Bab 8: Musuh Tetap Musuh

156 8 6

"Asal kau jahanamkan locker aku?" Qrish tanya.
"Bukan aku laa. Ish kau ni lembab laa, bagi aku." Arul merampas kain yang basah dari tangan Qrish.

"Lelaki tu eh?" Qrish bertanya sekali lagi.
"Yer." Jawab Arul dengan selamber.
"Siapa laki tu?"
"Ehh kau boleh diam tak! Dah la, pegi main jauh-jauh, biar aku lap sendiri." Arul meninggikan suaranya.

Qrish merampas kain basah dari Arul. "Duk diam-diam, bagi aku lap."
"Kau yang bising suruh orang pulak diam"

Arul sambung "Aku tetap buli kau walaupun kau buat baik kat aku, aku takkan lupakan apa yang kau lakukan aritu."

"Yer laa" Qrish menjawab macam dia tak kesah.

Bam! "Aduhh! Sakit laa, bahlol!" teriak Qrish.
"Padan muka, ni untuk aritu punya kes, nah." Arul memukul kepala Qrish sekali lagi menggunakan bekas plastik. Dia sambung "Ni sebab kau degil, aku suh kau bla kan."

Qrish berdiri dan campak kain yang dipegang tadi, ke atas muka Arul. "Kau ingat aku ingin sangat nak tolong, amik ni"
Semasa Qrish baru nak berjalan, Arul berdiri dan tarik tangan Qrish dengan kuat. Badan Qrish tertolak Arul, jadi... Qrish terjatuh atas Arul!

Dalam waktu yang sama doktor lelaki sekolah dan cikgu Bahasa Inggeris masuk First-Aid Room.

'Ehh ni macam...' Arul teringat sesuatu.

"Weyh kau ni nak kena bunuh ngan aku ke. Kau ni kalau tak kacau aku tak boleh ke?" Qrish berbisik dan meraung.

Nasib baik langsir ni tertutup.

"Ish mana laa aku tahu nak jadi macam ni. Aku nak berterima kasih kat kau sebab tu laa aku tarik tangan kau. Salah kau jugak, asal kau berat sangat, sebab kau berat sangat kau tertolak aku dengan kuat sampai jatuh." Jelas Arul yang panjang lebar.

Qrish sakit hati dan merasa marah terhadap Arul.

"Ok laa doktor saya minta diri dulu yer." Cikgu B.I keluar.
"Baik la cikgu" Balas doktor.

"Dah, dah la tu... Kalau nak berpeluk sila keluar dari bilik saya iyer." Doktor tu mengemas meja nya.

Qrish dan Arul berdiri cepat-cepat. Qrish terus tendang belakang Arul. "Ni sebab kau tarik aku, nah" Qrish menendang belakang Arul lagi sekali, menyebabkan Arul berlutut. "Ni sebab kau kata aku gemuk." Qrish terus keluar.

"H-Hai doktor, s-sakitnyer." Arul cakap dengan suara chipmunk. "Kawan... bergaduh main-main biasa la kan."

Muka Arul berpaling kearah lain. Dia berbisik dengan diri sendiri. "Masa bila pulak aku kata dia gemuk. Ya Allah, pekak badak jugak minah ni. tadi aku kenakan dia, ni aku pulak yang terkena."

Arul cakap "Doktor, tolong. parah daa luka saya ni." Suaranya pun macam nak menangis.

First Break
Doktor dan Qrish masuk bilik First-Aid.
"Qrish buat apa kat sekolah ni? Kenapa lari rumah?" Doktor sekolah bertanya sambil duduk diatas kerusinya, atau dikenali sebagai Doktor Razak.

Qrish menarik kerusi dan duduk diatas kerusi yang berdepan dengan Doktor. "Ayahsu, bukan Qrish saja nak lari rumah. Ayahsu tahu kan kenapa Qrish terpaksa lari. Lagipun papa bukannya sayang Qrish pun." Jelas Qrish.

"Ayahsu bukannya apa, risau jer. Qrish tahu tak adik Qrish baru masuk hospital?" Doktor memberitahu Qrish.

"Hah! Qrish tak tahu pun."

"Laa, takkan tak tahu. Abang Zafril kamu cakap dia dah sms daa kat kamu."

"Mesej? Tak de pu- oh yer laa, fon Qrish pecah." Qrish mengeluarkan fonnya.
Qrish sambung "Eh eh, Macam mana pula abang Zafril tahu nombor fon Qrish?"

'Aah, sudahh mati aku.' Doktor Razak cakap dengan diri sendiri. Doktor cakap dengan berasa serba salah "Lepas ayahsu tahu Qrish masuk sekolah ni, ayahsu selidik laa profile kamu."

"Lepastu ayahsu tahu nombor fon saya, pastu bagi kat abang?" Qrish tanya.

"A'ah"

"Maknanya ayahsu tahu juga tempat tinggal saya?"
"A'ah"
"Ohh jadi ayahsu yang bagitahu abang tempat tinggal saya?" Dengan bengang Qrish bertanya.

"Aishh, tak laa. Bukan ayahsu yang bagitahu. Ayahsu bagi tahu nombor fon kamu jer, tu pun kat abang Qrish jer."

"Ohh, ok laa tu." Qrish jawab sambil bermain dengan pensil yang berada didalam bekas kat atas meja.

"Ayahsu." Qrish memanggil bapa saudaranya.
"Yer" Doktor jawab sambil menulis.

"Maksu mana?" Qrish bertanya dengan senyum.

Terbeliak mata Doktor tu mendengari nya. "Maksu? Maksu kamu kata?"

"Yer laa maksu mana?"
"Ermm maksu yer.. Ermm mana ehh...Kepala otak maksu kau. Masa bila pulak Ayahsu kawin. Kamu ni nyanyok ke?" Doktor menolak kepala Qrish.

"Mana laa orang tahu, kot kot dalam 2 tahun ni ayahsu dah berbini. kikikik." Ketawa Qrish.

"Hang jangan nak mein dengan chek na." Doktor menjawab dengan sakit hati.

"Sudahh, daa keluar daa bahasa kedah dia tu.. Macam makwe lama ayahsuu. bwahahhha. keluar lu." Qrish menggelabah berdiri.

Semasa Qrish berjalan kearah pintu keluar. "Jangan lupa melawat adik kamu."Doktor mengingatkan Qrish.

Qrish berhenti sekejap. Dia tengah fikir tentang adik dia. dia cuma jawab "Hurmm."
________________________

SAYA PUBLISH 2 CHAPTER SEKALIGUS SEBAB MUNGKIN SAYA AKAN PUBLISH NEXT CHAPTER LAMBAT... SORRY...

Betapa Agungnya Cinta KitaRead this story for FREE!