Watch [24]

234 25 0
                                    

"Chorong-ah! Boleh tunggu kat sini kejap? Aku nak tukar baju kejap" Dia berkata dan Chorong mengangguk. Chorong berjalan mundar mandir di hadapan ruangan di mana para lelaki mengganti pakaian setelah bersukan.

Setelah beberapa minit kemudian. Taehyung akhirnya keluar.

"Jom!" Ujarnya lalu mengambil semula beg yang di berikan kepada Chorong tadi. Langkah di atur sambil berborak kosong. Gelak ketawa juga turut terpapar di wajah mereka.

"Kim Taehyung!" Suara seseorang telah memasuki ruangan telinga mereka. Badan automatik dipusingkan ke belakang. Kang Seulgi. Dia sedang menuju ke arah kami. Tak! bukan ke arah aku tapi ke arah Taehyung. Ya lelaki yang dari tadi bersama Chorong adalah Kim Taehyung. Sahabat dari kecil Seulgi dan juga lelaki yang di sukainya sejak sekian lama.

"Annyeong Park Chorong? Lama tak jumpa. Ingatkan dah berhenti sekolah dah" Dia berkata seperti memerli. Namun senyuman di balas sebelum menepuk bahu Taehyung untuk meminta izin pergi.

Langkah di atur sehingga ruangan kelas 11-1 kelihatan. Baru sahaja dia berdehem di hadapan pintu. Mark dan Gyuri sudah menghampirinya. Padahal mereka berdua tadinya sedang fokus dengan bermain. Bahu Chorong digoncang sambil menyiasat ketidakhadirannya selama ini.

_____________

"Seulgi-ah! Boleh tak kau jangan bercakap kasar dengan Chorong. Tak! Bukan dengan Chorong je, dengan semua orang. Tolong hormat sikit orang sekeliling kau" Perintah Taehyung. Seulgi menundukkan kepalanya seraya mengangguk mengiyakannya. Mereka membisu seketika sehinggalah Taehyung memecahkan kesunyian.

"Wae? Kenapa kau cari aku?" Dia menyoal.

"Kenapa kau tinggalkan aku pagi tadi?" Seulgi pula menyoal. Sejak akhir-akhir ini, Taehyung sering meninggalkannya. Selalunya dia akan menunggunya di hadapan rumah ataupun pondok perhentian bas, kalau tidak pun dia akan memberitahu Seulgi terlebih dahulu sekiranya dia bergerak dahulu.

"Mian! Aku ada latihan basketball pagi ni" Terang Taehyung.

"Kenapa Mark tak pula pergi latihan pagi?" Dia mempersoalkannya.

"Taehyung-ah! Kenapa kau giat sangat pergi latihan basketball sejak akhir-akhir ni? Hoksi... Kau nak join team basketball pergi Amerika tu?" Soalan bertubi-tubi dilontarkan. Taehyung terus menatapnya lama. Sepertinya rahsianya terbongkar.

"Neo jinjiayo?" Seulgi menyoal. Tatapan Taehyung membuatkan dia yakin dengan tekaannya.

"Yah! Eomma dan appa kau tahu kah?" Soal Seulgi lagi.

"Aniyo!"

"Seulgi-ah! Jangan bagitahu eomma dan appa aku. Butakhae!" Taehyung memohon pertolongan Seulgi untuk merahsiakannya. Langkahnya diatur pergi setelah mengusap lembut rambut Seulgi.

Seulgi terkaku. Perubahan Taehyung membuatkan dia berasa sedih. Selalunya Taehyung akan mengikuti kata orang tuanya. Namun, kini tidak. Dia semakin berubah. Dia berani untuk menentukan kemahuannya. Dia semakin matang. Mungkinkah di sebabkan umur yang meningkatkan pemikirannya ataupun di sebabkan persekitarannya. Tak! Adakah disebabkan kewujudan Chorong dalam hidupnya?

____________

Waktu rehat. Mereka berempat mengatur langkah ke kantin sekolah. Chorong memapah Gyuri di sebelah kanan, manakala sebelah kirinya dibantu oleh tongkat.

Meja makan ditujui, sementara Taehyung dan Mark mengambilkan makanan untuk mereka.

Prakk!!

Kerusi dihempas. Perhatian tertumpu ke arah sekumpulan lelaki yang sedang membuat kekacauan itu.

"Mana dia??" Jerit seorang lelaki. Chorong segera melarikan pandangannya. Namun, lelaki itu melihatnya. Dia terus mendekati Chorong. Lengan Chorong ditarik membuatkannya automatik berdiri.

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now