" Dah. " Jawab Hanna dengan senyuman manis.

" Kau kena rehat cukup-cukup tau. Jangan buat kerja berat. Takut pisang berbuah dua kali ganda pula. " Pesan Fatihah.

" Ya, ya. Aku dah dengar ayat ni, hurm termasuk hari ni, dah 20 kali. " Sakat Hanna.

Fatihah memukul lembut bahu Hanna. Terkekeh-kekeh gadis itu sambil mengusap bahunya.

" Aku nasihat ada makna. Yelah, kandungan kau tu, doktor cakap dah cukup lemah. Nasib tak gugur tau. Ish! Sakit pula hati aku bila teringatkan yang Adam lakukan ini semua. Kalau aku jumpa dia memang lunyai lah dia kena dengan aku. " Kata Fatihah sambil menumbuk bantal dengan geram.

Hanna tersenyum pahit.

" Kau tak marah ke Hanna? " Tanya Fatihah. Dia pelik dengan kawan baiknya yang sorang ni. Orang dah buat jahat dekat dia tapi masih boleh tersenyum manis macam tak ada apa-apa yang berlaku.

" Marah tu memang marah. Yelah, dia dah lah tak mengaku yang ni anak dia, and then buat aku hampir kehilangan anak aku ni. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Nak marah pun dah tak guna kan. " Kata Hanna sambil mengusap perutnya dengan lembut.

" Dah kau senang macam tu je maafkan diaorang? " Tanya Fatihah dengan tidak puas hati. Bagi dia tidak adil kalau Hanna terseksa dengan perbuatan Adam ni, walhal Adam dengan bahagia menjalani kehidupannya.

" Siapa cakap aku maafkan diaorang? Kau rasa perbuatan dia tu berhak ke dapat kemaafan dari aku? Dia hampir bunuh anaknya sendiri. Dia hampir bunuh aku. Dia tak percaya cakap aku. Dia tuduh aku. Dia seksa aku. Dia hasut umi aku supaya benci kan aku. Dia ceraikan aku. Dia buat semua orang buang aku dari hidup mereka. Kau rasa berhak lagi ke dia dapat kata kemaafan dari aku? Aku takkan maafkan dia selamanya. Sehinggakan ajalnya dijemput, aku tetap tak akan maafkan dia, Tihah. "

Terkedu Fatihah mendengar kata-kata nekad Hanna itu.

Fatihah menarik Hanna ke dalam pelukannya. Belakang Hanna diusap lembut supaya gadis itu tenang.

" Aku tak nak dah jumpa dia, Tihah. Aku dah serik. Aku dah letih. Kau tolong aku Tihah. Bawa aku pergi jauh dari dia. " Kata Hanna yang berada di dalam pelukan Fatihah itu.

" Ya, ya. Aku janji, akan bawa kau pergi jauh dari dia. " Janji Fatihah. Dia mengusap rambut Hanna yang sudah dipotong pendek.

Rambut yang dipotong pendek itu, kerana permintaan Hanna yang inginkan permulaan kehidupan baru, di mana, dia ingin lupakan segala kenangan rambut panjangnya. Kenangan manis mahupun pahit.


✧✧✧✧


Adam menaip sesuatu di dalam komputer nya. Dahinya berkerut menahan sakit kepala.

Hari ini, dia agak sibuk kerana sekejap lagi akan diadakan mesyuarat bersama wakil syarikat besar yang berada di Australia. Mereka akan berkerjasama dengan syarikat tersebut, kerana itulah Adam sibuk ingin sediakan apa yang patut supaya mesyuarat itu berjalan dengan lancar.

" Baby. " Tersentak Adam apabila pintu pejabat dibuka secara mengejut dari luar. Dia mendongak memandang pintu.

" Maafkan saya, bos. Saya dah halang tetapi Cik Farisha- "

" Sokey, awak boleh keluar sekarang. " Potong Adam lalu kembali fokus pada skring komputer.

Farisha tersenyum menganjing ke arah Lily. Lily menjeling Farisha lalu tutup pintu bilik pejabat tersebut.

" Baby, you busy ke? " Tanya Farisha sambil mengurut bahu Adam. Terpejam mata Adam seketika apabila menerima nikmat urutan dari tangan lembut milik Farisha.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now