"Anyway, this is for you." Kata Nazran sambil menghulurkan sampul itu.

Iskandar mencapai lalu membuka. Ada kad jemputan. Kad jemputan siapa lagi kalau bukan Nazran.

"Okay. Aku tak terkejut kalau kau nak kahwin tapi aku terkejut kalau kau kahwin dengan Dina." Kata Iskandar.

"Dah jodoh nak buat macam mana." Jawab Nazran.

"Okay. Aku jadi pengapit kau eh?" Soal Iskandar.

"Haih, aku tak offer lagi kau dah mintak?"

"Boleh tak?"

"Okay. Lagipun siapa nak jadi pengapit aku nanti kalau bukan kau. Manalah tahukan, bila kau jadi pengapit aku, jodoh kau sampai?"

"Betul jugak tu."

"Eh dah lah. Aku nak sambung kerja. Kau sambung senyum balik eh." Kata Nazran.

Selepas sahaja Nazran meminta diri, dia terus keluar dari bilik kerja Iskandar dan menyambung kerjanya.

~~~
"Ye ibu. Dina nak ambik baju nikah lah ni. Lepas Dina dah pack baju Dina." Kata Irdina sambil melipat pakaiannya untuk balik kampung.

Puan Iffah yang tak habis-habis menyiapkan persiapan anaknya itu. Excited sangat nak dapat menantu lelaki.

"Okay ibu. Dina nak gerak ni. Nanti Dina lambat pulak Dina sampai Kedah. Assalamualaikum." Kata Irdina. Punat end call ditekan.

Dia mengzip bagasinya lalu dibawa ke ruang tamu. Hani pun sama seperti Irdina. Dia mengikut Irdina untuk balik kampung.

"Hani, kau dah siap ke? Cepat sikit." Jerit Irdina.

"Kalau ye pun, janganlah jerit. Kalaulah Nazran dengar ni, mahu dia cancel nikah dengan kau." Perli Hani.

"Kau tahu tak kita dah lambat. Nak ambik baju nikah lagi." Bebel Irdina.

Mereka keluar dari rumah itu. Hani mengunci pintu rumah itu manakala Irdina mengangkat bagasi untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Setelah selesai, mereka masuk ke dalam kereta dan menuju ke butik untuk mengambil baju nikah.

~~~
Setelah mengambil masa beberapa jam, irdina dan Hani selamat sampai di Sungai Petani, Kedah. Irdina memandu masuk ke kawasan rumah orang tuanya. Dia memakirkan kereta jauh sedikit kerana pekerja-pekerja catering mahu memasang khemah kanopi. Irdina mengambil bagasinya di dalam kereta dan baju nikahnya lalu menuju ke pintu rumah. Kepulangan mereka disambut oleh Puan Iffah.

"Alhamdulillah. Dah sampai pun kau orang. Irdina, ada ambik baju nikah?" Soal Puan Iffah.

"Dah ibu. Ni." Kata Irdina sambil menunjukkan baju nikahnya.

"Kamu mesti penat, kan? Hani masuklah dulu. Rehat ke apa ke." Pelawa Puan Iffah.

"Okay makcik." Kata Hani sambil mengangguk.

Mereka masuk menuju ke bilik Irdina. Irdina membuka pintu. Dia melihat biliknya dihiasi seperti bilik pengantin. Dia melihat cadar yang ditukar, bunga di pasu dan langsir tergantung.

"Wow! Cantikya bilik kau Dina." Puji Hani.

Irdina terdiam. Dia masuk dan menggantungkan baju nikahnya ke dalam almari. Dia melihat sekelilingnya. Cantik. Tetapi dia kena duduk dengan lelaki yang selama ini hanya menganggap rakan sekerja di dalam bilik ini. Berkongsi bilik, berkongsi katil dan  berkongsi semuanya. Dia mengeluh.

~~~
Ramai orang kampung bergotong-royong membantu untuk memasak juadah makanan untuk tambahan. Walaupun dibayar catering untuk menghidangkan juadah untuk tetamu tetapi Encik Adam dan Puan Iffah mahu juga menambah sedikit lauk-pauk untuk tetamu.

Irdina hanya sekadar melihat orang kampung bergotong-royong sambil bergurau senda. Dia terhibur dengan gurauan orang kampung. Tiba-tiba teringat pulak dekat Nazran. Haih. Tiba-tiba je.

Irdina berjalan menuju ke pelamin yang dihiasi lampu dan bunga. Dia mengeluh lagi sekali. Dia berasa ragu-ragu dengan pilihannya. Tapi kenapa sekarang? Mainan syaitan je tu.

Irdina yang termenung sahaja disergah oleh Hani.

"Hoi!" Sergah Hani.

"Kau ni! Terkejut aku." Kata Irdina sambil mengurut dadanya akibat terkejut.

"Yang kau ni kenapa termenung je?"

"Aku tak tahulah. Aku still ragu-ragu dengan pilihan aku. Dibuatnya aku kahwin tapi tak bahagia, macam mana?"

"Hey! Kau janganlah overthinking sangat. Esokkan kau dah nak nikah. Aku tahu kau ragu-ragu dengan pilihan kau tapi kau kenalah positif. Manalah tahu nanti bila kahwin, dia caring ke, loving ke?"

"Hahaha! Dalam mimpi Hani. Dia terima aku sebagai isteri dia sebab mama dia je tau."

"Manalah tahu, kan? Dahlah. Kau tu kena tidur awal. Barulah dapat seri pengantin. Oh ya! Mana kunci kereta kau? Aku nak drive pergi hotel."

Irdina menuju ke biliknya untuk mengambil kunci keretanya lalu diberikan kepada Hani.

"Kau datang awal eh esok." Arah Irdina.

"Of course lah beb. Aku nak tengok bestfriend aku nikah ni." Kata Hani.

Hani meminta diri untuk pergi ke hotel. Sebenarnya, Irdina sudah pelawa Hani untuk tidur ke sini tetapi dia tak nak. Haih, degil betul Hani ni!

Irdina menuju ke biliknya. Dia mencapai i phonenya yang masih bercas. Dia menarik kabel wayar lalu baring di atas katil. Dia membuka i phonenya. Terdapat notifikasi whatsapp dari Nazran. Irdina membuka aplikasi whatsapp.

Are you ready to be my wife?

Irdina terdiam. Jantingnya berdegup laju. Alahai jantung ni! Tak penat ke pam darah laju-laju. Irdina membiarkan ayat itu bluetick.

Ting. Bunyi notifikasi.

Tidurlah. See you tomorrow.

Irdina tersenyum sehingga terlena. Haih. Indahnya dunia.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now