Bab 3: Sekolah

179 8 2

"Saya nak berterima kasih pada anak encik kerana menyelamatkan anak lelaki saya. Saya akan masukkan anak encik ke sekolah Adsya High School sebagai tanda terima kasih." Wanita itu berkata.

Ibu Qrish cakap. "Nama puan apa?"

"Datin Elisya."

"Minta maaf Datin, kami tiada duit nak bayar yuran sekolah tu, lagipun sekolah itu untuk orang kaya sahaja bukan orang macam kami."

"Tak pe, Sekolah itu milik saya jadi pasal yuran sekolah jangan risau. Ni 2 pasang baju sekolah untuk anak puan."

"Betul ke ni?"

"Betullah, ambillah."

Qrish terkejut dan tak tahu nak cakap apa. Qrish hanya ambil baju itu dan cakap. "Terima Kasih."

"Besok anak puan boleh mula sekolah. saya minta diri dulu." Datin Elisya bangun dan pergi dengan senyuman.

"Ibu, Besok!" Aku berbisik.

"Yer lah." Ibu cakap dengan senyum.

Keesokannya Qrish berdiri didepan cermin dan berkata pada dirinya sendiri. "Aiihh.. Aku baru keluar dari sekolah mewah, sekarang masuk balik."

Qrish sikat rambut panjangnya lepas tu ikat rambutnya dan pakai rambut palsu dengan kemas selepas itu dia belari ambil begnya dan bekalnya.

Sampai depan sekolah Qrish berhenti. Dia melihat bangunan yang besar dan ramai orang datang ke sekolah tersebut.

Ada seorang perempuan menepuk bahunya. "Hai awak, saya dengar awak budak baru. Selamat datang ke Adsya High School. Nama saya Hani, Nurul Hani. kat sekolah ni ada macam-macam. Makanan mereka sediakan, Dewan, Swimming Pool, padang, ada bilik untuk berlatih martial arts dan banyak lagi."

Qrish cakap dengan terkejut. "Ha? s-swimming pool dan bilik perlatihan martial arts ada kat sekolah ni?"

"A'ah. tapi awak kena berjaga-jaga dengan seorang mamat ni."

"M-mamat?"

"Mamat ni dia anak kepada pemilik sekolah ni. dia suka buli orang. kita kena patuh cakap dia atau tak dia belasah kita. Nama dia Tengku Ammar Shahrul. Geng dia nama Killer mereka pembuli tapi hensem."

Qrish gelak. "Hahaha. Killer? hahaha. Huff. Killer ke Gila? ha?"

Nurul Hani ni macam skema sikit tapi comel, dia pakai cermin mata dan rambutnya diikat toncang ke tepi dan rambutnya kerinting.

Mereka berdua masuk kelas matematik. lepas kelas habis Qrish dan Hani pergi beli aiskrim di kanten mewah. Hani berjalan di taman bunga dulu sebab aiskrim Qrish belum siap lagi.

Tiba-tiba Hani terjatuh sebab terlanggar batu dan dengan tak sengaja aiskrimnya jatuh ke kasut seorang lelaki ni. Hani menggelabah. "Sorry, Sorry."

Hani bangun dan dia terkejut melihat lelaki tersebut. " Arul? Sorry." Hani tunduk mukanya.

Tengku Ammar Shahrul dikenali sebagai Arul disekolah.

"Wei, suka hati kau je tumpahkan aiskrim kat atas kasut aku. kau ingat kau siapa. kau tahu tak berapa harga kasut aku ni?!" Arul menolak kepala Hani dan sambung.

"1000 lebih ni!" Dia tolak Hani sampai Hani jatuh. Masa itu Qrish nampak Arul tolak Hani.

Qrish berlari ke Hani dan tolak Arul tanpa melihat muka Arul. Arul tak jatuh sebab geng dia menahannya semasa dia ditolak.

Qrish terus tolong Hani bangun dan terus marah Arul. "Wei kau tak ada otak ke?! tiba-tiba nak tolak orang apasal!"

Ketika Qrish melihat muka Arul hatinya berkata. 'Ehh mamat ni.. mamat yang jatuh atas aku lepas aku selamatkan dia.'

Dan ketika itu juga Arul melihat muka Qrish dan hatinya juga berkata. 'Minah ni... aku rasa macam pernah nampak minah ni tapi aku tak ingat lah kat mana. kat mana ek?'

Arul meninggikan suaranya. "Kau sibuk kenapa? ni sekolah aku suka hati aku lah."

"Ada aku kesah ni sekolah bapak kau ke moyang kau ke. walaupun ni sekolah kau, kau jangan nak biadap sangat. makbapak kau tak pernah ajar ker?" Qrish menengking.

Lepas Qrish cakap macam tu dia teringat kat bapanya yang mewah berkata. 'Papa tak pernah ajar Qrish biadap kepada ibubapa!'

Betapa Agungnya Cinta KitaRead this story for FREE!