𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 24

Start from the beginning
                                    

Peti sejuk dibuka, tibalah masa dia melakukan tugasannya di rumah ini — pembantu rumah seperti yang dia mahukan! Tya berfikir seketika. Bahagian freezer pula dibuka, tiada lauk yang memikat hati dia walaupun segala jenis bahan basah ada di situ.

Kabinet berwarna merah kilat di atasnya pula dibuka, ada macaroni, fettuccine, spaghetti angel hair dan beberapa jenis lain... terus dia mendapat idea. Aglio Olio!

Spageti jenis angel hair itu dikeluarkan sebelum dia mencari bahan yang lain pula.

Hampir sepuluh minit mencari di sana dan sini, Tya berdiri di hadapan kitchen island bersama segala bahan di hadapan — ada isi ayam, bawang putih, bawang merah, chili flakes, udang sebagai lauk, parmesan cheese, ceri tomato, italian parsley dan olive oil. Lengkap!

Tya mula misi memasaknya.

Hampir 40 minit leka dengan Aglio Olionya api dipadam, baru ingin berpusing pinggangnya ditahan membuatkan tubuhnya terhenjut dan lehernya serta merta terasa sesak. 

"Harith!" semakin ditolak semakin kuat lelaki itu memeluknya, betul-betul melepaskan segala rindu. Gila tak rindu!

5 hari tidur lelaki itu tanpa Tya, makannya juga tak menentu sehingga gastriknya yang sebelum ini terkawal kembali hadir.

"Harith, saya rimas" tangan Tya yang cuba menolak tangannya di pinggang dia capai dan satukan dengan jemari besarnya.

"I miss you, Tya" Tya berpusing tubuh dan sekali lagi tubuhnya dipeluk dan kali ini siap pakej cium!

"Harith!" Tengku Harith berhenti. "Yes, my beautiful" mata Tya dipandang dalam. Wajahnya jelas terpancar bahagia, senyuman lebar sehingga ke telinga.

"Kenapa awak balik awal?" serta merta senyumannya mati. Auch!

"Apa maksud you?" soal Tengku Harith. Dari tempat kerja senyuman tak lekang diwajahnya bila Wanis bagitahu yang Tya sudah tiba dirumah dengan selamat. Dia tinggalkan semua kerja yang menggunung serta merta. Dia langgar lampu isyarat semata-mata nak jumpa Tya dan itu soalan Tya?

Mata Tya membuntang. Eh salah cakap ke?

"Tak, maksud saya... Selalu kan awak balik pukul 7 ke 8 macam tu.  Hari ni..." Tya memandang ke arah jam di pergelangan tangannya yang juga dihadiahkan Tengku Harith.  "...baru pukul 4:55 petang?" Tengku Harith kembali senyum.

"Sebab I rindukan you!" pipi Tya dicium lagi.

"Saya dah masak, makan jom" Tya kembali berpusing membuatkan senyuman sinis terbit di wajah kacak lelaki di belakangnya. Tengku Harith pantas mengintai isi didalam periuk yang tidak jauh. Tak nampak.

Langkahnya terus diatur menuju kearah peti sejuk, sempat tangan mencapai gelas didalam rak sebelum pintu peti sejuk dibuka dan sekotak minuman dicapai. Perlahan-lahan, susu yang sangat menggairahkan itu dituangkan kedalam gelas dan diminum. Fuh, menyegarkan!

Selesai melegakan tekaknya, jaket dibuka dan diletakkan di kepala kerusi sebelum dia duduk di sebelah Tya yang sibuk mencedokkan aglio olio buat dia. Dengan senyuman di bibir kutleri dicapai dan dia mula memutar garfu di dalam mi aglio olio di hadapannya.

Putaran terhenti apabila Tya mula melangkah jauh

"You nak pergi mana?" Tya menoleh seketika.

"Hmm?"

"You nak pergi mana?"

"Ambil air" mendengar jawapan Tya,  kutleri diletakkan dan dia menunggu Tya ambil air.

"Kenapa tak makan lagi?" soal Tya apabila dia kembali ke meja Tengku Harith masih duduk tanpa menyentuh makanannya. "I tunggu you"

"Tak apa awak makan dulu."

"Mana boleh, sini" kerusi di sebelahnya ditarik rapat kearahnya. "Duduk sini dengan I" Tya memandang kerusi yang lelaki itu tarik. Takkan nak makan pun nak rapat-rapat macam tu?

