Unpredictable Fate [17]

299 35 0
                                        

Perkara kelmarin masih menyelak langsir ingatannya. Namun dia cuba untuk meleraikannya. Oleh itu, dia berbuat seperti hari-hari biasa. Bersiap ke sekolah, sarapan dan bergerak ke sekolah.

Duit poket pada atas meja sempat di ambilnya sebelum bergerak.

Hari ini, Encik Han yang datang menjemputnya. Pada malam hari, Encik Han akhirnya tiba di Seoul setelah menghantar Ibu dan ayahnya ke Daegu.

Angin bertiup dengan kuatnya. Chorong memerhati ke luar tingkap. Awan yang semakin gelap membuatkan dia menghelah nafas kasar. Nampaknya nasib tidak menyebelahinya sekali lagi. Dia menyandarkan badannya lalu menutup matanya. Penat rasanya seolah-olah tidak bermaya untuk bangun. Tulang belakangnya terasa amat sakit begitu juga dengan perutnya.

Sebaik sahaja tiba di hadapan sekolah. Chorong mengatur langkah segera ke dalam sekolah. Memandangkan cuaca mendung, para pelajar bergegas masuk ke bangunan sekolah.

"Yah! Chorong-ah!!" Jerit Mark. Chorong menoleh kebelakang sambil menunggu Mark dan Taehyung menghampirinya.

"Eo! Awal kau datang hari ni?" Perli Mark seraya menilik jam pada tangan kirinya. Chorong hanya tersenyum tawar. Wajahnya yang kelihatan suram membuatkan Taehyung menatapnya dengan wajah yang sukar untuk di tafsir.

"Taehyung-ah!" Suara lelaki tua telah memasuki gegendang telinga milik mereka. Lelaki tua tersebut datang menghampiri mereka dengan membawa sebuah beg yang berisi baju lebihan.

"Beg kamu tertinggal" Ujar lelaki tua itu kepada Taehyung. Beg yang dipegangnya tadi sudah di letakkan pada tangan Taehyung.

"Annyeonghasaeyo Kim ahjussi!" Sapa Mark di ikuti dengan Chorong. Mereka menunduk hormat kemudian menegakkan badan setelah sapaan mereka dibalas.

"Eo?" Tangan Encik Kim menunjuk ke arah Chorong dan dahinya sedikit berkerut apabila mencuba untuk mengingat wajah Chorong.

"Park Kyungwoo adeul, Chorong imnida" Ujar Chorong lalu tersenyum manis. Encik Kim sudah mengangguk mengiyakannya apabila mengingatinya. Sempat juga dia bertanya tentang appa Chorong sebelum beredar dari situ.

Koridor yang tadinya dipenuhi oleh pelajar kini berkurangan apabila hujan turun dengan lebatnya. Taehyung yang berada di sebelah kanan Chorong hanya menatapnya dengan raut wajah seperti tadi, sukar untuk ditafsir.

"Taehyung-ah! Kim Taehyung!" Suara Mark telah mematikan lamunannya begitu juga dengan langkah kakinya. Chorong dan Mark sudah memandang ke arahnya dengan penuh kehairanan.

"Kenapa dengan kau? Dari tadi tatap Chorong. Wae?" Soal Mark.

"Aaa...ah, macam mana kau kenal appa aku?" Soal Taehyung apabila selesai mencari soalan di benak fikirannya.

"Geunyang, Appa kau pernah pergi rumah aku. Tak silap aku appa kau partner bisnes appa aku" balas Chorong.

"Ooo... Sebelum kau kenal aku atau selepas kau kenal aku?" Soalnya lagi.

"Sebelum aku pindah kelas 11-1, masa tu baru aku tahu kau anak Kim ahjussi" Selamba sahaja Chorong menjawab. Taehyung hanya mengangguk berkali-kali tanda faham.

"Patutlah kau langsung tak ragu-ragu pelawa dia ikut kita sekali. Rupanya kau dah kenal dia" Kata Mark. Chorong berdehem mengiyakannya sambil memaparkan senyumannya.

"Kitorang dah kenal di rooftop lah sebelum berjumpa dalam kelas" Ujar Taehyung dalam hati. Mark di tatapnya dengan wajah tidak puas hati akan kata Mark itu.

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now