"Kau ingat aku tak tahu taktik kau, Rez? Ambil ni!" Ryn memberi 'hadiah' berupa bebola api kepada Rez. Alah, tepis sikit sudahlah. Bukannya besar sangat. Setakat bersaiz bola pingpong saja.

  Rez mengelak sambil menutup mata. Dia berlari pantas ke arah Ryn. Baru sahaja dia mahu mengeluarkan kuasa bayangnya, Ryn sudah menolak tubuhnya dengan kuasa api diiringi sebuah portal yang mencampakya dari langit.

  "HOI!" Rez menjerit geram sebaik sahaja dia selamat mendarat di atas tanah. Wajah Ryn ditatap geram. Kalau dapat, mahu sahaja dia cubit-cubit pipi Ryn lalu dipancung. Eh? Eh tak boleh tak boleh! Siap hari bulan, dia yang dipancung sekali dengan pakej seksaan psiko. Hiks...

  Dalam diam, Delisya dan Ryssa menepuk dahi. Kenapalah Ryn tidak menggunakan sihir? Kan senang!

  "Bebola bayang!" Serangan tahap biasa sahaja. Alah mudah!

  Ryn turut membalas dengan kuasa apinya. Tidak disangka, Fikiran mereka sama. Rupanya mereka sudah menyediakan sebuah bebola api dan bayang bersaiz maksima lalu dibaling sebaik sahaja bebola api bersaiz kecil itu dilempar. Taktik kotor ke tu?

  "METEOR BERAPI!" Ryn menjerit kuat. Tangannya yang terhala ke atas membuatkan langit bertukar gelap. Sebuah objek bersaiz besar dan bercahaya terang menghampiri mereka. Kubah pelindung pecah berderai. Rez cuba berlindung dalam kubah bayangnya. Ryn teleport entah ke mana. Delisya melindungi dirinya dan yang lain dengan kuasa bayangnya. Sempat diselitkan sihir kekuatan.

  "HIYYARGH!" Tubuh Rez ditolak kasar. Tapak tangan dihala ke hadapan lalu semburan api dihala ke arah Rez yang terpelanting.

  Rez terkejut. Dia memejam matanya lalu mantera diseru. Masa diulang kembali. Kemudian dia menepuk dahi. Rez mengundur masa lalu masa dihentikan. Dia terhempas pada dinding colosseum. Rez berdiri lalu debu yang melekat pada tubuh disapu.

  Rez tersenyum sumbing melihat Ray yang masih berdiri tegak. Mata lelaki itu merenungnya tajam. Rez memejam matanya. Kira-kira satu minit berlalu lalu jari dipetik. Masa berjalan seperti biasa.

  Ryn yang baru sahaja mahu mendongak terhenti apabila diberi amaran keras oleh Rez. Dia mengetap gigi.

  "Beranilah kau bergerak walau seinci. Portal masa itu bersedia untuk menyedut kau ke dalam."

  Ryn terperangkap dalam kurungan yang dipenuhi portal masa. Tangan Ryn bercahaya. Rez pula kaku.

  "Kau bergerak satu sentimeter, api aku sedia menyambar kau sehingga mati," ugut Ryn serius.

  Rez mengeluh. Kuasa masanya yang dihasilkan ke atas Ryn dibatalkan. Mahu jatuh imejnya jikalau dia mati kerana berlatih dengan gadis api yang memerangkapnya dalam kurungan api. Ada ke patut dia kurung Rez dengan kurungan api yang hanya berjarak dua sentimeter?! Dengan bahang apinya! Hisy!

  "Dikira seri sahajalah ya? Sekarang giliran Ryssa dan Kai pula. Cepat!""

  Berlari-lari dua orang itu ke tengah colosseum. Rez memetik jari sekali lagi. Colosseum yang nazak itu kembali seperti sediakala. Kubah pelindung muncul buat kali kedua.

  "Tiga... Dua... Satu! Mulakan perlawanan!!"

••••

  Wajah Ray masam mencuka. Dia menjeling lima orang sepupunya itu. Masing-masing menahan tawa.

  "Kalau nak gelak tu, gelak jelah! Ada juga yang mati nanti!" marah Ray dengan nada tinggi.

  Terburai tawa mereka sebaik sahaja lelaki itu memberi kebenaran. Semakin masamlah riak wajah Ray.

