01

173 20 1
                                    

  Lari.

  Larinya pantas. Kekadang perlahan, supaya dia tidak terlalu mengambil perhatian orang.

  Pagar sekolah yang terbuka luas, hanya dalam 10 meter di hadapannya. Dia lari lagi.

  "Nur!"

  "Oh no."

  Harvin berlari anak mendapatkan Nur yang sudah membongkok, mencungap-cungap pegang lutut. Nur tertangkap juga akhirnya. Harapnya Harvin takkan beritahu guru.

  "Ponteng kelas Biologi?"

  Nur angguk, tersengih-sengih. "Awak pula?"

  "Samalah. Sekarang ni dalam kelas, tinggal Vaani dan Joshua saja."

  "Kasihan, Joshua tu mesti kena paksa dengan cikgu. Vaani pula sedar dia perlu belajar lebih. Bukan macam kita."

  Tawa terhambur. Mereka berjalan perlahan ke pagar.

  "Bukankah awak balik sama-sama dengan Vaani? Tak tunggu diakah?" tanya Nur.

  "Tak mahulah. Saya nak tengok TV show kegemaran saya."

  "Ish, sanggup tinggalkan childhood best friend semata-mata favourite TV show!"

  "Hahaha terpaksalah! Dekat Youtube tiada show tu." Remaja India kacak dengan jambang nipis itu melihat jam tangannya sekilas, kemudian mula mengatur langkah pantas ke hadapan Nur.

  "Saya pergi dululah, ya! Awak datinglah dengan Haizat!"

  "A-Apa?"

  Serta-merta Nur menoleh ke sebuah pondok depan sekolah, di kanannya. Haizat di situ, sedang bersendirian bermain telefon bimbitnya.

  Patutlah.

  Nur menjegil sahaja kepada Harvin yang tersengih-sengih melambainya dari jauh.

  Nafas dalam diambil. Nur melangkah biasa ke pondok.

  "Hai, Haizat."

  "Oh, uh, hai. Ponteng kelas Biologi juga?"

  Nur tersenyum dan mengangguk-angguk. "Malas sebenarnya menghadap cikgu. Tak habis-habis dengan anime dia."

  Haizat tersenyum, hampir tergelak. Pun matanya masih terlekap pada skrin telefon bimbitnya. Angin yang agak kuat menggerakkan rambut ikal mayangnya, yang panjang hampir mencecah kaca matanya.

  "Kau pula? Kenapa ponteng?"

  "Ada hal sikit aku nak kena buat kejap lagi." Haizat menggosok-gosok tengkuknya.

  "Oh."

  Hati Nur rasa macam mahu meletup waktu itu. Dia jarang berbual dengan Haizat. Sejak mula berada di Tingkatan 6 tahun lepas sehinggalah sekarang, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu memandang muka masing-masing. Apatah lagi berbual kecil. Mereka berdua lagipun memang jenis pemalu dan pendiam.

  Kad matrik yang tergantung di lehernya dimain-main. Nur sebenarnya dari dulu menaruh hati pada Haizat. Semuanya disebabkan insiden terlanggar di pintu kelas. Nur berlari hendak keluar kelas, Haizat pula hendak masuk.  Hasilnya terjadilah pelanggaran. Sejak itu, kelas kecil mereka terus menyakat-nyakat mereka berdua, mengatakan mereka bercinta. Padahal tidak pun pada waktu itu.

  Itu, waktu dulu. Lama kelamaan, Nur sendiri terpikat.

  Nur malu, jadi dia merahsiakannya. Namun pastinya rakan-rakan baiknya seakan-akan mendapat klu-klu kecil fasal itu.

  "Erm, kau tunggu siapa?" Nur baru sedar. Selalunya Haizat akan berjalan kaki untuk balik. Mengapa dia tunggu di pondok bas?

  "G-Grabcar."

  "Oh..."

  Guruh tiba-tiba berdentum, mengejutkan mereka berdua. Baru mereka perasan langit sudah kelabu.

  Haizat mengeluh. Dia tahu sudah sampai masa untuk pergi.

  "Aku nak balik dah." Haizat berdiri.

  "O-Oh. Grab dah sampaikah?" Nur menoleh kiri kanan mencari sebarang kereta di jalan depan sekolah.

  "Tak. Aku cancel. Aku jalan kaki sajalah."

  "Oh okey. H-Hati-hati, nak hujan dah ni."

  "Okey- eh?"

  "Kenapa?"

  Dengan wajah cuak, Haizat menyeluk-nyeluk semua poket seluar slacknya.

  "Dompet aku tiada."

  "M-Mungkin dekat makmal Bio kot? Mata pelajaran terakhir kita Bio tadi." Nur cuba menolong.

  "Oh yalah. Aku nak pergi cari-- emph!"

  Tiba-tiba mulut dan hidung Haizat diserkup dari belakang.

  Nur hampir kaku. Ada lelaki kurus dan kusut-masai di belakang Haizat...

  Cepat-cepat Nur bangun dan menolong Haizat. Kaki lelaki itu disepak-sepak, namun Nur ditolak jatuh lelaki itu. Nur bingkas lagi, cuba membuka rangkulan lelaki kotor itu dari leher Haizat. Rontaan Haizat masih kuat. Nur menjerit minta tolong sekuat mungkin.

  Nur ternampak air botol besi miliknya dari ekor mata. Dia ambil, hendak hentam pada kepala lelaki itu. Ketika itulah dia terlihat sesuatu pada kulit leher lelaki itu...

  Dan gangguan itu memberi padah kepada Nur.

  "A-Ah..."

  "!!"

  Lelaki itu menumbuk Haizat di perut, terus dia jatuh longlai. Haizat diseret pergi.

  Hujan mula turun. Darah berada di jalan tar, mengalir masuk ke lubang saluran longkang di tepi jalan.

  "Nur!"

  Joshua berlari dari pagar sekolah terus ke Nur. Dia menelan air liur melihat darah yang banyak pada baju kurung Nur.

  "Joshua... H-Haizat, dia...-"

  "I know, I know. Awak jangan bercakap, j-just, t-tutup dan tekan luka tu!"

  Nur turuti. Darah masih membuak dari perutnya.

  Menggigil jemari Joshua memegang telefon bimbit, hendak mendail 999.

  "Joshua, I can't... anymore-"

  "Bertahan, Nur! Jangan putus asa!" Joshua dail lagi.

  "You look... cool... under the rain... Ha ha..."

  "Jangan bercakap, N- Nur?
Nur!

Nur!!!"

HAIZATWhere stories live. Discover now