"Tak apa. Saya.... "

"I pun tak makan lah" Tya mengecilkan mata.

"Awak ada gastrik kan. Makanlah" Tengku Harith hanya diam dan menanti bersama pandangan mautnya ke arah Tya.

"Okey.. Okey"

"Jadi, siapa lelaki dekat kampung tu?" Tya yang baru masuk suapan ketiga terhenti.  Setelah hampir 15 minit suasana sunyi soalan itu pula yang pertama dia ingin bertanya.

"Kawan saya sejak kecil. Awak jangan risau ye" Tengku Harith tidak menjanjikan apa-apa.

"Lepas ni bila you balik kampung I ikut" beritahunya bersahaja. Mata Tya terbuntang.

"Eh, jangan jadi gilalah" kunyahan Tengku Harith terhenti. Ini sudah lebih.

"Gila? You panggil I gila? Haritu over, harini gila?" Tya membisu namun sikit pun dia tidak rasa bersalah. Memang lelaki itu over dan gila. Apa nak dijawab pada abah kalau betul Tengku Harith pergi ke kampungnya?

"Anyways, you tak rindu I ke? Like I miss you..." makanan bukan lagi berhatian dia. Kutleri diletakkan. Dia berpusing menghadap Tya.

"I miss this hair," rambut Tya disentuh.

"These eyes" turun ke mata. 

"This nose" hidung pula.

"...and..."

"Tak" jawab Tya bernada perlahan dan bersahaja.

"HARITH!" mata Tya terbuka luas, dadanya berombak hebat, tubuhnya terasa menggigil, matanya digenangi air. Buat kali keduanya. Astaghfirullahalazim...

Tak mampu tahan dengan mimpi yang sudah 2 kali menghantuinya itu, Tya bangkit dan terus keluar dari bilik. Pintu bilik Tengku Harith dipulas dan tanpa mengetuk terus ditolak buka pintu itu.

"Tya?" sapa Tengku harith sebaik memusingkan kepala dari computer ribanya. Cermin mata ditanggalkan dan dia bangkit untuk mendekati Tya. Tangisan Tya terlepas, tubuh tegap yang dilindungi T-shirt putih itu dipeluk seerat mungkin, sungguh, Tya sangat takutkan mimpi itu.

Sudah dua kali, jika kali pertama Tya boleh lagi menganggap itu sebagai mainan tidur walaupun hatinya kuat mengatakan tidak tetapi bukan kali ini yang merupakan kali keduanya. Dan mimpi itu sama segalanya, tiada beza walaupun sedikit.

Cemas yang dirasakan sangat jelas malah sehingga sekarang jantungnya tidak reda dari sedar tadi. Apakah maksud mimpi itu? Tya pasti ada sebab kenapa dia didatangi mimpi itu sehingga dua kali. Rasa takut yang dia alami kini lebih parah dari yang pertama kali beberapa hari lalu.

"Kenapa sayang?" soal Tengku Harith sambil membalas pelukan erat Tya. Jelas degupan jantung Tya terasa menampar dadanya. Terdengar esakan kecil dari Tya semakin dieratkan pelukan. Hati Tengku Harith semakin dipagut risau.

Apa yang Tya mimpikan? Tempoh hari sewaktu dia menelefon Tya saat Tya berada di kampung wanita itu menangis kerana mimpinya juga, malam ini alasan yang sama. Adakah Tya mimpikan perkara yang sama? Apakah perkara itu? Persoalan itu mula mengganggu dirinya.

"Tya sayang, it's okay. I'm here" belakang badan Tya diusap-usap.

20 minit, akhirnya Tya reda. Bahu Tya ditolak perlahan dan wanita itu sudahpun tertidur. Tubuh Tya perlahan-lahan dibaringkan diatas katilnya dan komputer ribanya dimatikan. Dia labuhkan tubuh diatas sofa berhadapan katil. Melihat keadaan Tya tadi, dia jadi risau. Mimpi apa yang boleh buat seseorang menangis dan ketakutan sekuat itu?

Esok dia akan pastikan Tya cerita segalanya supaya masalah ini tidak ditanggung wanita itu sendirian.

Leka dia memerhati... Sehingga dia terlena.

Possession √Where stories live. Discover now