Bab 5: Bertahan

270 8 2
                                    

Basah pipi Qrish kerana menangis melihat surat itu. Qrish terbaring diatas katil sambil memegang surat itu.

Keesokannya Qrish pergi sekolah. Semua orang tengok Qrish. Hati Qrish berkata. 'Asal semua orang tengok aku eh? aku pakai baju terbalik ke? ke ada sesuatu kat muka aku?' Qrish memeriksa bajunya.

Sampai ke kelas, Qrish rasa nak marah orang sebab meja dan kerusinya tiada dikelas. Arul tengah bercakap dengan geng dia dan dia nampak Qrish masuk kelas.

Arul sindir Qrish. "Oii sedara, kenapa tak masuk kelas lagi? ohh yer aku baru perasan kerusi dan meja sedara hilang ek. hahaha."

Qrish memarahi Arul. "Woi gila! kau apasal ha? Kau nak cari pasal dengan aku ke?" Semua orang yang berada di kelas sebelah datang untuk melihat pergaduhan mereka.

Arul berjalan kearah Qrish."Kau tak tahu undang-undang aku ke? aku pantang orang tolak, melawan dan marah aku. siapa yang buat aku marah dia akan terima padahnya macam sekaranglah tapi bukan ini saja, banyak lagi yang tengah datang."

Qrish cakap dengan sakit hati. "Boleh blah la dengan kau punya undang-undang. Hani kau nampak meja dan kerusi aku tak?"

Hani baru masuk kelas. "Huh? entah tapi masa aku on the way datang kelas aku ada nampak meja dengan kerusi dekat bawah tempat main entrance."

Qrish berlari turun bawah untuk mencari mejanya sebelum cikgu masuk kelas. Sampai dekat mejanya dia terkejut sebab mejanya di conteng.

Qrish mengangkat mejanya sampai ke kelas lepas tu dia mengangkat kerusi pula. Tepat pada masa yang sama cikgu sampai kelas.

Habis sekolah Qrish keluar dari bangunan dan terkejut sebab ramai orang didepan main gate sekolah. Mereka berjalan kearah Qrish dan kepung Qrish.

Ditangan mereka ada tepung dan telur mentah. Mereka tersenyum. Hati Qrish berkata. 'Asal ni? diorang nak buat apa ni?'

Salah seorang daripada mereka cakap. "Bersedia? Geng serang!"

Mereka baling tepung dan telur kat Qrish. Baju Qrish penuh dengan tepung. Budak-budak perempuan mula menarik rambut Qrish dan tendang belakang Qrish.

Qrish terjatuh diatas lantai dan mereka mula pijak-pijak Qrish. Mulut Qrish bedarah. Muka, kaki dan tangan Qrish luka.

Qrish teringat surat abangnya. 'Kalau orang pukul Qrish, jangan pukul balik, tahan.'

Qrish tersenyum. Hati Qrish berkata. 'Ini yang abang maksudkan. Bertahan. bertahan. bertahan.bertahan.'

Hani tak menolong Qrish. Dia hanya melihat Qrish dari jauh.

Ada seorang lelaki marah. "Korang buat apa ni?!"

Semua orang terkejut dan berhenti. Salah daripada mereka berkata. "Kami cuma ikut arahan jer."

Dalam hati Qrish berkata. 'Arahan?'

"Arahan dari siapa?" lelaki tersebut cakap.

"Arul. Sebab perempuan ni dah langgar lampu merah."

Lampu merah maksudnya mencabar dan langgar peraturan yang diatur oleh geng Arul.

"Dah la korang gi balik ahh. Tengok budak ni dah separuh mati dah ni. Takkan korang nak bunuh budak ni?" budak lelaki itu cakap.

Qrish bangun dengan perlahan dan cakap dengan suara lemah. "Jap. Korang buat semua ni sebab Arul suruh?"

Qrish mengeluh dan rasa bengang. Dia sambung.

"Kenapa dia sendiri tak pukul aku? kenapa dia suruh korang? Perrghh! Pengecut gila bos korang! Korang pula ikut je apa dia suruh. Aku nak tanya korang satu benda, korang ni anak ayam dia ke? kalau korang anak ayam, dia apa? Ahaa oh yer.. bapak ayam lah kan."

Salah seorang dari mereka cakap. "kurang ajar!." Dan cuba nak tumbuk muka Qrish tapi sebelum budak lelaki tu sentuh muka Qrish, Qrish tahan tangan nya dan tumbuk muka dia.

Selepas itu dia tendang lelaki itu sampai lelaki itu terjatuh dan memberi amaran kepada mereka yang pukul Qrish tadi.

"Korang dengar sini. Aku akan bertahan dan tak kesah kalau korang belasah aku kerana korang benci aku tapi aku tak boleh bertahan kalau korang pukul aku sebab bapak ayam kau suruh. faham!"

Qrish berjalan dengan lemah. semua orang terkejut dengan tindakan Qrish tadi. Lelaki yang kena tendang tadi berdiri dengan perlahan dan cakap dengan hairan. "Korang pelik tak? kenapa dia tak lawan balik masa kita pukul dia?"

Lelaki yang menolong Qrish mengekorinya.

Kawannya cakap. "Tu la kau Fahmi, yang kau pergi cuba nak tumbuk dia asal?"

Fahmi marah. "Habis tu yang kau pukul dia tu asal? Lain kali cakap pakai otak bukan pakai lutut."

"Awak ok tak? Nak saya tolong hantarkan?" lelaki yang selamatkan Qrish tadi bertanya.

Qrish berdiam diri dan terus berjalan kehadapan.

"Awak jangan sombong sangat. Kita jumpa doktor nak?" lelaki itu tanya lagi.

Qrish berhenti dan pusing. Dengan muka bengang, Qrish bercakap. "Kau kawan Arul kan? kau boleh diam tak dan jangan ikut aku... Satu lagi, aku tak tahu apa niat kau tapi terima kasih sebab tolong aku tadi."

Lelaki itu berhenti dan Qrish terus berjalan. Lelaki itu jerit. "Awak nama saya Amir Farhan! Panggil Farhan! jangan lupa!" Farhan senyum.

Dalam hati Qrish kata. 'Ada aku kesah nama kau Farhan ke apa ke. Boleh bla la dengan nama kau dan kawan kau tu.' sambil mengheret begnya.

Betapa Agungnya Cinta KitaWhere stories live. Discover now