13

5.2K 747 23
                                    

Serial Killer | JJK

Jungkook menarik pedang yang terhunus di badan mangsa yang sudah terbaring kaku dihadapannya itu.

Bibirnya tersenyum sinis. Hatinya sudah puas kerana dendamnya sudah hampir terbalas.

Semua orang suruhan ayahnya sudah terbaring kaku di atas lantai. Tubuhnya sudah basah lencun dengan darah.

Jungkook mencium pedangnya yang terpalit kesan darah. Langkahnya diatur laju untuk ke destinasi seterusnya.

Bilik yang menempatkan kamar tidur ayahnya, Tuan Jeon.

"Kau kasi aku parut. Aku hadiahkan kau neraka. Maaf ayah."tutur Jungkook dengan nada dingin.

Dia menghayunkan pedang ke kiri dan ke kanan.

Sebentar sahaja lagi dia akan tamatkan riwayat ayahnya sendiri.

---

Nafas Jungkook semakin tidak stabil. Matanya galak mencari kelibat ayah kandungnya.

Hatinya sudah dicuit satu perasaan kurang enak.

Selimut di atas katil kelihatan bergumpal seakan-akan ayahnya baru sahaja menghilangkan diri.

"D-dia dah tahu tujuan kedatangan aku ke? O-orang tua ni."keluh Jungkook.

Jungkook segera mengalihkan kepala untuk memandang ke belakang.

Dia terduduk melutut ke atas lantai. Hirisan pisau terukir pantas di pipi sebelah kanannya.

Jungkook mendengus geram dan menghalakan pedang yang kotor dengan darah itu ke arah ayahnya.

Tuan Jeon mara ke hadapan Jungkook. Pisaunnya dengan kejam menekan lembut parut ciptaannya di bahu Jungkook.

"Tak cukup lagi ke dengan parut tu? Aku akan bunuh kau!"jerit Jungkook.

Matanya semakin tajam memandang Tuan Jeon. Ayahnya berlipat ganda lagi licik dan kejam daripada Jungkook.

Tuan Jeon menerkam tubuh badan Jungkook. Mereka saling bergelut untuk menumpaskan diri masing-masing.

Tangan Jungkook terketar-ketar mencapai pedang yang berada berdekatan dengannya.

Wajah ayahnya dipandang bersilih ganti. Hatinya yang sudah gelap mendorong Jungkook untuk menghayunkan pedang secara senyap-senyap.

Bibirnya tersenyum puas. Hatinya menjerit suara kebebasan. Fikirannya sudah mula berfokus kepada hukuman mati yang bakal diterimanya kelak.

"Mangsa terakhir aku adalah kau, ayahku. Selamat tinggal.Jumpa di neraka."

Sekali lafaz, pedang itu sudah mencabut nyawa Tuan Jeon. Darah yang terpercik di sekitar wajahnya hanya membangkitkan perasaan gembira di hati Jungkook.

Dia gembira kerana dendam lama sudah selesai.

🔪💖
A/N: Chapter 14 dan Chapter 15 author minta korang sediakan sekotak tisu. Karang sedih teruk, tak sempat author nak pujuk. 😭

[C]Serial Killer  | JJKWo Geschichten leben. Entdecke jetzt