"HIBISCUS INTERNATIONAL SCHOOL" Ucap mulut Ilmelda Sichen apabila tiba di sebuah sekolah yang tersergam indah yang berada di bandar Itali.
Dia terpegun
Ya. Ilmelda terpegun melihat sekolah swasta itu, bukan kehendaknya ingin disekolahkan di bangunan yang berwarna biru itu tapi apakan daya ibu dan bapanya yang menginginkan dia mendapat pendidikan yang bagus.
Ilmelda melepaskan keluhan berat.
Kakinya melangkah berat mengikut langkah ibunya yang menghayunkan langkah ke pejabat sekolah itu untuk mendaftarkannya.
'Mommy tolonglah faham hati anakmu ini' Tangis hati Ilmelda. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia berlari keluar dari bangunan raksasa berwarna biru itu tapi hatinya tidak kuat untuk melakukan hal sebegitu.
Puan Georgia memandang lembut wajah anak gadisnya sambil tersenyum. Bukannya Puan Georgia tidak perasan dengan wajah cemberut anaknya tapi dia yang buat tidak nampak dan masih melemparkan senyuman buat puteri bongsunya itu.
Rambut panjang berwarna coklat gelap Ilmelda diusap oleh Puan Georgia. Dia ingin mengurangkan perasaan gelisah dalam hati anaknya.
Ilmelda Sichen Harith merupakan satu-satunya puteri hasil perkahwinannya dengan Harith Sichen. Puan Georgia merupakan seorang wanita yang berasal dari Itali dan dia sanggup dibuang keluarga dan meninggalkan keluarganya yang penuh dengan kekejaman hanya untuk sehidup semati dengan Harith Sichen .
Itali ?
Ya Itali sebuah negara yang beribu kotakan Rome, sebuah negara yang amat menarik dengan sejarah dan juga terdapat kisah yang tersendiri di negara tersebut. Harith Sichen merupakan jejaka yang sanggup mengadaikan nyawanya hanya untuk Puan Georgia Gonzalez.
"Stai bene? ( Adakah awak ok ?)" Tanya Puan Georgia kepada Ilmelda sambil tersenyum manis. Pipi anak gadisnya dicuit perlahan.
Ilmelda mengangguk perlahan sambil membalas senyuman si ibu yang mempamerkan wajah penuh harapan untuknya supaya meneruskan pelajaran di sekolah itu.
Ya. Si dia yang telah membuatkan Ilmelda hilang keyakinan diri, hilang pedoman hidup, hilang sekolah, dan hilang segalanya yang telah dimiliki olehnya selama ini dengan hanya disebabkan si dia. Ya. Si dia !
Si dia yang telah berjaya membuatkan Harith Sichen dan Puan Georgia untuk menukarkan dia ke sekolah swasta itu dan berjaya membuatkan dia meninggalkan rakan-rakan yang pernah berjanji untuk melanjutkan pengajian ke Universiti. Tapi kini semuanya hancur apabila perginya si dia.
Setelah selesai urusan pendaftaran, Puan Georgia menghantar Ilmelda ke kelas '5 HIBISCUS RED' iaitu kelas yang didaftarkan hanya untuk pelajar Sains kelas pertama.
Madam Yen selaku guru kelas bagi 5 HIBISCUS RED turut menghantar ilmelda Sichen ke kelas tersebut. Madam Yen mengamit Ilmelda untuk masuk ke kelas itu. Kelas yang tadinya bising kini sudah diam bagaikan malaikat maut lalu !
Ilmelda melangkah perlahan-lahan masuk ke kelas yang amat berlainan dengan sekolah lamanya. Kelas ini lebih moden dan sempurna ! Madam Yen menyuruh Ilmelda memperkenalkan dirinya kepada rakam sekelas baharu yang akan berkongsi pahit dan manis di sekolah baru itu. Ilmelda tersenyum hambar.
"Hi, I'm Ilmelda Sichen Harith" Ucap Ilmelda apabila semua mata sudah tertumpu kepadanya. Kenapa dengan dia ? Adakah rambutnya serabai ? Dia pakai selipar tandas ke ? Atau dia tersalah sebut nama ? Tapi rasanya kalau Ilmelda tipu tentang namanya pun mungkin tiada siapa yang tahu nama sebenarnya walaupun dia tidak menipu. Argh, biarlah
"Hi Ilmelda, I'm Lorenna and can I call you Melda ?" Ujar seorang gadis yang berwajah manis dan jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lorenna. Ilmelda tersenyum dan mengangguk.
"Hi, I'm Melcy and nice to know you" Kata seorang gadis yang manis berada di belakang Lorenna.
"Me too" Balas Ilmelda sambil tersenyum setelah itu dia mengambil tempat duduk di sebelah Lorenna yang sedari tadi mengamit Ilmelda supaya duduk di sebelahnya tambahan pula kerusi itu kosong.
Seorang gadis di sebelah Melcy melemparkan senyuman kepada Ilmelda. Namanya Frandaa, walaupun dia tidak memperkenalkan dirinya tapi Ilmelda tahu kerana dia bajunya terdapat nametag jadi tidak sukar kepada Ilmelda untuk mengetahui nama gadis berkulit cerah itu. Lihat daripada raut wajahnya mungkin dia half malaysia.
"Stand up class"
