4•My Love

177 9 2
                                    

Athirah menulis nama murid yang datang lewat ke sekolah di hadapan pagar besar sekolah. Ramai murid yang beratur di tepi sebab lambat. Itu ialah murid murid yang pergi melepak dulu baru nak masuk sekolah. Nanti dah masuk sekolah tak masuk kelas pulak. Pergi lepak tempat lain pulak. Baik tak payah datang sekolah. Buat susah kan orang jee kerja.

"Nama?" tanya Athirah tanpa melihat ke arah murid murid itu. Sebab dia dah malas nak bersemuka dengan orang yang sama tiap tiap hari. Dah hafal dah nama dgn muka tapi saja tanya lagi.

"Firash Haldane kelas 4 Cahaya"

"Okay, dah boleh pergi" kata Athirah sambil menulis lagi.

"Eh salah tu!" kata murid lelaki itu tiba tiba. Athirah terkejut apabila dia di salahkan. Semua orang yang ada di situ memandang pergi.

"Kenapa? Ape yang salah?" tanya Athirah. Selepas itu, murid lelaki itu menunjuk ke arah buku nota kecil milik Athirah berwarna putih. Nama nya yang ditulis itu ditunjuk nya.

"Ni, ni, ni. Salah ni!"

"Yelah, Ape yang salah nya?" tanya Athirah menahan marah. Dah lah buat terkejut, lepas tu buat orang tertanya tanya, lepas tu buat kecoh pulak kat depan pagar ni. Tahu tak belakang kau tu ramai lagi orang yang nak kena ditulis nama nya?

"Nama aku tu salah eja lah!" kata murid lelaki bernama Firash tu.

"Ape yang salah nya?cuba bagi tahu"

"Haldane. H.A.L.D.A.N.E. Haldane. Bukan Haldan!"

"Yelah yelah! Dah blah!" terus Athirah menambah huruf E di antara huruf N dengan nombor 4 memandang kan sebelah nama nya ialah nama kelas.

"Eja nama orang pun salah. Macam mana boleh jadi pengawas ni?" kata murid lelaki itu sambil melangkah oergi. Walaupun dia kata perlahan je, tapi setiap bait kata kata dia tu dapat didengar jelas oleh Athirah.

"Eyy budak tu kan..... Melayang jugak kasut ni kat muka dia tu" ngomel Athirah sambil menulis nama pelajar lain.

"Ape kau bebel bebel ni?"

"Kau buat aku terkejut lah Nab!" Athirah sekali lagi terperanjat. Tetapi nasib dia boleh kontrol. Depan murid lain kott...

"Sorry... Tak nak masuk kelas ke?"

"Nampak tak aku tengah tulis nama budak lagi ni?"

"Nampak"

"Kau tanya lagi buat apa?"

"Masalah nya sekarang dah takde budak lewat. Sekarang dah pukul 8 wehh... Masa pertama sekarang Math. Jom kita belajar math!" kata Nab sambil menarik tangan Athirah. Athirah terpaksa akur dan mengikut kata kawan nya itu. Nasib baik kawan kalau tidak dah sekeh kepala tu.

" Muak dah aku belajar math"







📚📚📚






"Sape yang tak simpan balik buku ni! Memang menyusahkan aku betullah!" jerit Nathifa perlahan. Kalau boleh nak jerit je tetapi memandangkan dia berada di dalam perpustakaan sekolah, dia tak boleh melepaskan begitu sahaja. Penyebab utama kenapa dia menjerit ialah sebab ada murid yang tak bertanggungjawab ni pergi langgar dia tadi masa masuk ke dalam perpustakaan ni. Lepas tu tak mintak maaf. Kalau dia Fatin, mesti rambut dah ditarik. Tetapi dia Nathifa bukan Fatin. So, jangan mengharap yang Nathifa akan buat perangai macam Fatin.

Penyebab kedua dia adalah sebab beberapa buku berada di atas meja begitu sahaja. Tidak punya tuan, hanya sendiri di atas meja. Nampak sangat orang baca tapi tak letak balik. Pandai ambil, pandai lah letak balik!

"Hey hey hey!" jerit Nathifa. Okay kali ni jeritan dia bukan dia simpan. Dia keluar betul betul. So, orang pandang dia kat situ. Tak ramai sangat pon orang. Lima je. Nathifa mendekati seorang murid lelaki yang tinggi. Murid lelaki itu yang memegang sebuah buku tebal hanya memerhati Nathifa yang sedang menuju ke arah nya.

"Ye?" tanya Murid itu

"Kenapa letak kat situ? Nampak tak tulisan dekat rak ni?!" kata Nathifa sambil menunjuk tulisan yang berada di tepi rak tu.

"Tak"

"Baca sekarang" arah Nathifa. Murid itu membaca nya.

"Buku Bahasa Melayu"

"Dah? Sekarang pergi letak balik buku ni kat tempat dia" arah Nathifa lagi. Murid itu hanya mengikuti Nathifa. Dia meletak buku itu di rak yang sama tetapi terhenti apabila Nathifa menjerit lagi ke arah nya.

"Ape lagi?" tanya murid itu.

"Letak tempat dia balik lah!"

"Ini lah tempat dia!"

"Kepala hotak kau! Tu buku bahasa Inggeris! Ape ke benda letak nya kat rak bahasa Melayu!"

"Alahhh .. Malas lah!"

"Kau jangan nak malas malas eh? Rajin pulak kau pergi ambil buku ni kalau kau malas nak simpan balik!" marah Nathifa. Kedua dua tangan berada di sisi pinggang nya. Nampak sangat tengah marah. Tetapi lelaki itu hanya ketawa kecil membuatkan Nathifa mengetuk kepala nya dengan pen.

" Aduhh!"

" Apehal kau gelak? Pikir lawak ke?"tanya Nathifa.

" Tak lah. Comel tengok kau marah marah ni"

"Aku? Comel? Nonsense! Pergi masuk kelas!"

"Okay okay. Aku masuk kelas. Just nak bagi tahu Cik Nathifa, nama saya Latif Fahmi. And you're my love" murid lelaki itu senyum ke arah Nathifa sebelum melangkah pergi ke arah pintu. Nathifa hanya terkebil kebil melihat nya yang sudah keluar ke daripada library itu. Sempat lagi Latif melambai ke arah Nathifa, dan Nathifa membalas.

"Haa sudahh, nightmare apa lagi aku dapat tahun ni?"


📚📚📚

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now