  "Hisy!" Ray mendengus lalu mengabaikan mereka. Buat sakit hati sahaja! Nak tahu apa terjadi? Mari!

Flashback

  Delisya membaling kunai bayang ke arah Ray. Ray mencebik.

  "Apa kelas main kunai bayang? Macam nilah!" Ray menyeru kunai yang sebenar lalu satu persatu kunai tajam itu dibaling ke arah Delisya.

  Delisya melompat tangkas. Pergerakannya sukar dikawal. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia mengelak kunai milik Ray. Ray pula mengelak kunai bayang milik Delisya.

  Entah di mana silapnya, mereka bertembung lalu terjatuh bergolek-golek. Sakit perut Ryn, Ryssa, Kai dan Rez menahan tawa.

  "Ergh!" Delisya memunculkan lagi kunai bayangnya. Satu baris mantera disebut lalu dilempar dengan cekap.

  Ray berasa curiga. Dia mengeluarkan sebilah pedang. Pedang itu dijadikan alat pertahanan. Kunai bayang yang datang dilibas. Ia terhapus bagaikan debu. Habis sahaja kunai bayang ditepis dan dihapuskan, Ray mencari kelibat Delisya.

  Disebabkan berasa tidak selamat, Ray memejam matanya dan memfokuskan deria pendengarannya. Bunyi tapak kaki cuba dicari.

  "HIYYARGH!" Boomerang dilempar laju. Boomerang itu bertukar menjadi kunai sebaik sahaja menemui sasarannya.

  Delisya meringis kesakitan. Tangannya naik menekup lengan kiri yang sudah mengalirkan darah. Dia merenung Ray dengan tajam. Tangan kanan Delisya yang dilumuri darah dari lengan kirinya diabaikan dahulu. Sebilah pisau muncul lalu dibaling ke satu arah secara rawak.

  Ray mengelak pantas. Mungkin dia terlupa, pisau itu merupakan bayang. Dengan senang hatinya, Delisya mengyunakan sihir. Bilangan pisau bertambah secara tiba-tiba. Juga berubah bentuk. Daripada pisau kepada jarum. Riak wajah Ray berubah. Macam mana dia nak tengok jarum tu? Halus!

  "ARGH!" Ray meraung. Dia melihat ke arah pahanya yang sudah terpacak sebilah pisau. Satu rasa meresap ke dalam tubuh. Ray terduduk. "Ra... Racun."

  Delisya dengan bahagianya menggunakan sihir penyembuhan. Tangan dihala ke arah Ray.

  Terbuntang mata lelaki itu melihat sesuatu di hadapannya. "Se... Semut?!" Ray terkelu. Dia bukannya takut kepada semut. Fobia juga bukan. Sebaliknya semut itu bersaiz gajah! Kau rasa?!

  Semua orang tersengih. Hailah, putera. Hahahaha! Ray... Ray...

End of the flashback

  "Jadi... Tak nak komen prestasi kami?"

  "Hmm.. Bolehlah.." Para jejaka membalas jengkel. Manakan tidak jika para gadis yang memenangi ketiga-tiga perlawanan. Eh, tercabar pula rasanya!

  "Alah, bukannya korang tak pernah menang. Ergh!" Ryn menepuk lengan Rez yang berbalut. Kesan daripada bahang apinya.

  Rez cedera di lengan. Ray cedera di paha. Racun juga sudah dibuang. Delisya juga cedera di lengan angkara kunai Ray. Mujur tidak dalam. Tadi dia sekadar mampu menghentikan pendarahan. Tenaganya kurang. Tidak cukup tidurlah katakan! Ryn cedera ringan sahaja.

  Semua mengeluh kecil apabila Kai dan Ryssa kembali bertekak. Teruk juga cedera mereka. Kai dibekukan dalam bongkah ais lalu direnjat apabila ais itu berjaya dicairkan. Itu pun mengambil masa. Ryssa pula melecur teruk di bahagian belakang badan. Habislah, gadis itu pasti merajuk. Hai suara Ryssa, jumpa lagi bulan depan!

  Psst, dia selalunya merajuk selama sebulan. Paling lama setahun. Paling singkat tiga minggu. Jangan harap nak dengar suara dia kalau dia merajuk. Jadi, jumpa lagi!





To be continued

Edited

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now