02

132 16 0
                                    

  "Mana bilik dia?"

  "Tu mungkin."

  "Jom."

  Remaja perempuan cina bertocang ponytail itu terus sahaja berlari di sepanjang koridor. Tidak dia kisah dengan jegilan para jururawat yang berada di sekeliling. Ling hanya mahu terus berjumpa dengan Nur.

  "NUR!"

  Semua mata terpaku pada Ling di muka pintu. Kalau bukan kerana mereka di hospital, sudah lama Joshua menengking Ling.

  "Hai, Ling, Vaani. Oh yo, Amalia."

  Terus sahaja Ling dan Vaani memeluk Nur kuat. Amalia mendekati katil Nur, duduk di kerusi selepas Harvin bangun dan menawarkan tempat duduknya kepada Amalia. Bilik wad perseorangan itu kecil sahaja dan tidak mempunyai banyak kerusi.

  "Kau okey?"

  "Okey je. Luka besar, tapi nasib baik organ dalaman aku masih okey."

  "Nur. Kau okey?"

  Soalan Amalia yang diulang lagi menerima pandangan mata semua orang. Nur juga. Nur tahu, dia tidak pandai menipu atau menyorok benda daripada Amalia. Gadis bertudung berkaca mata bulat itu, rakan baiknya. Memang, antara tiga orang girl best friendsnya, Amalialah yang terbaik.

  Matanya berkaca. Nur tak mampu berselindung lagi.

  "Semuanya... semuanya salah aku... Kalaulah aku melawan betul-betul... a-aku...-"

  "Bukan salah awaklah!" Harvin yang bersandar di dinding, terus mara ke katil, "Awak berani, awak tak takut berdepan dengan lelaki tu. Awak dah buat yang terbaik untuk halang dia-"

  "That's where you are wrong! Tak, saya tak buat yang terbaik! Saya terleka!... S-Saya..."

  Nur cepat-cepat menunduk. Terbit rasa bersalah di hati mereka kerana membuat si pesakit menangis. Baru saja datang melawat, sudah buat pesakit begini.

  Buat seketika, keadaan menjadi bungkam.

  "Entah apa yang Haizat lalui sekarang ni disebabkan saya. Macam mana kalau sekarang dia kena seksa? Macam mana kalau sekarang dia dah kena bu--"

  "Nur! Janganlah cakap macam tu... Bukan salah awak, Nur." Perlahan kedua tangan Nur yang sudah dicucuk jarum IV digenggam Vaani. "Haizat will be alright. Haizatlah yang paling pandai dalam kelas kita; mesti dia baik-baik je sekarang ni."

  Bahu Nur menggigil. Semua apa yang diperkata Harvin dan Vaani langsung tidak diterimanya. Mereka tidak tahu. Mereka langsung tidak tahu.

  "Sorry,... b-boleh tak kauorang-..."

  "Oh o-okey. Sorry." Joshua melangkah ke luar bilik, sekali dengan Harvin. Ling dan Vaani juga, setelah mereka memeluk Nur sekali lagi. Amalia yang terakhir keluar.

  Meski hawa dingin mengelilingi mereka sudah lama, baru sekarang mereka rasa betapa sejuknya suasana. Di koridor itu mereka bersandar di dinding. Vaani sudah hampir hendak menangis. Dua orang jejaka berpeluh tubuh, mengeluh beberapa kali, Amalia juga. Ling resah kerana banyak sangat persoalan yang berlegar di mindanya.

  "Sudah berapa hari dia tak sedarkan diri?"

  "Hampir dua hari." jawab Joshua, pendek.

  "Kau nampak ke, apa yang berlaku masa Haizat kena culik?"

  Joshua mengangguk perlahan. "Tapi aku hanya nampak Nur kena tikam dari jauh, apa yang berlaku sebelum tu aku tak tahu langsung."

  Ling menyilang tangan. "Nur kata, dia terleka?"

  Tiada siapa menjawab, menandakan tidak seorang pun tahu jawapannya.

