Semalam, Permaisuri Naga memberitahu bahawa bulan ini tiada sesiapa yang akan menghantar anak mereka ke dalam Light Forest. Penduduk Kerajaan Angel, Naga, Guardian, Demon, pari-pari dan lain-lain menetapkan satu peraturan yang wajib dipatuhi.

  Kalau mengandung perlu beritahu raja dan permaisuri. Tempoh mengandung adalah selama 9 bulan. Genap usia 5 tahun anak yang dilahirkan itu, mereka akan dihantar ke kedua-dua hutan suci. Ibu bapa kanak-kanak itu perlu memberitahu tarikh lahir budak kecil itu supaya tepat hari lahirnya ke-5, dia akan terus dihantar ke hutan suci.

  Selepas Permaisuri dan Raja Naga tahu tentang Rien dan Violet yang 'mempunyai' kuasa, mereka berdua bermesyuarat dengan seluruh kerajaan bersayap. Termasuk jugalah demon. Menurut semua kerabat raja, tiada sesiapa dalam kerajaan mereka yang akan menghantar anak kecil ke hutan suci bulan ini.

  Jadi, yang akan masuk hutan tu hanyalah Rien dan Violet sahaja. Bayangkan, selama dua minggu, mereka berdua akan diperhatikan oleh helang, harimau, singa dan pari-pari. Salah sikit, bunuh. Kalau diorang dari puak dark, bunuh. Rasa nak nangis wey!

  "Jom masuk," ajak Rien.

  Violet mengangguk. "Woah.." ucapnya sebaik sahaja masuk ke dalam taman itu. Lawa. Bunga-bunga berjuntaian dan terdapat sebuah kolam yang mempunyai bunga teratai di dalamnya.

  Rien menarik tangan Violet untuk masuk ke dalam hutan. Bila teringat tentang haiwan-haiwan suci yang perhatikan diorang, seram pula jadinya. Sekarang waktu petang, jadi hutan tu bercahaya sedikit sahaja.

  Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam hutan suci cahaya itu, semakin meloponglah mulut mereka. Pemandangan seperti hutan hujan!

  "Lawa.." puji Rien pula. Mereka berdua berjalan-jalan dengan teruja.

  Selepas hampir 10 minit berjalan, tiba-tiba Violet berhenti berjalan. Matanya seolah-olah bersinar-sinar dek kagum akan sesuatu.

  "Kau kenapa?" soal Rien. Dia memandang arah yang dipandang Violet. Matanya turut bersinar teruja.

  "CANTIKNYA!!" Rien dan Violet meluru ke pokok itu. Mereka memanjat rumah pokok yang indah itu.

  "Siapa sangka dalam hutan ni ada rumah pokok," kata Violet. Dia mahu mengusik barang-barang yang ada tetapi tangannya diketuk oleh Rien.

  "Minta izin dulu. Kalau salah langkah kau nak kena bunuh dengan haiwan suci ke?" sindir Rien. Erk, bosanlah asyik sebut 'haiwan suci'.

  Violet tersengih. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. "Nak minta izin dengan siapa?" soal Violet. Yelah, rumah pokok itu hanya ada tumbuh-tumbuhan dan barang lain yang diperbuat daripada tumbuhan seperti katil daun.

  "Haih.. Selamat sejahtera wahai tumbuhan sekalian, kami berdua ingin meminta izin untuk tinggal di sini selama dua minggu. Kalau tak boleh, halau je kami," pinta Rien dengan selamba. Macam gila je?

  Angin menyapa pipi mereka. Rien dan Violet berpandangan.

  "Adalah ianya satu tanda memberi kebenaran?" soal Violet.

  Dengan tidak diduga, sekuntum bunga matahari di situ mengangguk. Violet termelatah.

  "Err.. O..kay.." ujar Violet dengan ragu-ragu.

  Rien pula bersikap selamba. Tadi masa masuk hutan lagi teruk, Violet tersepak satu tumbuhan berwarna biru, terus akar tumbuhan tu keluar dan memukul kaki Violet. Lepas Violet minta maaf baru ia berhenti.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now