..kahwin?apa mama ni".Eunji menundukkan kepalanya.

Chakyung mula melihat wajah Puan Shin.

"aku dah cakap..budak ni takkan terima".Chakyung menghantar mesej pada otak Puan Shin.Puan Shin menjeling kearah Chakyung.

"sayang..dengarlah apa mama nak terang ni...sekarang papa kamu sakit....kamu kan tak reti nak usahakan syarikat papa kamu tu..satu lagi papa kamu tu tengah sakit...syarikat papa kamu sedang merosot sekarang ni...kalau kamu kahwin dengan anak kawan papa kamu...semua masalah akan setel".ujar Puan Shin.

"apa mama ni..sanggup sebab macam tu mama suruh Eunji kahwin dengan orang yang Eunji langsung tak kenal".ujar Eunji sambil mula titiskan air mata

"sayang..dengarlah..Eunji!".Panggil Puan Shin. Eunji berlari pergi.

"biarkan dia dulu..kalau saya pun jadi macam dia...tiba-tiba suruh kahwin".ujar Chakyung.

"eh..Chakyung..baik kamu pujuk anak saudara kamu lagi bagus.ni salahkan akak pula".Puan Shin mencebik bibir.

"haish...akak ni sanggup buat anak akak macam tu".ujar Chakyung.

"ape?eh..calon ni lagi bagus tahu tak?keluarga dia punya empayar besar...lepastu dia bukannya hodoh..kacak tahu tak?baik pula tu..kalau tak kahwin dengan budak ni..Eunji kahwin dengan siapa entah...budak lelaki zaman sekarang ni bukannya boleh dipakai sangat".Ujar Puan Shin.Hatinya kuat mengatakan budak Eunji akan bahagia bersama anak kawan suaminya itu.

"yalah akak..saya pergi pujuk anak saudara tercinta saya dulu".ujar Chakyung."

"elok sangatlah tu..cepat pergi".ujar Puan Shin.

___________

Chakyung mencari-cari anak saudaranya yang sudah hilang kemana.Dia kemudian ke taman hospital,berharap Eunji ada disitu.Dah penat dia mencari si Eunji tu.

Beberapa minit kemudian Chakyung tersenyum melihat Eunji sedang duduk diatas bangku sambil memeluk tubuhnya.

"Eunji-ah".Chakyung duduk disebelah Eunji.

"oh..makcik".Eunji memberikan sedikit ruang untuk Chakyung duduk disebelah.

"makcik...makcik datang sini nak pujuk Eunji kahwin ke?".soal Eunji.

"eh..takdelah..takde kuasanya makcik...".Chakyung menggeleng kepala.

Eunji anggukkan kepala.Kemudian matanya melihat Bulan dan bintang diatas langit.Cerah dan bersinar.

"Eunji-ah..Eunji nampak tak bintang yang berkelip-kelip diatas langit tu?".soal Chakyung.

"ya..nampak..cantik sangat".ujar Eunji sambil tersenyum.

"masa kecik-kecik dulu..Eunji suka sangat kira bintang..lepas tu tak boleh dikira...".ujar Chakyung sambil ketawa kecil.

"yalah..tak masuk akal..banyak sangat".Ujar Eunji.

"lepastu Eunji jadi benci matematik".ujar Chakyung. Eunji anggukkan kepala.

"Eunji nampak tak bintang yang berkelipan yang saiznya lebih besar daripada bintang lain dan lebih bersinar dari yang lain?".soal Chakyung.

"Nampak..dia jauh daripada bintang lain..dan juga jauh daripada bulan yang bersinar terang besar itu".ujar Eunji sambil tersengih seperti anak kecil.

"Eunji macam tulah".ujar Chakyung. Eunji mengerutkan dahi.

"hah?kenapa pula?".soal Eunji.

"Satu-satunya bintang yang bersinar terang dan menyerlah..tapi dia tak ada keberanian nak dekati bulan yang menyerlah itu dan kalah pada bintang lain yang sebenarnya kurang menyerlah".ujar Chakyung.

"hah?". Eunji terangkat kening tak faham.

"Eunji-ah...pasal perkahwinan kamu itu...terserahlah pada kamu...tapi makcik percaya..calon suami kamu itu terbaik...mungkin dia jodoh kamu dan dia bulan itu".ujar Chakyung.

"bulan?".

_____________

Dua minggu lepas.


Jungkook ternganga dan terjatuhkan buku yang dipegangnya.

"apa mama cakap tadi?kahwin?".soal Jungkook.

"ya..kahwin!comel sangat bakal menantu mama ni...kamu nak tengok?".soal Puan Jeon. Jungkook menggeleng kepala.

"nama dia Jung Eunji..dia ni budak baik tau".ujar Puan Jeon.

"mama...kahwin?seriously?Jungkook tak kenal pun dia siapa..minah poyo mana entah". Jungkook mengerutkan dahi.

"minah poyo kamu cakap Jungkook ??dia ni kawan baik papa kamu tau..dia tinggal di London untuk 5 tahun..tak silap mama...aigo...kyeopta".ujar Puan Jeon.

"London?mesti teruk minah ni...gedik ke...euww..malah lebih teruk dari bekas kekasih aku". Jungkook menggeleng kepala.

"Jungkook..kamu kena ikut apa papa dengan mama cakap ni".ujar Puan Jeon.

"aish...tak naklah mama..ni mesti sebab perniagaan ni kan?".soal Jungkook.Puan Jeon tersengih kelat.Cerdik betul anak dia ini.

"hurh!perkahwinan tak ikhlas..takkan bahagialah ma".ujar Jungkook lalu naik ketingkat atas dengan lif.

"perkahwinan dengan restu orang tua bahagia. Jeon Jungkook oi~".Jerit Puan Jeon.

Jerit Puan Jeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arranged Marriage 정렬 된 결혼 Where stories live. Discover now