33

5.8K 473 30
                                    

(Author p.o.v)

"Hoi kau pahal asik termenung ni." Badan aurora dipukul dari belakang, pukul tak kuat sekadar ingin menghentikan gadis itu dari termenung.

"Ah yein ah ? Bila kau sampai ?" Dia garu kepala walaupun tidak gatal, blur sekejap.

"Lama dah, ha kau nak cerita apa dengan aku ? Bukan main serius suruh aku datang tadi, something happened ?" Badan disandarkan ke kerusi, wajah aurora diperhati menunggu jawapan.

"Semalam penthouse blackout."

"Itu je ?! Bukan main lagi kau paksa aku datang lepastu nak cakap itu je ? Peh melampau kau ni."

"Bukan! Semalam penthouse blackout lepastu jungkook turun pergi betulkan suis utama," aurora telan air liur bila teringat kejadian semalam, rasa takut menghantui dirinya.

"Lepastu ?"

"Lepastu waktu aku seorang, ada orang cuit bahu aku." Yein betulkan kedudukan, lengannya disentuh, meremang pula tiba-tiba.

"Kau yakin itu orang ? Bukan hantu ke bukan apa ?" Macam yang aurora jangka, memang orang akan tanya soalan sebegini rupa.

"Aku yakin itu orang, sebab aku dapat sentuh tubuh badan dia, aku dengar dia mendengus." Beria aurora jelaskan, wajahnya juga turut diraup, stress.

"Kau biar betul ? Kalau macam ni, aku dapat rasa kau dalam bahaya la ra." Nada suara yein bertukar risau takut kalau ada apa-apa jadi kepada kawan baiknya.

"Tapi kan yein,"

"Cara dia mendengus, aku macam kenal dia siapa." Aurora pejam mata, cuba untuk mengingat dengusan orang itu.

"Siapa ?!"

"Aku tak tahu tapi aku yakin aku pernah dengar dengusan dia, aku yakin sangat." Terangguk-angguk kepala aurora. Rasa risau, tambahan pula dengan keadaan jungkook yang tidak selalu berada di rumah. Kotnya tiba-tiba orang tu datang lagi macam mana ?

+++

Mata tertumpu pada skrin laptop, tak berganjak langsung. Sibuk dia cari web yang tawarkan bodyguards.

Bukan apa, dia risau kalau apa-apa jadi bila dia tiada di penthouse. Tanggungjawabnya bukan ada pada aurora seorang sahaja, tapi dengan laura sekali.

Tok tok tok.

Pintu diketuk dari luar, jungkook diam sahaja biarkan bilik itu terkuak sendiri, buka sahaja wajah aurora menghiasi mata.

Cepat dia keluar dari web tadi, masih berlakon dan menganggap kejadian semalam hanya la halusinasi aurora, tidak mahu merisaukan gadis itu walhal gadis itu sendiri yakin dengan apa yang dia lalui itu bukan halusinasi.

"Buat apa ?" Lembut dia soal, milo panas yang baru dibancuh tadi diletakkan di atas meja, jauh sedikit dari kertas kerja.

"Tak ada apa, ni masukkan data pelajar." Bohong jungkook.

"Awak dah tak pergi dengan laura kan ?" Aurora ambil tempat di kerusi swivel yang ada dihadapan jungkook,

Jungkook pandang dia sekilas kemudian pandang skrin laptop kembali.

"Pergi juga tapi bukan sekarang."

"Awak nak tinggalkan saya seorang kat sini ?" Wajah jungkook ditenung lama, mengharap agar lelaki itu memberi jawapan positif.

"Nak buat macam mana ? Laura tu tanggungjawab aku juga. Sebelum ni aku tinggal, okay je ?" Tenang suara itu keluar membuatkan aurora makin risau.

"Tapi semalam.."

"Dah cakap kan itu halusinasi je. Aku dah cek cctv tadi, tak ada siapa. Kau je yang tiba-tiba takut dalam bilik tu."

Jungkook tipu lagi, dia tak mahu merisaukan gadis itu. Sungguh hatinya tak tenang bila fikirkan soal hal itu.

Siapa lelaki yang ceroboh ? Apa tujuannya ? Dia tak dapat hadam langsung. Nak kata perompak, dia tak ada ambil apa-apa.

Yang dia tahu, lelaki itu aim aurora, itu sahaja.

Aurora tunduk padang lantai, masih tak dapat 'move on' dari kes tersebut. Risau, takut, meremang, semua bercampur.

"Geogjeongma, kalau kau takut sangat aku pasang bodyguards depan penthouse okay ?" Jungkook berdiri dan pergi ke arah gadis itu, perlahan-lahan dahi aurora dikucup sekilas.

"Hmm." Angguk aurora laju.

+++

Bunyi music yang kuat dan bingit menghiasi ruang telinga. Lelaki yang sesungguhnya masih bawah umur itu kelihatan syok meneguk bergelas-gelas alkohol.

"Kau ceroboh penthouse jungkook ?" Satu soalan menerjah masuk ke dalam telinga, dia dongak dan tersenyum senget.

"Hmmm." Panjang dia bergumam. Kepala dah pening lalat, effect alkohol.

"Kenapa kau terburu-buru sangat ? Bayangkan kalau dia tahu itu kau, rosak plan kita!" Bentak wanita itu geram dengan sikap daniel yang terburu-buru dan tak reti sabar.

"Shuttt, dia takkan tahu." Jari telunjuk diletakkan di bibir, badan dah terhuyung-hayang.

"Tch, mana kau tahu ?" Wanita itu mendesis, tak puas hati.

"Aku tahu la hahahahaha."

"Gila."

"Kau marah-marah aku ni, kau yakin ke lakonan sakit kau tu bertahan lama ?" Giliran dia untuk memberi kata-kata tajam,

"Yakin."

"Jangan yakin sangat la laura, bila-bila masa je benda tu terbongkar, bila-bila masa." Sinis percakapan daniel. Ayat terakhir tadi sengaja ditekan, sengaja panaskan orang dihadapannya.

"Aku akan pastikan aku dah dapat dia dulu sebelum benda ni terbongkar." Yakin dia bercakap.

"Plan pun kau tak laksanakan lagi ada hati nak yakin ? Damn laura, back to your sense!" Dia mengejek dan ketawa di akhir ayat. Suka tengok rakan kerjasamanya itu panas.

"Just shut your fucking mouth."

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now