"Lelaki? Ani keluar dengan lelaki?"

Datuk Johan pula mencelah dari belakang. Lagi gerun Amani jadinya. Suara garau ayahnya waktu marah, memang menakutkan.

Datuk Johan perlahan mendekati Amani.

"Apa yang Ani cakap ni?" soal Datuk Johan yang betul-betul berdiri di sebelah Amani.

"Okay, biar Ani jelaskan dulu." Amani cuba menenangkan semua yang berada di situ. Salah susun ayat, mahu salah faham semuanya.

"Itu kawan Ani. Kami keluar lunch sahaja. Kami keluar bukan berdua, tapi Riha pun ada sama."

"Riha? Mak su tak nampak pun dia waktu tu."

Amani menghela nafas panjang. Macam mana lagi dia nak terangkan supaya soalan lain tak muncul.

"Riha ada mak su. Mungkin mak su aje yang tak perasan." Jawab Amani.

"Riha ada sekali?" Puan Latifah cuba memastikan sekali lagi.

Amani mengangguk bersungguh-sungguh sambil memandang ibunya.

Datuk Johan berubah tenang sedikit. Lega hati Amani melihatnya.

"Tapi, mak su memang tak nampak si Riha tu. Takkan lah mak su silap tengok." Datin Safiah cuba mengadu domba. Dia tahu abangnya sangat bencikan hal seperti ini.

Amani sudah mati kutu. Macam mana lah dia nak yakinkan kedua ibu bapanya dan mak sunya ini.

"Assalamualaikum.." ucap Fariha sambil melangkah masuk.

"Waalaikumsalam.." jawab semua hampir serentak.

"Ha, Riha. Mari sini sekejap." Seru Datuk Johan dengan suara garaunya.

Fariha kenal sangat apabila suara Datuk Johan menjadi garau. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Berdegup jantung Fariha mendengarnya. Perlahan-lahan dia mendekati sambil memandang Amani yang tersenyum pahit.

"Ada apa, uncle?" terketar-ketar suara Fariha.

"Ani cakap dia ada keluar lunch dengan lelaki dan awak ada sekali. Betul ke?"

Fariha menaikkan keningnya sambil memandang Amani. Cuba mencari jawapan yang sesuai. Dia tahu, ini pasti berkenaan Danish sebab hanya Danish lelaki yang pernah Amani keluar lunch bersama-sama dengannya sekali.

"Setahu saya, Ani takkan keluar dengan lelaki tanpa ada saya. Sebab tu kan amanat uncle? Dia tak pernah khianati amanat tu, uncle. Dia selalu pesan kat saya jugak yang kalau ada lelaki ajak keluar, tolak sebolehnya. Kalau tak boleh menolak, minta seseorang temankan. Sebab itu, saya akan selalu temankan dia kalau dia terpaksa keluar dengan lelaki bukan mahram."

Jawapan Fariha sedikit melegakan hati Datuk Johan dan Puan Latifah. Datin Safiah tidak berpuas hati. Kalau boleh, dia mahu Amani buruk di mata semua orang.

"Jadi, kenapa Ani keluar dengan lelaki tu? Ada hal penting ke sampai tak boleh menolak?" Datin Safiah cuba memerangkap Amani dengan soalan ini.

Amani agak bingung dengan soalan itu. Macam mana dia mahu menjawap soalan ini tanpa menimbulkan soalan-soalan cepumas yang lain? Aduh, mati aku. Kalau mama dan papa tahu si Danish tu melamar aku mesti bertambah-tambah soalan lain. Mak su pun satu hal. Sibuk sangat hal aku kenapa? Tanya soalan ini itu. Pening aku. Gerutu Amani didalam kepalanya.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now