"Sedap sayang masak hari ini." Datuk Johan cuba mencairkan hari isterinya dengan pujian. Amani mengangkat ibu jarinya dengan senyuman.

"Habis tu, selama ni saya masak tak sedaplah?"Puan Latifah memandang Datuk Johan dengan ekor mata. Amani terus menepuk dahinya.

"Eh, bukan macam tu. Selama ni sedap. Tapi, hari ni paling sedap." Puan Latifah mencebik. Datuk Johan cuba untuk menyentuh tangan isterinya namun ditempis.

"Malulah dekat Ani." Puan Latifah bernada keras. Datuk Johan tersenyum.

"Tak payahlah mama dengan papa nak malu. Ani dah tengok semuanya dari kecil lagi. Bukan setakat pegang tangan aje. Dah tua peganglah apa yang nak pegang." Amani cuba menceriakan situasi. Puan Latifah mengerling kearah Amani. Dicubitnya paha anak dara bermulut laser ni. Terjerit Amani dibuatnya.

"Siapa cakap kami dah tua? Luarannya sahaja tua, tapi dalam masih lagi muda. Ya kan sayang?" Datuk Johan mencuba lagi.

Amani membuat mimic nak muntah. Tergelak Datuk Johan dibuatnya. Puan Latifah pula tersenyum. Amani membuat isyarat mata pada papanya. Hati mamanya sudah sejuk sedikit. Cepatlah masuk ayat manis.

"Mama Ani lah wanita yang paling cantik yang pernah papa jumpa. Takkan ada orang lain boleh gantikan mama didalam hati papa. Sebab tu, mama sentiasa muda di hati papa."

Akhirnya Puan Latifah mengalah. Hilai tawa jelas kedengaran dari bibir wanita itu. Datuk Johan juga turut tertawa. Bahagia. Itulah yang Amani dapat rasakan dari kedua insan yang menyayanginya dengan sepenuh hati.

Walaupun dia sedar, kedua insan ini mungkin tiada talian darah dengan dirinya. Namun, dia sangat menyayangi mereka. Sepanjang hidupnya, mereka adalah penjaga dan penyejuk hatinya. Tanpa mereka, siapalah Amani sekarang ini.

Dia pernah bertanyakan asa usulnya kepada Puan Latifah. Namun, dia tidak diberikan jawapan tentang itu. Puan Latifah menangis tersedu-sedu saat dia menanyakan soalan itu. Justeru, dia berjanji untuk tidak mengulangi soalan itu selamanya. Dia masih ingat ketika dia pertama kali mendengar berita tentang ini.

Villa Indah di Cameron Highland kepunyaan Datuk Johan riuh dengan kehadiran sanak saudara yang bercuti bersama-sama pada musim cuti sekolah. Peperiksaan UPSR sudah pun tamat. Oleh kerana itulah Datuk Johan mengajak semua ahli keluarga bercuti bersama-sama. Amani yang berusia 8 tahun ketika itu sangat gembira dengan aktiviti ini.

Semua keluarga berkumpul bersama-sama. Dia boleh berjumpa dengan abang Mukhlis, abang Fariz dan juga Farah. Dah lama rasanya mereka tak bermain bersama. Walaupun jarak usia antara dia dan abang-abang sepupunya agak jauh berbeza tapi dia tetap merasa seperti kawan. Farah pula cuma setahun tua darinya.

"Ani! Tangkap bola ini!" Laung Mukhlis lalu membaling bola kepada Amani yang terkebil-kebil di dalam air kolam.

"Abang Fariz!! Janganlah macam tu.. Ani tak pandai berenang lagilah." Adu Amani sambil memeluk bola dengan kejap. Dia membuat riak kasihan. Mengharapkan simpati dari Fariz lah tu.

"Kalau macam tu Ani bagi bola tu kat abang dulu. Baru abang tak buat macam tu." Ujar Fariz sambil tersenyum. Amani makin memeluk bola itu dengan kejap.

"Mana boleh! Kalau Ani bagi bola ni kat abang nanti Ani dengan abang Mukh kalah. Ani tak boleh buat macam tu."

Mukhlis memberi isyarat supaya membaling bola itu padanya. Dia ingin menjaringkan gol. Amani mengangguk perlahan agar Fariz tidak menyedarinya. Terus sahaja bola itu dibaling dengan kuat. Mukhlis menyambutnya dengan pantas lalu dibaling tepat kedalam gol.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now