69

4K 440 91
                                    

(Aurora p.o.v)

Harini dah genap lima bulan usia perut aku. Besar dah, jungkook pun tak bagi aku sambung belajar sekarang. Sebagai alasan, dia kena hantar surat cuti beberapa kepada pihak universiti.

Yein pun asik mengadu sebab jongsuk pun selalu tak datang, dia lonely.

Aku duduk diam di ruang tv sambil tengok kdrama. Biasa la ibu mengandung macam budak-budak. Selera pun selera remaja. Eh aku remaja kan ?

Kawin awal je k.

Ting tong!

Bunyi loceng bergema di seluruh rumah. Siapa pula ? Takkan la jungkook ? Setahu aku dia ada buat extra class hari ni. Kalau ya pun dia, kenapa nak tekan loceng, ini rumah dia.

Aku berdiri walaupun agak payah sebab dah lama aku duduk bersila. Sambil pegang belakang badan, aku jalan perlahan-lahan ke arah pintu.

Tak tengok monitor, aku terus buka.

What the—

Apa pula dia buat kat sini ?

"Jungkook ada ?" Soalnya tanpa segan silu, suka hati dia je cari laki orang.

Ariana.

"Jungkook takda." Aku nak tutup pintu tapi tangan dia laju tahan,

"Nak apa ?" Aku soal malas. Aku dah la tengah tenat ni ha aku sembur dia baru tau.

"Tak tahu adab layan tetamu ke ? I nak masuk." Aku tertolak ke belakang bila dia melintasi aku dan terus masuk ke dalam penthouse.

Aku rolling eyes.

"Macam mana la aku nak tahu adab layan tetamu bila tetamu tu sendiri taktau adab bertamu macam mana." Zzup, kan kena kau.

"You kurang ajar eh ?!" Dia halakan jari telunjuk ke muka aku.

Biadab.

"Daripada aku panggil guard suruh tarik kau, baik kau keluar sendiri. Kau nampak ni aku tengah sarat mengandung kan ? Jangan saratkan otak aku." Malas berbasa-basi aku terus straight to the point. Penat la nak layan perempuan murah macam ni.

"Nak panggil guard ? Boleh, buat first.." dia datang mendekati aku lantas rambut aku ditarik kasar.

"Sakit la!" Aku meraung di situ,

"Nak panggil guard kan ? Ha panggil la panggil!" Dia tarik tarik rambut aku. Ya tuhan, sakitnya.

"Lepas la!" Aku pijak kaki dia.

"Ouch!" Terus terlepas rambut aku. Baru sahaja aku nak lari naik ke atas, dia ikut aku.

Bila tiba di hujung tangga, tangan aku direntap.

"Eh kau dah gila ke ?! Kau nak apa ?!" Aku menjerit berharap agar ada yang boleh bantu aku sekarang namun semuanya sia-sia.

Aku tinggal sendiri di rumah. Guard ? Jauh di depan penthouse.

"I nak apa ? You tahu i nak apa." Dia senyum sinis.

Psycho.

"Jungkook tak suka kau. Lagipun anak dia ada dalam janin aku, kau takda hak. Dasar perempuan tak tahu malu!" Aku tengking dia kuat. Bagi sedar yang dia dah melampaui batas.

"I boleh buat dia benci you." Dia senyum senget. Aku ditolak perlahan ke hujung tangga.

"Ariana, lepas." Tangan kiri aku berpaut pada pemegang tangga.

"Lepas ? Hm." Dia tolak lagi. Sekarang sumber aku bertahan hanya genggaman ariana. Kalau dia lepas, aku jatuh.

"Jangan.." mata aku berair, bila-bila masa je aku boleh jatuh.

Baru sahaja aku nak berpaut pada baju dia, tangan aku dilepaskan.

Dan semuanya bertukar gelap.

+++

Aku buka mata perlahan-lahan. Silau.

Cahaya putih membuat aku payah untuk membuka mata. Aku pejam beberapa kali lantas aku pandang sekeliling.

Kosong.

Bau ubat masuk dalam rongga hidung aku. Tangan kanan aku pula bercucuk jarum yang disambungkan ke satu beg air yang tergantung rapi di tepi katil.

Aku cuba bangun, sakit. Bahagian bawah aku agak pedih.

Tapi ada satu perkara yang menarik perhatian aku. Kenapa aku tak rasa tendangan bayi ? Aku rasa kosong.

Aku selak selimut. Perut aku, mengecil.

Perlahan-lahan aku sentuh perut aku, kempis. Dan automatik otak aku terimbau perkara yang terjadi siang tadi.

Aku jatuh dan benda terakhir yang aku ingat, darah. Darah keluar.

Tak, tak mungkin.

Klek.

Pintu wad dibuka. Dia jeon jungkook.

"Awak.." air mata aku jatuh, aku tau doktor sengaja prank aku kan ? Aku tahu.

Jungkook diam, datar sahaja wajahnya.

"Awak.. ini bergurau kan ? Mana doktor ? Saya nak jumpa doktor." Aku cuba untuk bangun tapi sumpah payah. Aku tak boleh.

"Awak jangan la diam je, awak ikut nak prank saya sekali ke ?" Aku yakin ni mainan diorang tapi kenapa aku nangis ? Yah aurora park! Jangan nangis la.

Jungkook berjalan perlahan ke arah aku. Baru sahaja aku nak raih tangan dia, laju dia tepis.

"Awak.." makin kuat aku menangis,

"Kau bunuh anak aku." Satu ayat sebelum dia pusing dan keluar dari ruangan ini.

Tbc

Sis terus ke conflict ya gais malas suda mau merepek lebih lebih he he

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now