Bab 1: Lari Adalah Jawapanku

593 13 0

"Tengku Qistina Bashira!" Teriak bapa Qistina. Abang, kakak dan adik Qistina semua terkejut. Mereka sebenarnya tengah berkumpul di ruang tamu untuk membincang tentang perkahwinan Qistina.

Qistina yang tengah naik angin, melawan cakap bapanya. "Betul kan apa yang Qrish cakap! Papa cuma pentingkan diri papa jer... Papa, kenapa nak kahwinkan Qrish masa Qrish umur 18 tahun? sekarang Qrish umur 16, lagi 2 tahun je." Qistina mengeluh dan sambung.

"Qrish muda lagi! Kalau mama masih hidup mama mesti sokong Qrish! Sebabkan papa lah mama tinggalkan kami semua! Salah papa! Salah papa!" Qistina berdiri.

"Kurang ajar!" Bapa Qrish bangun dan tampar muka Qrish. Abang Qrish bangun dan cuba nak menenangkan bapanya yang tengah marah. Bapanya sambung.

"Papa tak pernah ajar Qrish biadap kepada ibubapa! Sekarang Qrish naik atas masuk bilik dan jangan keluar bilik, selagi papa kata jangan keluar Qrish jangan keluar.. faham! bodyguard heret dia masuk bilik, suruh bodyguard yang lain jaga bilik dia dan jangan bagi dia keluar bilik."

Bodyguard jawab. "Baik tuan"

Bapanya juga menyuruh maid untuk menghantar makanan ke bilik Qrish.

Qrish adalah nama manjanya. Namanya di tukarkan kepada Krystal apabila mereka ada special event atau dinner event atau apabila wartawan bersama mereka dan Qistina harus memakai topeng berwarna putih untuk menutup mukanya begitu juga dengan adiknya. Nama adiknya ditukarkan kepada Zack.

Menyamar adalah satu kebaikan untuk Qistina kerana Qistina masih belajar kalau satu sekolah tahu mesti mereka akan menganggu Qistina dan akan mengekori dia. Bapanya tak nak dia di ganggu kerana itu dia harus menyamar dan tiada siapa yang tahu nama sebenarnya.

Abang dan kakaknya tak perlu kerana mereka belajar di universiti. Budak universiti semuanya matang.

Besokkan harinya Qrish berdiri di jendela melihat keadaan diluar sambil menutup mata dan air matanya tidak berhenti mengalir. Qrish berfikir untuk lari dari rumah. "Menangis takkan ubah apa-apa dan membuang masa sahaja. Baik aku lakukan sesuatu."

Malam sudah pun tiba, Qrish memakai baju warna putih didalam, coat hitam diluar ,seluar jeans dan topengnya. Dia berdiri dihadapan cermin dan mengikat rambutnya.

Dia mula membuka tingkap dan keluar menggunakan tali kain yang sudah diikat sebelum keluar. Dia turun dengan perlahan. "Bahaya ni tapi apa aku kesah. no matter what aku akan cuba keluar dari rumah ni." kata hatinya.

Qrish tak boleh keluar ikut tingkap depan rumah sebab bodyguard ada kat depan rumah jadi Qrish harus keluar ikut tingkap di tepi rumah.

Apabila Qrish sudah memijak tanah dia cepat-cepat lari dari tempat tu menggunakan pintu belakang rumah.

Sementara itu Abangnya tengah berbual dengan maid sekejap. "Kak Siti nak hantar makanan ke bilik Qrish?" Tanya abangnya kepada maid.

Kak Siti jawab dengan sopan. "A'ah tuan Zafril."

Nama abang Qrish adalah Tengku Zafril Danish, umur 21 tahun. Abangnya selalu sokong Qrish dan manjakan Qrish.

Zafril mengangkat makanan yang berada ditangan kak Siti dan cakap. "Tak apalah. Bagi saya hantar lagipun saya nak cakap sesuatu dengan Qrish."

Sampai dekat depan bilik Qrish, Zafril mengetuk pintu biliknya beberapa kali. "Qrish, Qrish buka pintu ni, abang nak bincang sesuatu dengan Qrish."

Zafril pelik sebab Qrish tak buka pintu lagi jadi Zafril memulas tombol pintu.

"Qrish? abang masuk ek." Apabila pintu di buka luas makanan yang berada ditangan Zafril terjatuh kerana dia terkejut.

Dia memeriksa dan mencari Qrish satu bilik, tiba-tiba dia nampak kain tali yang telah ditinggal ditingkap oleh Qrish dan nota di meja yang berdekatan dengan tingkap yang tertulis:

Qrish minta maaf. Qrish sangat marah dan kecewa tindakan papa. Lari dari rumah adalah satu jawapan untuk Qrish batalkan perkahwinan ini. Jangan risau Qrish pasti akan pulang kerumah.

Selepas membaca surat Qrish, Zafril menjerit nama bapanya dan menujuk surat Qrish. Adik beradiknya nya baru saja pulang dari makan malam bersama anak Datin Faridah, terdengar perbualan Zafril dan bapanya.

Adik Qrish yang bernama Tengku Zaidi Danish yang berumur 15 tahun dan kakaknya yang bernama Tengku Qaisara Bashira, umur 24 tahun, terkejut dan membaca surat tersebut. Zaidi sayang sangat kepada kakaknya, Qrish. Dia tak sanggup berjauhan dengan Qrish.

Ini membuat dia sangat marah kepada bapanya. Zaidi cakap sambil air matanya mengalir. "Pa, Apa semua ni ha? apa ni? Zaidi tanya ni, apa ni! kalau papa tak paksa kakak, kakak takkan pergi, tau pa."

Zaidi terduduk diatas lantai sambil menangis sementara itu kakaknya kaku dia macam tak percaya yang adik tercinta melarikan diri dari rumah. Zafril cuba memujuk Zaidi. Bapanya pula mendiamkan diri dan menyuruh bodyguard mencari Tengku Qistina Bashira.

Keesokkan harinya wartawan berkumpul dihadapan rumah Bapa Qrish, Dato' Khairul Ahmad. Semua wartawan sibuk tanya pasal kehilangan Qrish. Khabar angin tentang Qrish merebak.

Betapa Agungnya Cinta KitaRead this story for FREE!