84

5.8K 510 40
                                    

(Author p.o.v)

5 tahun kemudian

"Awak bangun la!" Belakang badan jungkook yang tak berbaju ditepuk beberapa kali. Dia kerling jam beberapa kali.

"Hmm" gumam jungkook manja. Badan jungkook menggeliat panjang, lambat balik semalam. Kerjaya dia sebagai cikgu dah stop dua tahun lepas disebabkan tuan jeon meninggal.

Nak tak nak dia kena sambung syarikat tuan jeon. Dia anak tunggal.

"Bangun!" Jerit aurora. Dari tadi lagi dia cuba kejutkan lelaki itu.

"Ye sayang dah bangun ni ha." Jungkook duduk bersila. Mata digosok. Sinaran matahari yang masuk ke dalam bilik buat mata dia tak berfungsi dengan baik.

"Jungyeon dengan jungwoo tidur lagi. Kejap lgi awak kejut diorang, buatkan sarapan sekali. Saya balik nanti semua dah settle k ?" Aurora cakap laju. Mana tak nya, jualan murah kat pasar raya start pagi. Dia pula dah lambat setengah jam.

"Mentang-mentang saya cuti hari ni, awak buli saya ya ?" Jungkook jongket kening. Mata masih buka tak buka, mamai lagi sebenarnya.

"Bukan buli. Saya keluar ni nak beli barang makanan untuk awak juga. Dah la saya gerak dulu." Satu ciuman diberikan untuk jungkook. Tersenyum lelaki itu menerima ciuman dari aurora.

Even hampir setiap hari dapat, tapi hal itu juga yang dia tak pernah bosan nak hadap. Suka betul.

Aurora dah pergi. Jungkook sambung baring, awal lagi nak bangun. Tapi belum lama dia tutup mata, terasa lengannya di tindih. Dia buka mata,

Jungyeon.

Jungkook tak dapat tahan senyum melihat wajah comel jungyeon di sebelahnya,

"Anak papa dah bangun ?" Kepala jungyeon diusap lembut. Dia tahu anak perempuannya yang satu ini taksuka bila rambutnya diserabutkan.

"Ey papa jangan la!" Marah jungyeon. Jungkook ketawa, sebijik macam mak dia. Rupa pun saling tak tumpah dengan aurora, cantik.

Jungyeon berumur 4 tahun. Abang dia jungwoo 5 tahun. Beza setahun sahaja. Tapi jangan salah, budak 4 tahun tu juga la yang selalu buat jungkook geram. Mulut becok macam mak dia.

Pelat lagi tapi kalau nak bergosip dengan aurora, lancar ya amat.

"Kenapa singgah bilik papa ni ? Pergi mandi." Arah jungkook. Hidung kecil jungyeon dicuit lembut.

Berkerut-kerut dahi budak tu bila wajahnya dicuit sana sini.

"Nanti la, yeon nak dengan papa. Winduu." Badan jungkook dipeluk. Tergelak jungkook dengar bahasa pelat anaknya.

"Woo oppa mana ?" Soal jungkook lagi. Belakang badan jungyeon ditepuk perlahan.

"Tidur lagi kot."

"Ha ngumpat oppa ke ? Papa, woo tak tidur. Woo dah mandi hm wangii." Satu suara menerja bilik itu. Jungkook angkat kepala, wajah segar anak lelakinya menjamah mata.

"Dah mandi anak papa ?" Jungkook soal sekali lagi. Walaupun dia tahu, rambut jungwoo pun lembab lagi.

Senang sikit kerja dia bila seorang pandai jaga diri sendiri. Ni yang perempuan ni pula nak kena settle.

"Dah. Papa dengan yeon je tak mandi lagi. Eee busuk." Jungwoo cover hidung.

Jungkook bangun. Jungyeon yang masih menutup mata dikejut. Pipi tembam jungyeon ditepuk lembut.

" princess papa, bangun. Mandi jom, papa tolong."

Jungyeon duduk. Bersila juga.

"Arasseo." Kata gadis kecil itu manja. Meleret sahaja suaranya.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now