Farhad terus memandu laju merentas lebuhraya yang tak pernah surut keretanya. Sofea dan Aiman yang sejak tadi berceloteh itu ini, mula diam mungkin hampir lena.

Mataku juga semakin layu, mengantuk tak dapat dibendung lagi. Mungkin penat menangis, penat emosi dan segalanya lagi. Seketika kemudian, aku dapat rasakan hangat tangan Farhad meramas jemariku yang kesejukan disapa penghawa dingin.

* * *
POV Shahfri

Aku perhati Darren yang sedang hanyut dalam dunia warna - warninya, membelakangkanku. Sebatang joint, habis dengan beberapa kali hisapan saja. Perlahan - lahan tubuh hangat Darren kupeluk erat. Darren mengusap lenganku lembut.

"Pergilah pujuk dia, sayang. I rasa you dalam bahaya kalau semua family dia tahu hal ni." Darren berpusing, lalu disandar kepalanya ke dadaku.

"Pujuk untuk cerai or pujuk untuk berbaik semula?"

"What the fuck, you dah ceraikan diapun nak pujuk untuk cerai apa lagi. Of course, pujuk untuk berbaiklah!" Darren pandang aku dengan dahi berkerut.

"Serius, I dah tak ada perasaan pada dia." Aku lepaskan pelukan pada Darren. Cadangan Darren supaya memujuk Chyra dirasakan bertentangan dengan perbuatan kami berdua selama ini. Kenapa pula Darren takut Chyra hebohkan pada keluarga? Chyra sebatang kara, tak ada sesiapa. Aku juga tak ada sesiapa. Apa yang nak dirisaukan.

"Bukan kaum wanita patut dimuliakan ke?" Darren mengeluh perlahan, dan kembali menyandarkan kepalanya ke dadaku. Darren ketawa tiba - tiba.

'Darren tengah high. Tak perlu dengar cadangan merepeknya.' Kata hatiku cuba menenangkan. Tenang? Terus terang aku katakan, perasaanku sedikit berkecamuk sekarang.

Chyra, kenapa saban hari aku makin hilang rasa sayang pada wanita itu ya? Dia cantik, dia ibu pada anak - anakku. Tapi, tapi tiada keseronokan lagi yang aku boleh nampak ada pada Chyra.

Jujurnya, bersenggama dengan Darren ni sekadar suka - suka saja, menceburi bidang baru I may say. Both of us know that this relationship is not meant to last forever. Cut it. Kalau aku tahu benda ni seronok dari dulu aku dah involve gamaknya.

Mungkin juga rasa cintaku pada Chyra tawar kerana kisah silamnya yang sebegitu, buat aku rasa mahu beri pengajaran? Tidak juga. Aku tak tahu. Jujur, aku tak tahu kenapa perasaan ni mudah benar tawarnya.

"Tengok next week, I cuba cari dia." Aku ukir senyum paksa. Dah aku tak tahu mahu teruskan bagaimana lagi dengan wanita yang tak lagi aku sayangi tu, apa yang patut aku buat lagi ya?.

"Come, baby." Darren panggil aku dengan suara lunaknya. Sekejap saja kami sudah berpelukan semula, menikmati aksi songsang ini dengan penuh bahagia.

Pergi lantak dengan semua masalah, yang penting aku happy!

* * *

Aku tidak ke rumah nenek di Kota Tinggi, sebaliknya terus ke rumah ibu, rumah yang kami duduki hingga aku tingkatan lima bertempat di Gelang Patah.

Sofea dan Aiman lena berpelukan di tempat duduk belakang. Aku buka kunci rumah dan Farhad mengangkat Aiman manakala aku pula angkat Sofea masuk terus ke dalam bilik.

Rumah itu cukup kemas walau tak berpenghuni. Ibu ada upah seorang penjaga yang aku panggil Kak Seha. Anak Kak Seha, Lisa merupakan kawan baik aku semasa aku bersekolah di sini sebelum ke sekolah berasrama penuh.

"I cari hotel sekitar sini. Esok I teman you groceries shopping okay?" Farhad mengusap rambutku lembut. "You jangan fikir apa - apa buat masa ni. Rehat je."

"Farhad, you boleh stay sini je. I tak kisah." Aku tarik tangan Farhad. Farhad mengangguk.

"If you said so, I stay sini jelah. Kita sama - sama settlekan masalah ni okay? Tapi malam ni just rehat, tidur. Jangan difikir lagi masalah you ni." Satu ciuman hangat Farhad hadiahkan ke dahiku.

"Farhad, thanks sebab sanggup bersusah payah macam ni semata - mata untuk I." Aku tunduk, rasa bersalah kerana terpaksa melibatkan orang lain pula dalam masalah hidupku.

"Jangan fikir apa - apa buat masa ni, please." Aku hamburkan tangisan dalam pelukan Farhad, menghayati kata - kata yang menenangkan dari Farhad.

"You and kawan you tidur bilik tengah tu okay Farhad. Blanket or bantal lebih semua ada dalam almari. Cuma kalau you lapar kena keluar cari makanlah. I dont think rumah ni ada makanan." Jelasku.

"Okay, you rehat tau. Good night babe." Farhad usap pipiku lembut, lalu keluar memanggil rakannya yang berada di luar rumah.

Aku masuk ke dalam bilik, memerhati Sofea dan Aiman yang tidur berpelukan. Segera aku selimutkan anak - anakku itu supaya tidur mereka tak digigit rasa sejuk mencengkam. Air mataku mengalir lagi, pantas aku seka. Aku tak boleh selemah ini. Pipi Sofea dan Aiman kuusap lembut sebelum mengucupnya.

Hari esok masih panjang untuk aku tempuh dan harungi.

--------------------------------------------------------------------
Credit Song to Christina Perri ( Jar of Hearts).

Happy ReunionWhere stories live. Discover now