"Farah! Pergi cakap kat Mak Ngah yang Amani hilang. Kita tak boleh lengah-lengah lagi." Arah Fariz. Farah mengangguk lalu berlari dengan pantas mendapatkan Puan Latifah yang sedang duduk bersembang bersama-sama ibu bapanya di ruang tengah.

"Kenapa ni Farah?" tanya Datin Safiah dengan nada risau. Farah masih tercungap-cungap kepenatan.

"Ani..Ani hilang kat dalam hutan."

"Hah? Ani hilang?" kuat suara Puan Latifah. Jantungnya hampir gugur mendengar berita itu.

Farah mengangguk laju.

"Dia lari masuk ke dalam hutan lepas tu terus kami tak boleh nak kejar. Dia terus hilang. Abang Fariz dengan abang Mukhlis tengah cari dia lagi." Cerita Farah.

"Ya Allah, apa yang terjadi sampai Ani lari masuk ke dalam hutan ni?" tanya Datin Safiah yang sedang duduk disisi suaminya, Datuk Ismail di kerusi.

"Ani..dia.." Farah takut untuk memberitahu perkara sebenarnya. Nanti pasti dia akan dimarahi sebab beritahu Amani perkara sebenarnya. Bukan niat dia untuk membuatkan Amani sampai hilang. Dia cuma tidak ingin rasa bersalah. Amani berhak mengetahuinya.

"Nantilah kita cerita pula. Sekarang ni yang penting kita cari Amani dulu. Saya tak nak apa-apa yang buruk berlaku pada anak saya. Ya Allah...selamatkan Amani." Doa Puan Latifah.

Datuk Johan yang baru selesai solat menghampiri mereka semua. Keadaan di situ begitu tegang.

"Abang.." Puan Latifah menghampiri suaminya dengan tangisan.

"Kenapa ni Sayang?" risau Datuk Johan melihat wajah Puan Latifah yang tiba-tiba menangis.

"Ani, bang. Ani dah hilang kat dalam hutan."

"Astagfirullahal azim. Kenapa sampai boleh jadi sampai macam ni? Kita tak boleh lengah-lengah lagi. Cepat cari dia." Arah Datuk Johan seraya semua orang pergi ke hutan yang ditunjukkan Farah. Mereka semua menjerit-jerit memanggil nama Amani.

Puan Latifah menjerit sambil menangis teresak-esak. Macam-macam fikiran buruk yang muncul difikirannya. Anaknya dimakan binatang buaslah, diculik oranglah, apalah. Namun, Amani tetap tidak menjawap. Hati mereka semua sudah berombak kencang setelah hampir 2 jam mencari Amani namun masih tidak bertemu.

Mukhlis menjerit-jerit memanggil Amani sambil menghampiri sebatang pokok besar. Dia masih tidak berputus asa untuk mencari sepupunya itu. Mukhlis menyandar pada pokok besar itu setelah tekaknya terasa kering kerana menjerit terlalu kuat sejak dari tadi. Namun, dia terdengar sayup-sayup suara tangisan seseorang disebalik pokok itu. Dia perlahan-lahan berjalan ke sebalik pokok itu. Ternyata Amani sedang duduk disitu sambil menangis teresak-esak. Mukhlis menjerit memanggil Puan Latifah dengan kuat.

Semua orang berlari kearah Mukhlis dan Amani. Puan Latifah terus memeluk anak kesayangannya itu. Dikucup wajah kecil itu bertalu-talu menghilangan perasaan takut yang menghuni dari tadi. Dia menangis hiba.

"Ani tak apa-apa kan? Kenapa Ani boleh sampai ke dalam hutan macam ni?" Soal Puan Latifah dengan penuh resah. Diteliti satu persatu anggota tubuh Amani yang masih kecil itu. Khuatir jika ada kecederaan pada anaknya ini. Datuk Johan duduk disebelah Puan Latifah dengan wajah yang risau.

Amani masih menangis teresak-esak.

"Ani...kenapa? Apa yang buat Amani sampai menangis sampai macam ni sekali?" Tanya Datuk Johan lembut.

"Papa..Mama.. Betul ke Ani ni bukan anak papa dengan mama?" Tanya Amani dengan air mata yang masih setia menitis.

Puan Latifah dan Datuk Johan tersentak. Mereka memandang satu sama lain. Amani memandang ibu bapanya dengan penuh kesedihan.

"Ani..dengar semua ni dari mana?" Soal Puan Latifah dengan nada sedih. Air matanya sudah mengalir deras.

Farah memandang Amani dengan perasaan sedih dan bimbang. Bukan niat dia untuk membuatkan Amani terluka sebegini rupa.

"Mama, betul ke?" Amani tidak mahu menjawab selagi tidak mendapat kepastian dari mamanya.

Datuk Johan sudah menundukkan wajah dengan air mata yang sudah membasahi pipinya. Puan Latifah menangis dengan hibanya. Dia tidak mahu mengaku Amani bukan anaknya. Baginya, Amani adalah anaknya buat selama-lamanya.

"Mama.." Gesa Amani dengan tangisan yang semakin kuat. Puan Latifah diam dalam tangisan.

Semua mata yang ada di situ sudah menangis tersedu-sedu. Tidak sangka rahsia ini sudah terbongkar.

Puan Latifah mengangguk dengan perlahan. Amani pula semakin deras air matanya mengalir. Puan Latifah memeluk Amani dengan erat sambil menangis teresak-esak.

"Ani akan jadi anak mama selamanya, sayang. Ani jangan cakap yang Ani bukan anak kandung mama lagi. Ani adalah anak kami selamanya. Takkan ada apa pun yang merubah hakikat itu." Sumpah Puan Latifah. Datuk Johan memeluk kedua-dua insan yang dicintainya itu dengan linangan air mata.

"Papa tak nak dengar lagi Ani sebut pasal ni. Kuburkan segala apa yang Ani dengar hari ini. Untuk papa dan mama, Ani tak boleh ungkit lagi perkara ni. Sesiapa pun jangan ungkit perkara ni sampai bila-bila. Ani anak papa dan mama. Takkan ada orang yang boleh gantikan tempat Ani." Pujuk Datuk Johan. Pelukan mereka dileraikan. Puan Latifah menyeka air mata Amani dengan penuh kasih sayang.

"Ingat Ani, jangan pernah ungkit lagi perkara ni. Mama dan papa tak nak dengar lagi hal ini dibangkitkan. Ia sangat menyakitkan kita. Janji dengan mama ye, sayang? Janji?" Puan Latifah menatap Amani dengan mata yang berkaca-kaca.

Amani melihat kedalam mata mama dan papanya. Dia sangat menyayangi kedua-dua insan yang sudah lama menjadi ibu bapanya ini. Dia mengangguk. Puan Latifah terus memeluk tubuh kecil itu. Air matanya mengalir lagi.

"Ani!!" Suara Puan Latifah menyentakkan Amani dari lamunan.

"Mengelamun pula budak ni. Dah pukul berapa dah tu. Nanti lewat ke office." Amani terus melihat jam tangannya. Ya Allah, dah lewat.

"Ani pergi dulu." Ujar Amani sambil kelam kabut mengambil beg galasnya lalu menyalam kedua ibu bapanya itu. Senyuman manis dihadiahkan kepada mereka. Sebelum melangkah keluar dari pintu, dia menoleh kearah ibu bapanya.

I love you both so much. Ucap Amani didalam hati.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now