  Masing-masing tahu Nur mempelajari asas seni mempertahankan diri. Dia sepatutnya boleh sekurang-kurangnya melepaskan Haizat dari lelaki itu. Nur juga seorang yang fokusnya susah untuk diganggu. Jadi apabila Nur kata dia 'terleka', mereka terpempan.

  "I hope she will be okay."

  "Hm."

  "I'm not sure about that. Pihak polis, pihak media semua menunggu nak buat soal-menyoal dekat Nur."

  Berdiri tegak si Harvin. "So, yang ramai berdiri di luar hospital tu, wartawankah??"

  Joshua hanya diam. Harvin dan Ling kemudiannya mula bising dengan rungutan halus.

  "Kita kena ada di samping Nur." Amalia menggumam sendiri, tetapi didengari Vaani.

  "H-Hm... Haizat hilang... Nur mesti sedih."

  Gadis bertudung itu terus memandang Vaani. Tajam.

  "Ni bukan fasal crush semata. Nur fikir Haizat tak dapat diselamatkan sebab dia 'terleka'. Seorang manusia diculik disebabkan salah dia. Itu yang Nur fikir. Dan kerja kita sekarang ialah menafikannya."

  Muka Joshua, Ling dan Harvin juga ditenung satu per satu.

  "Saya tahu kita semua sedih fasal kehilangan Haizat. Sedih, sakit hati, marah, rindu... semua ada.
Tapi Nur rasa lagi teruk. We must be there for her."

  "S-sorry,... Amalia."

  Amalia mengambil nafas. Tangannya menutup dahi. Ah, dia tak dapat kawal amarahnya lagi.

  "Uh, tak, Vaani... Sorry sebab tiba-tiba marah."

  "But you are right. Entah apa yang Nur lalui sehingga dia kata dia 'terleka' dan menyalahkan diri sendiri. Kita tak tahu tu. Mungkin dia lalui sesuatu yang teruk!"  bersemangat Ling berkata-kata.

  Harvin juga begitu.  "And we must be there for her, till she gain the strength she needs!"

  Kesemua mereka mengangguk setuju. Ada senyuman kecil di wajah mereka.

  "For now, kita perlu biarkan Nur bertenang dulu. Jangan tanya macam-macam fasal kejadian tu.

...Which also means kita kena tunggu Nur ditemu ramah oleh polis. Selepas tu barulah kita boleh tahu apa yang berlaku sebelum dia kena tikam."

Mereka beri angguk senyap lagi.

"Brbrbrbrrrrrb"

  "B-bunyi apa tu?"

  "Ehehe sorry. Lapar." Si gadis cina menggosok-gosok perutnya. Gaya tak serupa cantik dengan rupa. Joshua menepuk dahi.

  "Samalah." ujar Harvin. "Don't you too, Josh? Kita datang awal tadi sampai tak sempat makan bersama-sama..."

  "Don't call me Josh. And why are you acting like we should've eat together?"

  "Aw, janganlah camni, Josh. We should try it sometimes-"

  "DIAM."

  "Bahahahahaha! I ship!"

  "JUST SHUT UP, LING."

  "Apa kata kauorang pergi makan dulu daripada terus memekak dekat sini?" Amalia naik angin.

  "Haah. Pergilah makan cepat, kejap lagi cikgu datang nak lawat Nur juga."

  Joshua membeliakkan mata.

  "'Cikgu'?"

  Vaani terkebil-kebil. "Kitaorang ajak Cikgu Rahim sekali. Saya ingat Harvin dah beritahu?"

  Harvin berkata sesuatu dalam Bahasa Tamil sambil menahan ketawa. Si gadis India yang innocent terus jadi ganas membelasah Harvin.

  Ling tak mampu berhenti gelak melihatkan wajah pucat Joshua.

  "Eh, macam kenal?"

  "Hai, cikgu."

  "Cikgu!!"

  "Kenapa, rindu sayakah? Maaflah saya hanya rindu pada dia seorang..."

  Lelaki separuh umur itu membuat-buat muka, menunjuk-nunjuk kepada Joshua. Muka Joshua makin pucat.

  'Why of all people, after Ling and Harvin... there must be him?'

HAIZATWhere stories live. Discover now