15• Camping I

82 5 1
                                    

"Ape salah kami dikurung kat sini?!" jerit Daniel tidak berpuas hati apabila mereka semua ditempatkan di dalam balai. Bukannya lokap pon tapi perangai macam dah masuk lokap memang takkan keluar buat selama-lamanya dah bunyi nya.

"Sabar Dan sabar" Shahrul cuba menyabarkan kawan karib nya itu dengan menepuk bahu Daniel beberapa kali.

"Kau suruh aku sabar? Berapa jam dah kita kat sini? Satu habuk pun kita tak tahu apa apa!"

"Daniel boleh diam tak? Nampak tu" bisik Adam sambil mengerling ke arah seorang pegawai polis yang berbadan tegap dan juga tinggi nak berbanding dengan mereka. Dengan muka yang amat bengis dan mata yang memboleh kan sesiapa merenung nya mati, hanya memerhati kan tingkah laku mereka sahaja.

Daniel terus sahaja senyap dan duduk dengan tenang di sebelah Shahrul walaupun hatinya gusar bimbang akan bapa nya yang akan mengamuk apabila mendapati anak lelaki tunggal nya di bawa masuk balai.

"Kenapa kita kat sini sebenarnya? Aku nak balik lah. Dah nak malam ni" rungut Nathifa apabila dia mendapati hari sudah semakin senja.

"Korang buat apa tadi kat belakang sampai kena tahan ni?" tanya Ain pada mereka yang lain.

"Kitorang cuma jalan, bergurau senda dan..."

"Sambung main game je, itu pun salah ka?" Latif memotong percakapan Hanif.

"Tengok tengok je ada polis datang serang kitorang. Rasa nak tercabut nyawa bila dia acukan pistol tadi" kata Qasha perlahan.

"Leceh lah polis ni!" kata Firash perlahan walaupun sebenarnya polis di hadapan mereka boleh dengar apa yang mereka cakap tadi.

"Mana Farhah?" tanya Irish apabila dia menyedari yang mereka semua ada di situ kecuali budak kecil itu sahaja.

Semua meliar kan pandangannya ke segenap sudut ruang itu untuk mencari kelibat Farhah. Tetapi tiada.

"Mana pula budak ni?"

"Abang!"

"Arghh, mak cik kau besar!" Qasha melatah dan memejamkan matanya akibat terkejut apabila ada seseorang yang memanggilnya di tepi memandangkan dia duduk di hujung sekali.

"Eh Farhah! Farhah pergi mana?"

Mendengarkan Busyra menyebut nama Farhah, terus mata Qasha dibuka perlahan dan terlihat budak kecil itu sedang makan coklat Cadbury di hadapannya.

"Kuuu semangat..."

"Farhah kena bawak dengan akak polis tu" Farhah menunjuk ke arah Seorang polis perempuan yang sedang duduk di kaunter itu.

"Ohhh dia buat apa kat Farhah?" tanya Aiman ingin tahu.

"Dia cuma tanya Farhah pasal family Farhah je"

"Lepas tu?"

"Dia bagi coklat ni sebab jawab soalan dia"

"Baguslah polis zaman sekarang. Pakai coklat yee bukan main tengking tengking"

"Budak takkan nak tengking kottt"

"Awak semua dibebaskan" kata seorang pegawai polis tiba tiba muncul di sebelah Qasha. Sekali lagi Qasha melatah akibat terkejut.

"Oh yeke?! Alhamdulillah" ucap Daniel sambil menadah tangan dan meraup kan ke muka.

"Cik.." Nab memanggil cik polis itu. Dia memandang.

"Ye?"

"Kenapa kami kena tahan?" tanya Nab. Yang lain memandang ke arah mereka berdua apabila soalan yang berada di otak mereka akhirnya disoal kan.

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedWhere stories live. Discover now