𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 24

68.1K 3K 145
                                    

"

    

Thank you, Wais" ucap Tya sebaik kereta Jaguar yang dibawa lelaki itu berhenti di hadapan rumah banglo moden milik Tengku Harith. Namun, Tya tidak rasa mahu keluar. Ada soalan yag dia mahu tanya Wais, sejak di bus stand kampung dimana tempat Wais mengambil dia sehinggalah mereka tiba di rumah yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan, yang Tya rasa pada Wais hanya tidak puas hati.

"Cik Tya tak nak keluar ke?"

"Wais, kenapa awak tipu saya?" Wais memandang Tya melalui cermin pantul di hadapan.  Keningnya diangkat.

"Bila saya tipu?"

"Awak dah janji kan nak hantar saya lepas tu balik! Ingat saya tak tau awak menghendap saya 5 hari dekat kampung?" Wais mula berkerut, pecah pula rahsianya.  Wajah Tya ditatap dengan rasa bersalah.

Bukan apa, semasa mereka tiba di kampung 5 hari lalu dia sudah berjanji dengan Tya supaya balik terus ke KL. Tya paksanya jadi dia pun terpaksa atas pujukan wanita itu dan masa itu pun Tengku Harith tak bagi apa-apa arahan untuk spy Tya.  Mungkin Tya tahu yang Tengku Harith akan suruh dirinya memerhati Tya jadi wanita itu sudah memberi amaran pada dia awal-awal.

Tetapi Tengku Harith adalah majikan dia, yang membayar gajinya jadi janji tak janji dia terpaksa memungkiri. Sudah pertengahan jalan untuk pulang ke KL majikannya menyuruh dia kembali ke kampung dan memerhati Tya.  Tinggalah dia sendirian di chalet kampung. Tetapi ada baik juga kerana dapat dia merasa pesta yang tak pernah dia rasakan di kampung itu.

"Alah Tya, saya terpaksalah. Tengku Harith tu bukan boleh bawa bincang kalau hal berkaitan awak." Tya hanya menjeling, memandangkan Wais hanya tua 2 tahun sahaja dari dia iaitu 24 jadi ia tidak terasa begitu janggal untuk berbual dan berperangai begini bersama Wais.

"Sorry lah Cik Tya"

"Boleh, saya boleh maafkan tapi satu syarat" Wais mengangguk pantas. Terima sahajalah, nanti dibuatnya Tya protes lari rumah lagi dia yang naya. Gadis ini bukan boleh percaya, sama seperti Tengku Harith.

"Belikan 5 bekas chocolate ice cream topup yang lama dah habis guna duit awak sendiri" terus Tya keluar tanpa menoleh lagi.  Haha!

Tya masuk ke dalam, jam dikerling baru menunjukkan angka 4, lambat lagi Tengku Harith akan pulang, dapatlah dia berehat dari lelaki itu lagi buat beberapa ketika. Tya naik ke bilik bersama beg tangan pemberian Tengku Harith. Selesai meletakkan barang, dia menuju ke bilik bersebelahan biliknya.

Buka sahaja pintu bilik lelaki itu, bau wangian Tom Ford Tuscan Leather milik Tengku Harith terus memasuki rongga hidungnya menusuk hingga ke kalbu. Aduh, wangiannya sahaja sudah mampu menggetarkan jiwa Tya. Mengenangkan cemburu lelaki itu dua hari lalu lagi buat dia rasa tak senang untuk berjumpa Tengku Harith.  Tetapi dia bukan ada pilihan untuk mengelak, berderet badang-badang di luar sana yang memerhati gerak-geri Tya.

TYa meliarkan mata disetiap pelusuk bilik. Tersenyum bibirnya melihat kekemasan bilik seorang lelaki yang hidup sendiri. Bersih. Namun senyuman diwajah mati tatkala matanya terhenti di meja kecil bersebelahan katil.

Meja itu dia dirapati dan beg kecil yang sudah terbuka diambil. Salah satu paket ubat dicapai — gastric.

Setahunya sepanjang dia bersama dengan Tengku Harith di rumah ini tidak pula dia lihat Tengku Harith makan pil atau sakit, gastrik ke? Ni mesti kes makan tak jaga. Beg itu kembali diletak dan dia keluar dari bilik, dapur dituju.

Tya paling suka dapur selain taman di belakang rumah. Dapurnya sungguh cantik, moden dan sempurna! Sebab tu lah Tya sanggup mencari resepi baru tiap-tiap hari kerana dia suka melakukan aktiviti di dapur itu.  Lengkap segala peralatan dan bahan untuknya! Cakap aje nak buat apa semua ada, kalau tak ada pun badang kat luar tu boleh beli.

Possession √Where stories live. Discover now