4

6.3K 933 28
                                    

[Serial Killer |JJK]

Aku menaiki kuda yang ditunggang oleh Jeon Jungkook. Nampaknya si pembunuh itu masih tidak serik untuk mengganggu hidupku.

Dia hanya nakkan aku mati. Jadi, aku harus pasrah dengan ketentuan takdir. Hanya tuhan yang berhak tentukan perjalanan hidup aku.

Apabila merasakan tubuh aku menjadi tidak seimbang, dengan pantas jari-jemari aku mencengkam kuat hujung baju lelaki merbahaya itu.

Suara gelakan halus keluar dari bibirnya. Kepala Jungkook masih setia memandang ke hadapan.

"Naik kuda pun dah takut. Bagaimana agaknya nanti kalau pisau aku ni terhunus dekat badan kau? Dasar penakut."perli Jungkook.

Kuda itu berhenti di hadapan rumah kayu yang dihiasi ukiran yang indah. Nampaknya Jungkook bukanlah orang biasa. Mungkin dia berasal daripada golongan bangsawan.

Jungkook melompat turun dari kuda dan aku dibiarkan sahaja duduk di atas kuda tanpa sebarang arahan.

Sempat dia menoleh ke arahku. Hujung bibirnya menyenget dan senyuman jahat terbentuk elok.

"Selamat datang ke keluarga Jeon. Nae Min."

---
Nae Min menelan air liur yang terasa pahit. Anak matanya ligat memerhati beberapa orang yang keluar daripada rumah tersebut.

Orang-orang tersebut berbaris menghadap lelaki itu dan mereka masing-masing tidak lupa untuk menunduk hormat.

"T-tuan Jeon, selamat kembali ke rumah."

---

Getaran yang ada di dalam suara orang asing yang sedang menunduk hormat kepada Jungkook semakin menambahkan debaran di dadaku.

Siapa kau sebenarnya wahai Jungkook?

🔪💖
Setiap hari story ini ada tiga update. Jadual untuk publish chapters tak menentu . Bergantung kepada waktu free saya. (^^)

[C]Serial Killer  | JJKNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