Bab 7: Siapa kau?

117 4 1
                                    

Sebelum ke sekolah Qrish biasa lepak dengan Aisyah kat kerja part time dia, bukan lepak setiap hari, kadang-kadang. "Aku gi skolah dulu laa" Qrish cakap.
"Ehh Qrish kau tinggal barang!" Aisyah cuba panggil Qrish tapi Qrish dah pergi.
"Aku pergi hantar laa. Nanti susah pula kalau dia tiba-tiba kena attack penyakit sakit perut dia tu."

Qrish berjalan sambil bersiul, aman hidup Qrish masa tu, Qrish berjalan sambil baling barang kesayangannya keatas udara.
Main baling-baling karang menyesal kalau barang kesayangannya tukar jadi kenangan pahitnya.

"Qrish"!" Ada orang panggil Qrish. Qrish pusing belakang.

"Engkau.. weyhh! Kau kenapa haa?! Kau nak apa?" Qrish menjerit.
"Aku panggil je kan kau panas tiba-tiba ni kenapa? Buang tebiat ke apa.." Aisyah berdiri depan sekolah Qrish, dan hulurkan bekal Qrish.

"Ishh kau ni, sebabkan kau fon aku jatuh, pecah daa." Qrish tak boleh terima kenyataan.

"Salah kau, kau yang cuai. Siapa suruh kau main baling-baling fon. Pastu salahkan aku. kau kira beruntung tau ada kawan macam aku, kawan yang sudi menghantar bekal kawan dia yang tertinggal atas meja. Nah! Nanti kena attack dengan gastrik baru tahu. Aku bla lu." Aisyah pergi.

Qrish mengambil fon nya yang jatuh. "Kena baiki ni." Qrish mengeleng kepalanya sambil berjalan.

Sampai depan kelas. "Oh my God!" Jerit Qrish, Qrish terkejut melihat barangnya bersepah dalam locker yang berada didalam kelasnya. "Aku tahu ni keja siapa ni." Qrish menumbuk locker sebelah sambil bercakap dengan diri sendiri 'Tak guna punya Arul barang dalam locker pun dia nak jahanam kan. Siap kau!'

Tiba-tiba "Weyh siapa yang rosakan locker aku ni" ada seorang perempuan bertanya kawannya.
'Ehh, asal pulak mamat ni merosakkan locker orang lain jugak, pelik ni.' Fikiran Qrish mula bermain peranan.

Boom! "Ahhh apa tu!!" Semua orang dalam kelas menjerit sambil menunduk kepalanya. Bunyi gelas pecah membuat Qrish merasa takut seperti dia mengalami penyakit phobia. Ianya juga membuat Qrish teringat sesuatu.
'Abang! Berhenti,Sakit! Qistina, Masuk bilik cepat!'

Memory siapa ni? Siapa yang kena pukul dan siapa perempuan tu? Qrish mula sakit kepala, dia terus keluar dari kelas dan ternampak seorang lelaki memukul... Arul!

Tiada siapa yang menolong Arul, malah mereka bersorak lagi "Gaduh! Gaduh!"

Tiba-tiba, tangan kirinya memegang bahu kanan lelaki tu dengan kasar, sambil tangan kanannya memegang bahu kiri, dan kaki kirinya terselit belakang kaki kanan lelaki itu, selepas itu lelaki itu dicampak ke lantai.

Arul terkejut "Q-Qr-Qrish"
"Ada jugak orang yang nak tolong kau, aku ingat kau ni pembuli kat sekolah... Pembuli yang lemah! Hahhah." lelaki tu menyindir Arul.

"Oh ye ke? Setahu aku pembuli macam kau ni ada ramai kawan, nak tahu kau ada kawan jenis apa?" Qrish bertanya kepada lelaki itu sambil mengangkat Arul.

Qrish sambung "Orang macam kau ni ada ramai kawan yang macam sampah kau tahu! Semua hipokrit, kau tengok kiri kanan kau semua nya tak guna, masa ni jer diorang tolong kau sebab diorang takut dengan kau ataupun nak jadi famous, nanti kau kena belasah ke apa diorang tak kesah laa. At least kat sekolah ni tak hipokrit, mereka jujur." Qrish menyampaikan speech. lelaki itu bengang dengan kata-kata Qrish dan melihat kiri dan kanannya.

Qrish sambung "Agaknya kau pun sampah macam kawan-kawan kau."

Lelaki itu menuju kearah Qrish sambil mengakat tangan nya seperti dia mahu menumbuk Qrish, tapi Qrish tendang tempat kelemahannya membuat lelaki itu jatuh dengan kesakitan "Tolong aku weyh, sakit laa." lelaki tu bersuara dengan suara chipmunk.

Qrish pusing dan menolong Arul pergi ke bilik nurse

Betapa Agungnya Cinta KitaWhere stories live. Discover now