"Tak sakit kah noona?" Dia menyoal mematikan lamunan Gyuri. Dia menggeleng kemudian mengangguk. Doktor tersebut melarikan tangannya setelah selesai membalut luka Gyuri.

"Sonsaengnim kaki dia tidak apa-apa kan?" Soal lelaki itu.

"Ya, cuma terseliuh. Seminggu mungkin sihat dah. Cuma jangan banyak bergeraklah. Kalau boleh pergi hospital untuk check up semula" Terang Doktor tersebut. Gyuri mengangguk. Kedua tangannya tiba-tiba dihulurkan ke arah lelaki itu. Namun hanya dipandang.

"Yah! Pimpin aku sampai kelas aku" Perintah Gyuri.

"Kenapa saya yang kena pimpin noona?" Dia mempersoalkan.

"Ne? Kau buat kaki aku macam ni"

"Tapi... Saya dah hantar noona pergi bilik sakit. Maksudnya kita tak hutang satu sama lain kan" Jawapannya membuatkan Gyuri terdiam tak terkata. Memang wajar jawapan lelaki itu. Gyuri hanya mengangguk lalu tangannya digoyangkan mengusirnya.

Akhirnya dia berdiri sendiri dan mengatur langkahnya. Namun, kelibat lelaki itu kelihatan di hadapannya. Lantas memapahnya. Senyuman mekar dibibirnya. Namun sebab lelaki itu membuat U turn bermain di fikirannya, sehingga dia bertanya.

"Kenapa kau datang balik?" Dia bertanya dengan pipi merona merah.

"Baru saya ingat, tadi noona yang bagi petunjuk suruh bawa pergi bilik sakitkan. Maksudnya saya still hutang dengan noona. Dan saya datang balik ni untuk lunaskan hutang saya" Selambanya menjawab. Senyuman senget terpapar mendengar jawapan lelaki itu. Mengharapkan sesuatu memang tak berhak baginya. Kenapalah kau mudah jatuh cinta Jang Gyuri.

Sebaik sahaja tiba di hadapan kelas. Gyuri terus mengucapkan terima kasih.

"Yah! Harap kita tak berjumpa lagi" Ujar Gyuri dengan nada datar dan lelaki itu mengangguk setuju kemudian berlalu pergi. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Gyuri terus mendengus kasar lalu memanggil seorang rakan sekelasnya untuk membawanya ke tempat duduknya.

___________

[Rumah Chorong]

Chorong duduk memeluk lutut di atas katilnya. Dia termenung lama apabila kemoterapi tiba-tiba di batalkan. Bukan sebab dia yang batalkan, malahan tidak dapat dijalankan kerana penyakitnya sudah tidak dapat di ubati dengan mesin tersebut.

Flashback

Tarikh kemoterapi Chorong sudah di tetapkan. Chorong akhirnya mempersiapkan dirinya. Namun, tiba-tiba doktor Jin memanggil kedua ibubapa Chorong dan menunjukkan sehelai kertas yang membawakan berita buruk. Hasil pemeriksaan kedua kesihatan Chorong sangat memberangsangkan. Dia tidak tahu ingin berkata apa selain meminta maaf dan memberikan nasihat.

Setelah itu, kedua ibubapa Chorong datang memberitahu berita tersebut. Senyuman hanya di paparkan sambil mengeluarkan kata-kata untuk menenangkan kedua orang tuanya.

End Flashback

Tok!!

Tok!!

Tok!!

Pintu diketuk dan Chorong menyuruhnya masuk. Segelas air putih dan sebotol ubat di bawa. Ibunya duduk di samping tilam lalu menyuruhnya memakan sebiji ubat itu.

"Mianhae!" Ujar ibunya. Chorong yang selesai menelan ubat itu dan meneguk air, terus memandang ibunya sambil menggeleng. Ibunya memeluk erat tubuh gadis itu.

"Gwaenchana eomma! Doktor Jin kata, ubat ni pun dapat membantu perkembangan kesihatan Chorong. Kalau Chorong tepati masa, tak mustahil kesihatan Chorong tak membaik. Nan jinjia gwaenchana eomma" Dia cuba menenangkan ibunya. Belakang badan ibunya diusap perlahan.

____________

Malam berganti hari. Embun pagi kelihatan menyemarakkan lagi kesejukan di pagi hari. Chorong yang selesai menyarungkan pakaian sekolahnya sudah mengatur langkah ke sekolah terlebih dahulu. Pada mulanya ibu dan ayahnya melarangnya untuk berjalan bersendirian kerana takut ada apa-apa yang terjadi sewaktu dalam perjalanan. Namun Chorong memaksanya kerana ingin bersenam katanya di pagi hari. Sebagai orang tua mereka hanya menyokong kemahuan anaknya itu.

Setiap perjalanannya di sambut dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

"Eo! Noona!" Tegur Guanlin yang baru sahaja selesai membeli kuih pau di gerai. Chorong memandangnya datar lalu menyambung perjalanannya. Guanlin yang belum sempat memakan pau tersebut terus meletakkanya di telapak tangan Chorong.

"Peliklah rasanya bila noona jalan kaki. Selalunya noona naik kereta" Perlinya.

"Wae? Aku tak boleh kah jalan kaki?" Sentapnya.

"Takdelah. Cuma pelik" Ujarnya lagi.

"Yah! Lai Guanlin!" Jerit seorang lelaki yang berpakaian selekeh. Kelihatannya sekumpulan lelaki itu seperti samseng jalanan. Chorong yang baru melihat ke arah Guanlin tidak sempat berkata-kata kerana sudah di tarik mengikutinya. Awal pagi lagi mereka terpaksa marathon untuk melarikan diri.

Lorong yang paling dekat untuk ke sekolah di ambil. Pagar belakang sekolah pula di panjat kemudian menyambung larian sehingga ke kawasan yang ramai orang.

Nafas yang tercungap-cungap diatur. Sebelum dia membuka kata. Wajahnya kian merah merona, tubuhnya pula kian berpeluh kerana melalui hari yang sukar. Rasanya lebih baik menaiki kereta berbanding berjalan kaki.

"Yah! Kau buat apa sampai kena kejar dengan samseng jalanan tu?" Chorong memarahinya. Namun Guanlin memeluknya kemudian pergi. Soalannya dibiarkan tergantung begitu sahaja. Dia terus berjalan ke paip yang berdekatan. Mukanya di bilas dengan air kemudian mulutnya di masukkan air untuk membasahkannya

"Park Chorong!" Sergah seseorang mengejutkannya. Air pada mulutnya akhirnya memancur mengenai wajahnya.

"Yah!" Ujarnya tegas. Chorong pula sudah tertawa terbahak-bahak.

"Mian! Mianhae!" Ujarnya apabila ketawanya mula reda. Tisu dikeluarkan dari poketnya kemudian mengelap wajahnya.

"Yah! Kenapa kau tak datang sekolah seminggu ni?" Soalan yang dari tadi terpendam akhirnya dikeluarkan.

"Ada masalah keluarga sikit" Ujarnya.

"Mian! Tak bagitahu korang" Tambahnya lagi.

"Arrasseo. Tapi lain kali bagitahu kitorang. Kalau boleh benda macam ni takde lagi lain kalinya" Katanya dan Chorong hanya tersenyum.

____________

[TBC]

Vote... Comment...

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now