05

128 11 1
                                    

8 pagi Isnin itu hujan lebat. Sejuk. Amalia, Vaani dan Harvin tidak henti-henti merungut kerana basah kuyup memandangkan tadi Amalia menaiki motosikal manakala Vaani dan Harvin berjalan kaki.

Peperiksaan Semester 3 iaitu semester terakhir sudah habis minggu lepas, namun mereka hadir ke sekolah untuk mengulang kaji bagi peperiksaan ulangan Semester 1 dan 2, yang bakal bermula Rabu nanti. Tiada guru yang memaksa. Mereka sendiri hendak datang. Kerana mereka ada hal penting yang perlu dibincangkan, selain berkenaan mata pelajaran Pengajian Am.

"Jadi, macam mana?" soal Joshua, sedikit gelisah. Kalau boleh, memang dia tidak mahu. Silap dia sendiri; setuju dengan cadangan Harvin dan Ling hari itu.

"Sejujurnya... Entahlah... saya ingat nak siasat."

Joshua tidak berkata apa-apa mendengarkan keluh Amalia. Dia seperti terdengar bunyi derap kasut basah di luar kelas. Harap-harap tiadalah guru yang hendak masuk ke kelas, suka-suka menawarkan diri untuk mengajar topik-topik panas peperiksaan.

"Aku sendiri terfikir balik betapa bahayanya kalau kita nak pergi menyiasat... Aduhai."

Ling angguk sahaja dengan kata-kata Harvin. Dia pun sama juga.

"Aku pula, dah terfikir nak cari Haizat!" tawa Vaani yang memang kedengaran sangat seperti dibuat-buat.

"Nur?"

"Joshua, saya... Saya tak pasti..."

Joshua membawa badan ke hadapan, tidak lagi bersandar. Tidak pasti? Maksudnya, Nur juga mahu cari Haizat. Nur juga mahu siasat, walaupun tempoh hari dia tidak bersetuju.

Persoalannya sekarang, Nur lebih mahukan yang mana? Siasat atau tidak?

Seperti dapat membaca setiap butir kata di minda Joshua, Nur menghela nafas, menjawab. "Sebenarnya saya nak cari Haizat. Saya betul-betul nak. Cuma... saya takut pilihan ni pilihan yang salah."

"Then, I guess," tenang Joshua ujarkan sambil dia meraut mukanya yang jelas sekali nampak gelisah, "kita siasat."

"Maksud awak...-"

"Yup, memang semuanya dah sepakat nak cari Haizat. Cuma tinggal saya yang belum beri keputusan. So... yeah, saya setuju."

Buat seketika, kesemua mereka tersenyum.

"Tapi... kenapa awak setuju?"
Soalan yang ditanya Vaani itu dituju kepada Joshua, tetapi entah kenapa orang lain yang beria jawab.

"Dia macam, nak kata yang Haizat tu tak ada fungsi untuk negara, dan tak ada siapa yang mahukan Haizat!"

Mendengarkan kata-kata serak Harvin, Joshua menunduk. "Sebab Haizat tak ada keluarga, tak ada emak ayah, tak ada saudara terdekat. Dan tak ada siapa yang nak gesa polis supaya teruskan cari Haizat, sebab tu kut, mereka nak tutup kes."

"Tiada siapa? Habis tu, kita ni??"

Jeritan Ling senyaring selalu, suka menjerit di sebelah telinga, buat Joshua rasa menyampah seperti biasa. Tetapi dia benar-benar tiada tenaga hendak memarahi. Malas sebenarnya.

"Saya pernah call pihak polis." Joshua geleng-geleng. Masih dia ingat balasan jahanam dari pihak polis. Kalau boleh, mahu sahaja dia saman sesiapa yang menjawab panggilan itu. "Polis... seperti tak ambil kisah. Sebab kita hanya 'kawan' Haizat. Dan kita masih bersekolah."

"Polis tak hormat permintaan kita sebab kita hanya budak sekolah? What the f-- !" Amalia jadi geram.

"Huh... lagi pula dah terlambat. Kes tu dah tutup. Tak ada apa yang kita boleh harapkan..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAIZATWhere stories live. Discover now