1• New Student

511 13 3
                                    


"Nab.."

"Ye?"

"Kau kat ne? Bila kau nak sampai ni? Berjambang kitorang tunggu tahu tak?!"

"Hehehe, alahh, sorry lahh. Aku ada hal kat rumah ni"

"Acah lah kau!Baik kau datang cepat sebelum aku yang jemput kau kat sana!" jawab Fatin selepas merampas phone Ain. Ain yang call dia yang rampas ambil. Singa Tak Guna memang macam itu gaya nya.

"bagus! Jemput aku sekarang! Aku malas nak keluar berjalan ni"

"Yee, memang kau akan dijemput. Jemput oleh malaikat maut!" jerit Ain kembali. Semua yang ada dalam surau sekolah itu terkejut dengan jeritan Ain yang tiba tiba. Kepala Ain diketuk sedikit oleh Fatin. Terlalu kuat sehingga kan pelajar yang ingin menunaikan solat zohor pada waktu itu tidak khusyuk.

"Uish, lek ahh.. Jap... Call nanti.... Ada orang ketuk rumah aku"

"Wehh Nab! Bangang lah Nab! Dia end call pulak" kata Ain.

"How?" tanya Athirah yang sedang melipat telekung kembali selepas solat tadi dan dimasukkan ke dalam almari. Nathifa yang sedang memakai tudung nya hanya mendengar.

"How pebenda nya? Dia sampai, muka dia sasaran aku baling kasut nanti" Ain memakai stoking nya sambil diperhati oleh Fatin.

"Apesal pandang aku macam tu?" tanya Ain apabila mendapati yang Fatin memandang nya.

"Takde apa. Saja" Fatin mengalihkan pandangannya ke cermin untuk membetulkan tudung nya yang tak sempat siap betulkan tadi. Sibuk nak Join marah Nab dalam Phone tadi.

"Jom lah, nanti Cikgu Heazah marah pulak kita lambat"

"Sabarlah, kelas tambahan start 2.30. Baru pukul 2 kott"

"Yelah, nak makan lagi. Korang dah lah makan lambat" kata Nathifa lalu meninggalkan mereka bertiga di dalam surau. Nathifa mengambil kasutnya di rak kasut dan memakai nya. Dia duduk di bangku dan memakai kasut dan mengikat tali nya.

"assalamualaikum"

Tangan yang tadi lincah mengikat tali kasut tadi berhenti seketika. Kasut berwarna hitam di hadapan nya mengambil perhatian nya. Nathifa mendongak ke atas dan seorang lelaki berpakaian PJK sedang melihat ke arah nya.

"waalaikum salam. Ye ada apa?" tanya Nathifa.

"Saya nak cari Ustazah NorFarizah. Ustazah ada kat dalam ke?" tanya lelaki itu.

Nathifa hanya mengangguk dan lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam surau. Nathifa menyambung memakai kasut nya balik. Tapi perbuatannya terhenti apabila seseorang menegur nya kembali. Sempatlah jugak mencarut dalam hati.

" Eh, Kau!" kelihatan tiga orang lekai berpakaian PJK juga mendekati Nathifa.

"Aku ke?" tanya Nathifa sambil jari telunjuknya diarahkan pada diri sendiri.

"Haah, kau! Ada nampak tak lelaki baju pj, tinggi,kurus,kulit putih, muka cam ala ala-"

"Dia kat dalam surau" Nathifa menunjuk ke arah dalam surau.

"Okey, terima kasih. Nanti aku belanja kau aiskrim" kata murid lelaki itu sebelum dia dan kawan kawan nya berlari masuk ke dalam surau.

"Aku tak kenal pun kau, kau nak belanja aku aiskrim?" kata Nathifa seraya menyambung mengikat tali kasut nya.

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now