10• Kuala Lumpur!

124 9 6
                                    

Kelihatan Fatin duduk seorang diri sambil menulis sesuatu pada buku nya di kantin sambil menunggu kawan kawan nya sampai. Tepat jam 7.30 pagi, mereka akan bergerak dari sekolah ke Kuala Lumpur untuk lawatan yang mereka terpaksa hadiri. Tak sangka mereka budak lelaki itu akan jumpa Busyra. Suatu keluhan berat dilepaskan oleh Fatin.

Tengah galak dia menulis, sebungkus roti gardenia berperisa coklat berada di hadapan mata nya. Dia menoleh dan terpampang lah muka musuh nya sekarang.

"Nak buat apa ni?" tanya Fatin sambil tunjuk pada roti yang dihulurkan oleh Daniel.

"Makanlah takkan nak suruh bagi ikan makan pulak" kata Daniel.

"Kau belikan?"

"Memang tak ah aku nak belikan. Ni cikgu yang suruh bagi lah. Kata nya kesian kau tunggu sini dah berjam jam Tapi tak makan apa lagi"

"Heh! Aku dah makan ehh" kata Fatin seraya itu mengambil roti itu daripada tangan Daniel.

"Tapi ambil jugak"

"Kau pikir nanti aku tak lapar ke?" kata Fatin dengan mata nya memandang tajam.

"Relax lah, aku gurau je pon. Garang macam singa. Entah siapa yang nak nanti" kata Daniel dan pergi begitu sahaja.

Fatin Acah Acah ingin membalingkan pen nya pada Daniel itu.

"FATIN!" satu hentakan di meja itu membuatkan Fatin terkejut lalu mencubit pinggang Nabila.

"Jangan bagi aku heart attack lah" kata Fatin. Nabila menggosok pinggang nya Yang dicubit itu.

"Tapi tak kena kan?"

"Kalau kena?"

"Kalau kena bawak jelah masuk hospital apa su---Okay okay! Sorry!" Tak sempat Nabila ingin berkata apa apa, Fatin mencubit lagi.

"Hey mana yang lain?"

"Pergi tandas. Temankan Ain. Tudung dia buat hal pagi ni"






📚📚📚





"Aku sumpah tudung ni jadi gagak kang!" kata Ain sambil membetulkan awning tudung nya yang bergelembung itu. Dah nak dekat setengah jam duduk dalam tandas tu. Tak siap siap juga

"Biar jelah Ain, dalam bas betulkan balik. Bas dah sampai tu!" kata Athirah yang baru keluar dari tandas.

"Kau tak seterika tudung ke?" tanya Nathifa yang sedang berdiri di sebelah Ain sambil melihat Ain membetulkan tudung nya itu. Tengok Ain betulkan tudung pun dah boleh buat dia penat.

"Kau fikir aku rajin nak seterika?" jawab Ain.

"Dah lah jom, nanti Fatin ma---"

"WOI! CEPAT LAH! BAS DAH NAK GERAK LAH!"

Belum sempat Nathifa menghabiskan kata kata nya, jeritan Fatin dari luar bilik srikandi itu memeranjatkan dua orang pelajar lain yang turut bersama dengan mereka bertiga.

Athirah menunduk maaf kepada pelajar junior yang berada dalam tandas itu akibat terkejut nan laungan Fatin. Terus Nathifa berlari keluar dari tandas. Tangan Ain dicapai oleh Athirah dan berlari keluar dari tandas dan terlihat lah wajah yang paling menggerunkan oleh Fatin. Nab berdiri sebelah Fatin dengan roti coklat di tangan.

"Tak payah buat muka macam tu, tak takut pon" kata Nathifa. Satu cubitan di lengan diberikan oleh Fatin.

"Lambat! Tahu tak aku tunggu korang berjam jam!"

"Fatin, kau sampai pagi tadi, kitorang dah sampai sebenarnya, and then kitorang terus masuk tandas"

"Betulkan tudung Ain"

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now