Unexpected [20]

259 28 0
                                    

Warna senja mulai memamah suasana. Suara bass telah menerpa telinganya. Tubuhnya yang terasa lemas itu di paksa untuk duduk tegak begitu juga dengan mencelikkan matanya.

"Eo? Jeoseonghaeyo" dia meminta maaf seusai menguak pintu pada kanan teksi yang di naikinya. Cahaya lampu telah menyinari setiap jalan. Langkahnya di atur perlahan sambil berfikir untuk menyusun ayatnya sewaktu hendak memberitahu ibu dan bapanya akan penyakit yang dihidapi olehnya.

Tokk!! Tok!! Tok!!

Pintu utama diketuk terlebih dahulu sebelum menguaknya.

"Chorong dah balik!!" Dia menjerit dengan nada seperti biasa.

"Eo? Geure! Pergilah naik mandi, lepas tu turun ya" Arah Puan Park. Chorong mengangguk lalu mengatur langkah ke biliknya yang berada di tingkat atas. Badannya di hempas pada tilam. Dia berkhayal sebentar, sehingga membuatkan matanya semakin lama hendak terpejam. Lantas dia menghentikan mengantuknya itu lalu masuk ke bilik mandi.

Setelah itu dia turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Ibunya kelihatan sangat sibuk dengan memasak pelbagai lauk-pauk seperti akan ada tetamu yang datang menziarahi mereka.

"Kita ada tetamu kah eomma?" Soal Chorong hairan. "Ne, family kawan appa kamu datang kejap lagi" Jawab Puan Park. "Kenapa pakai baju macam ni? Pergi ganti! Kita ada tetamu" Arah Puan Park. Langkahnya segera diatur ke biliknya. Dengan kadar segera dia mengganti pakaiannya.

Tap!!

Tap!!

Tap!!

Langkahnya kembali ke tingkat bawah setelah siap mengenakan pakaian sopan.

Sebaik sahaja di hadapan ruang tamu. Langkahnya terhenti apabila melihat Encik Kim bersama isteri dan anaknya Taehyung sedang duduk menghirup minumannya.

"Mari adeul" Panggil ayahnya. Chorong yang kelihatan terkejut segera memperbetulkan raut wajahnya. Dia sempat menunduk hormat kepada Puan Kim dan Encik Kim. Sementara itu Taehyung menatap Chorong dengan raut wajah terkejut. Namun sepanjang berada di meja makan itu, mereka berdua tidak berkata-kata hanya fokus dengan makanan yang berada di hadapan mereka.

Selang beberapa jam. Encik Kim dan Encik Park berbual di ruang tamu. Manakala Puan Park dan Puan Kim berada di dapur. Chorong pula duduk di atas buaian pada beranda sambil melihat langit malam. Bintang-bintang yang berkelipan telah menyinari malam yang gelap. Terasa tenang dalam jiwa membuatkan fikirannya kosong.

"Park Chorong" Suara barritone menyapa telinganya. Dia menoleh memandang pemilik suara itu.

"Boleh aku duduk?" Taehyung menyoal sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Chorong. Anggukkan dibalas sambil tersenyum tawar. Tiada suara yang keluar dari mulutnya namun matanya tetap dengan melihat ke arah langit. Taehyung menatap Chorong terlebih dahulu sebelum melihat ke arah pandangan Chorong.

"Wae? Kau ada masalah kah?" Taehyung memecahkan kesunyian sejurus menatap Chorong. Pandangannya di balas oleh Chorong sambil berkata "aniyo, amugeotdo"

Suaranya yang kedengaran sayu membuatkan hatinya tidak tenang. Dia cuba untuk mentafsir fikiran gadis di sampingnya itu. Namun sangat sukar baginya.

Tiba-tiba Chorong berkata.

"Taehyung-ah! Pada pendapat kau lah mana lebih baik? Mengatakan sesuatu kebenaran yang boleh mengecewakan orang itu atau pun rahsiakan benda tu demi kebaikan kedua belah pihak?"

Taehyung bergumam sebentar sambil berfikir sejenak akan soalan yang dilontarkan oleh gadis itu secara tiba-tiba.

"Pendapat aku lah mengatakan sesuatu kebenaran itu lebih baik tetapi kalau ia memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain lebih baik merahsiakannya" Terang Taehyung. Chorong mengangguk, senyuman pada hujung bibirnya terpapar sambil berkata "Fikiran kau dah macam orang matang dah"

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now