Part 16• Camping II

91 8 9
                                    

"Camping?!"

Murid-murid di sekitar kantin itu memandang mereka tatkala kawan-kawan mereka itu menjerit. Mereka bertiga memandang sekeliling apabila merasakan diri mereka diperhatikan.

"Tak payah lah jerit" kata Qasha

"aku rasa malu sekarang" kata Shahrul apabila terasa semua murid di kantin itu memandang mereka.

"Alah kau ni, cam tak biasa pulak"

"Kenapa bagi tahu kitorang pasal camping ni?" tanya Athirah. Firash senyum ada makna disebaliknya.

"Jangan kata nak suruh kitorang pergi?!" Fatin mencelah.

"Exactly!! Jom pergi camping?"

"Tak nak! Aku tak suka pergi camping" kata Ain.

"Camping is not my style" sampuk Nathifa sambil menyambung balik aktiviti makan nya.

"Letih lah pergi Camping" Athirah mencelah

"Aku malas nak pergi camping kottt" kata Fatin mengeluh berat

"JOM PERGI!" kata Nab dengan teruja. Firash dari muka sedih apabila mendengar jawapan yang lain terus teruja juga. Akhirnya ada juga yang nak pergi.

"Kau biar betul Nab?" tanya Athirah kepastian.

"Betul lah, aku nak pergi camp tu" jawab Nab selamba.

"Okayyy, jom pergi ambil borang tu" kata Firash lalu mengajak Nabila mengambil borang kem itu di dalam bilik guru.

Qasha dan Shahrul hanya melihat Firash yang berlalu pergi bersama Nab mengikut dari belakang. Ain, Athirah, Fatin pun sama. Melihat kepergian kawannya seorang itu berlari pergi ambil borang. Terkejut jugak lah bila nampak Nab hampir terlanggar orang, tapi apa dia kesah.

"Korang tak nak pergi?"

Athirah dan Ain menggeleng.

Nathifa tidak menjawab.

Fatin masih lagi melihat kepergian Nab dan Firash yang sudah hilang.

"Aku rasa aku pergi kem tu"

Qasha mengangkat keningnya pada Fatin. Shahrul menggulingkan biji matanya tanda annoyed dengan Fatin. Tadi kata tak nak pergi.

Ain dan Athirah melihat Fatin dengan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Fatin sebenar tadi. Nathifa yang sibuk makan pun berhenti seketika memandang Fatin dengan reaksi pelik.

"Kau nak pergi?" tanya Ain.

Fatin mengangguk.

"Tadi kata tak nak" kata Qasha.

"Tadi, sekarang nak"

"Dah kenapa tiba-tiba ni?" tanya Nathifa.

"Sebab takkan nak biar Nab pergi sorang-sorang. Siapa nak jaga dia kat sana nanti? Hilang nanti budak tu" jawab Fatin terus-terang.

Bukan dia nak sangat pergi kem tu tapi melihatkan Nab seorang sahaja mengikut budak sebelas tu pergi kem, dia tak dapat meyakinkan dirinya yang Nab akan baik-baik sahaja.

"Macamlah diorang tak dapat jaga Nab tu. Nab tu dah besar lah" kata Athirah lalu menyambung makan nasi lemak nya.

"Haah Fatin. Kitorang boleh jaga si pendek tu. Tak hilang lahhh" kata Shahrul.

"Aku tak percaya. Aku tetap akan pergi" kata Fatin dengan tekad.

Keputusan nya sudah muktamad.

Shahrul dan Qasha saling berpandangan. Nathifa hanya menggelengkan kepalanya. Ain mengeluh berat. Athirah takde apa apa reaksi. Dah kalau tu keputusan dia, suka hati dia lah

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now