7

5.7K 853 32
                                    

Serial Killer | JJK

Aku merapikan rambut panjangku yang sudah mula kusut dan tidak terurus. Aku memandang penuh kebencian wajahku di hadapan cermin.

Hidupkan seolah-olah terkurung di dalam penjara buatan Jungkook. Entah apa yang dimahukan si Jungkook tu.

Kalau nak bunuh aku, bunuh je lah. Tak perlu tunggu lama. Tak perlu simpan aku di rumah miliknya untuk tempoh yang sudah memakan masa hampir dua minggu.

Bunyi ketukan di pintu segera menyedarkan aku daripada lamunan yang panjang. Seorang wanita yang sudah berusia menunduk hormat kepadaku.

"Tuan Jeon Jungkook sudah tunggu untuk makan malam bersama-sama. Saya bawa puan keluar ye."pinta wanita itu dengan sopan.

Aku tunduk memerhati gaun labuh yang dipakai. Gaun labuh berwarna merah hati pemberian Jungkook itu membuatkan hati aku sedikit riang.

Mungkinkah dia sudah berlembut hati untuk membebaskan aku?

Aku bangun dari katil dan mengikuti langkah pembantu rumah keluarga Jeon untuk menikmati makan malam bersama Jungkook.

---
Nae Min menggosok kelopak mata yang tidak terasa gatal sedikitpun. Wajah Jungkook ditenung dengan rasa gerun.

Badannya yang terundur ke belakang ditahan oleh seseorang. Badan gadis itu ditolak kasar untuk duduk berhadapan Jungkook di meja makan.

Lilin yang terletak di tengah meja dinyalakan api.

Semua pembantu rumah beredar meninggalkan ruang makan.

Hanya tinggal dia dan Jeon Jungkook.

Nae Min menggenggam hujung gaun yang dipakainya. Ditenungnya dengan penuh berhati-hati segala tingkah laku Jungkook.

Jungkook langsung tidak memandang Nae Min. Lelaki kejam itu sedang ralit memerhati biasan wajahnya sendiri di pisau pemotong daging yang sedang dipegangnya.

"Satu, dah mampus. Dua, dah nyawa-nyawa ikan. Mangsa ketiga, baru hendak menjamu selera dengan aku."

Suaranya sinis menyerang pendengaran Nae Min. Gadis itu mencapai pisau pemotong daging di atas meja dan dihalakan ke arah Jungkook.

"Dah ada n-niat nak bunuh saya ke?"

Jungkook hanya menjongketkan kening. Hatinya gembira kerana Nae Min sudah mahu melayan kerenahnya.

🔪💖
Late update. Harap suka. ♥

[C]Serial Killer  | JJKWhere stories live. Discover now