27

5.8K 546 69
                                    

(Author p.o.v)

"Aurora park berhenti!" Jeritan itu diendah, dia terus berjalan ke depan, tak terniat hendak berhenti dan toleh.

Tapi tetap tak dapat elak apabila jejaka itu berhenti di depan, menghalang jalan memandangkan mereka sekarang berada di koridor bangunan lama.

"Awak nak saya kena kan tindakan ke ? Awak sedar yang awak biadab dengan guru ? Sedar yang awak ponteng kelas saya ?" Formal bahasa jungkook, masih bahaskan diri sebagai guru.

"Penting ke semua tu ?" Gadis itu ketawa paksa. Air mata jangan cakap, dah bertakung kat tubir mata, tinggal tunggu nak jatuh.

"Jangan libatkan hal peribadi dengan hal sekolah awak aurora." Kedengaran tegas tapi langsung tidak dipedulikan.

"Saya tak boleh.."

"Saya sakit.."

"Sakit sangat.."

"Awak tak faham perasaan saya.."

"Tolong.. tolong jangan halang jalan saya."

Berderau darah jungkook mendengar beberapa ayat yang keluar, suara gadis itu bergetar, tersedu,

Dia menangis.

"Hey, kenapa ni ?"

"Awak tak perlu formal kat sini, takda siapa dengar, takda siapa tahu awak suami saya." Arah aurora. Air mata dikesat kasar, dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan jungkook tapi dalam masa yang sama, dia tak boleh kawal air mata. Lembut betul hati.

Jungkook perhatikan sekeliling. Betul, tiada orang. Hanya mereka berdua di situ.

Tangan aurora diraih dan digenggam.

"Kau kenapa ? Kenapa macam ni huh ?"

"Awak tanya saya kenapa ? Soalan apa awak ni hahahaha." Ketawa paksa lagi.

"Sini." Tubuh aurora ditarik dan dipeluk.

Aurora pejam mata, lama dia tak rasa pelukan seorang jeon jungkook.

"Kau ingat apa aku cakap sebelum ni ? Mesti tak ingat kan ? Aku buat semua ni bersebab, bukan sebab aku nak kawin lagi, bukan sebab aku suka dia, bukan." Ujar jungkook. Masih memeluk gadis itu erat.

"Aku buat semua ni sebab,"

"Laura kim, dia ada kanser."

Bulat mata aurora mendengar ayat terakhir jungkook, dia tolak badan itu perlahan dan pandang wajah kacak dihadapannya.

"A-awak serius ?" Soalnya sedikit tak percaya.

"Ya serius. Kanser dia dah tahap tiga."

Aurora tunduk. Rasa bersalah pula tiba-tiba sebab cemburukan wanita itu. Rasa bersalah sebab marahkan dia dan jungkook. Rasa bersalah sebab fikir yang bukan-bukan.

"Aku janji, lepas semua ni dah okay semua akan kembali macam biasa balik."

"Tapi masa tu aku tak tahu sama ada dia hidup lagi atau dah, mati." Jungkook ketap bibir apabila menuturkan perkataan terakhir.

Aurora dongak, pandang jungkook dengan mata sembap dia.

"Maafkan saya." Bibir gadis itu menguntum senyuman nipis, malu pula tiba-tiba.

"Lain kali, percaya cakap suami." Ditarik hidung mancung gadis itu.

Aurora senyum sahaja. Tak sangka disebalik hubungan yang dikembalikan itu ada cerita tersendiri. Cerita hiba yang tiada siapa tahu melainkan dia, jungkook dan laura.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now