11

5.1K 821 18
                                    

Serial Killer | JJK

Jungkook membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat dan sakit seperti dihempap sesuatu.

Jari-jemarinya laju mengurut dahinya. Pening.

Itu yang paling dirasainya setakat itu.

Baru sahaja hendak bangun, pergerakannya terhenti. Jungkook terus memandang tali yang mengikat kedua-dua pergelangan tangannya di katil.

"Kenapa tak bunuh aku terus? Simpan lama-lama. Nanti aku terkam kau juga."ujar Jungkook dengan nada perlian.

Nae Min berdiri di hadapannya lengkap berbaju persalinan Hanbok. Rambut wanita itu yang kemas didandan menarik perhatian Jungkook.

Namun, lelaki itu masih meronta-ronta minta dilepaskan. Matanya hanya menjeling ke arah Nae Min.

"Jung..tak ingat Nae Min ke? Memang dah tak ingat dah ke atau sengaja berpura-pura?"soal Nae Min.

Gelaran Jung membawa Jungkook ke satu imbasan kenangan yang lama.

Ada seorang gadis sewaktu dia kecil. Gadis yang sering memujuknya apabila Jungkook kena pukul.

Bibir Jungkook terketar-ketar menyebut nama panggilan Kim Nae Min yang menjadi kegemarannya pada ketika dahulu.

Dia gemar memanggil Nae Min sebagai MinMin.

"B-bukti apa yang kau ni MinMin aku? Aku tak percaya."bidas Jungkook.

Tangan kanan Nae Min menyentuh parut yang terbentuk di dada Jungkook.

Satu senyuman sedih dilemparkan kepada lelaki itu.

"Parut tu. Kesan yang ayah awak buat. Dia toreh pisau di bahu awak. Nasib baik saya sempat. K-kalau tak, awak takkan selamat Jung."

Jungkook bergelut untuk melepaskan tali yang melilit di pergelangan tangannya.

Hanya tuhan yang tahu perasaannya ketika itu.

Dia sudah tersilap. Nyaris Nae Min menjadi mangsa bunuhannya.

"L-lepaskan aku sekarang. Aku nak sangat peluk MinMin aku."

Mata Jungkook mula berair menahan diri daripada tangisan.

Tapi, diingatkan kepada semua. Pembunuh bersiri sepertinya tidak akan ada prinsip patah balik.

Mangsa masuk perangkap, kematian sudah menunggu.

Jungkook licik.

🔪💖
Done updateuuu. ♥

[C]Serial Killer  | JJKWhere stories live. Discover now